015 - Oswald The Light

Fantasy Completed 8430

015 - Oswald The Light

Ahad merupakan hari untuk bercuti ataupun merehatkan badan setelah lima hari bekerja tetapi bukan untuk Dahlia dan ahli-ahlinya. Bertungkus-lumus untuk mencari lagi empat orang ahlinya. Dan mereka harus menghadapi peperangan yang bila-bila masa sahaja akan tercetus. Dahlia dan Aryyan semalaman tidak tidur kerana memikirkan tentang hal ini.

“Dahlia minta hari ini Kyler pergi cari, ya.”

Dahlia tersenyum.

“Boleh aje.”

Kyler mengajak tiga orang lagi iaitu Eva, Lincoln dan Camellia untuk keluar mencari ahli. Kyler meminjam kereta Scott. Mereka pergi ke sebuah bandar untuk memulakan misi pencarian mereka.

“Nak cari kat mana ek?”

Tanya Eva sambil menggaru-garu kepalanya melihat ramai orang disekelilingnya.

“Entahlah. Saya pun pening sebab ramai sangat ni.”

Kata Kyler sambil mengerutkan dahinya.

“Dahlah tak ada info. Aduh...”

Camellia mengeluh. Lincoln matanya meliar-liar mencari kelibat ahlinya.

“Kita jalan-jalanlah dulu dekat supermarket besar sana tu.”

Ajak Lincoln.

Mereka masuk ke dalam supermarket tersebut lalu melihat sekeliling supermarket itu.

“Cantik lampu ni.”

Camellia ketawa kecil melihat lampu berbentuk penguin.

“Alaa comelnya!”

Eva menyentuh lampu penguin. Tiba-tiba lampu itu menyala. Eva terkejut.

“Camellia.. kau on kan ke?”
“Suis pun aku tak tahu kat mana...”

Lincoln dan Kyler tergelak.

“Ish korang ni gelak pahal?”

“Tak ada pape.”

“Korang buat eh!”

“Eh mana ada. Kiteorang dari tadi kat sini. Tak berganjak pun.”

Nafi Lincoln.

“Hai cik adik berdua..”

Tiba-tiba ramah seorang lelaki yang kelihatan seperti saleboy.

“Awak ke yang hidupkan lampu ni?’

“Ya. Terkejut eh?”

Lelaki itu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya disebelah kanan.

“Saya Oswald. Nak beli lampu ke?”
“Hai Oswald. Taklah kami tengah cari orang. Saja je round-round sini.”

Jawab Camellia.

“Ohh...”

Tiba-tiba ada seorang lelaki berbadan sasa menerpa ke arah Oswald.

“Wald! Apa kau dah buat hah?! Ramai pelanggan komplain kat aku yang kau ni semakin lama semakin pelik. Ada yang nampak kau hidupkan lampu tanpa gunakan suis dan ada yang nampak ada cahaya putih keluar dari tapak tangan kau? Apa semua ni?”

Lincoln, Kyler, Eva dan Camellia sudah terpandang sesama sendiri.

“Saya boleh eksplain bang. Mungkin dorang salah tengok. Saya tak ada pelik manalah abang.”

Bukk...

Oswald ditumbuk oleh lelaki itu.

“Kau aku pecat! Balik sana! Ni gaji terakhir kau!”

Baru sahaja lelaki itu sekali lagi mahu menumbuk Oswald, Oswald sempat menahannya dengan cahaya yang keluar dari tapak tangannya.

“Kau memang pelik!”

Jerit lelaki itu dengan lantang membuatkan semua orang terkejut. Oswald mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya lalu dia bangun dan mengutip duit yang bertaburan di atas lantai. Eva menolongnya.

“Dan orang itu yang saya cakap tadi itu adalah awak.”

Oswald memandang pelik ke arah Eva.

“Oswald, boleh ikut kami sekejap?”

Oswald mengangguk. Dia juga agak terkejut kerana mereka tidak takut dengannya.

“Awak pun sebahagian daripada saya juga?”

Setelah Eva mengeluarkan bom kecil dari tapak tangannya kemudian masuk semula membuatkan Oswald terkejut.

“Ya. Bukan saya sahaja. Mereka juga. Dan di markas.”
“Markas? Apa tu?”

“Rumah kita. Khas untuk orang macam kita.”

“Oh ya.”

“Marilah ikut kami ke markas.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience