002 - Letter

Fantasy Completed 8430

002 - Letter

Hari ini hari Sabtu merupakan hari cuti buat para pelajar sekolah. Boleh berehat, ada yang pergi shopping terutama para pelajar perempuan. Namun tidak pada Dahlia dan Aryyan. Mereka seharian terperuk di dalam bilik sambil mengkaji sesuatu. Aryyan menilik setiap satu surat yang ada di dalam beg yang mereka jumpai. Ya, beg itu sebenarnya sudah ada bersama mereka sejak mereka mendarat di planet bumi ini tetapi masih belum diperiksa apa isi di dalam beg tersebut. Baru hari ini mereka ketemui semula beg itu di bawah katil.

Dahlia membuka zip beg yang warnanya kelihatan sudah lusuh lalu menonggengkan beg tersebut dan isi beg tersebut keluar bertaburan di atas lantai. Terdapat banyak surat dan juga kotak kecil. Aryyan mendekati Dahlia lalu mengambil kotak kecil itu.

“Apa isi kotak ni? Nak aku bukak?”

“Bukaklah.”

Tatkala Aryyan membuka kotak kecil tersebut, ada sesuatu yang bernyala sehingga bilik mereka menjadi terang-benderang.

“Huish! Tutup balik.”

Gelabah Dahlia apabila dia terdengar bunyi detapan seseorang menaiki anak tangga. Tak lain tak bukan mestilah Puan Amanda.

“Lia, Ary apa yang terang benderang tadi tu?”

Aryyan berpura-pura tidur di atas katil. Yang menjadi mangsanya adalah Dahlia, terpaksalah menjadi pelakon wanita terbaik negara.

“Apa mama? Apa yang terang-benderang?”

Sengaja Dahlia membuat-buat menggeliat dan menguap. Konon-konon baru sahaja bangun dari tidur.

“Eh? Kamu tidur ke? Mata mama dah kenapa tadi nampak benda menyala terang dekat bilik kamu, cahayanya terang sangat!”

“Perasaan mama kot. Dahlah ma, Lia mengantuk. Bye. Muah.”

Dahlia menutup semula pintu biliknya lalu dikunci perlahan.

Dengar sahaja bunyi detapan kaki Puan Amanda menuruni anak tangga terus Aryyan mencelikkan matanya dan dia memandang Dahlia yang sedang menilik surat-surat yang bertaburan di atas lantai.
Kepada anak papa tersayang, Dahlia Seven.

Papa tahu papa tak dapat nak jaga Dahlia sehingga Dahlia meningkat dewasa. Maafkan papa. Tujuan papa menulis surat ini kerana papa tahu peperangan di negara kita akan tercetus tidak lama lagi disebabkan ketidakpuasaan dari puak warna dan bentuk. Papa nak Dahlia gantikan papa untuk selamatkan empayar yang sudah lama papa terajui.

Ya. Semua penduduk kita sudah berpaling ke arah kejahatan. Mereka menyokong puak warna dan bentuk. Hanya beberapa penduduk sahaja yang masih mempercayai papa. Mereka juga sudah mati ketika mereka menyerahkan anak-anak mereka kepada papa untuk diselamatkan.

Papa tak mampu nak selamatkan kesemuanya. Keadaan sekarang semakin rumit. Papa dan Uncle Alpha terpaksa menghantar kamu semua ke planet bumi kerana planet itu sahaja yang memenuhi keperluan kamu semua. Papa rasa kamu semua tidak akan mendarat di bumi secara bersama-sama. Mungkin ada yang sudah tercampak jauh. Jadi papa pesan, Dahlia dan Aryyan carilah mereka sebelum musuh planet kita datang ke bumi untuk membunuh mereka.

Tolong papa, ya sayang. Rantai papa jangan pernah kamu tanggalkan. Ia akan melindungi kamu. Oh ya, kotak kecil itu mengandungi 19 rantai bernombor. Semuanya sekali ada 20 tetapi kamu sudah pakai rantai ayah. Beri pada Aryyan. Nak mengenalpasti mereka adalah dengan keadaan mereka yang luar biasa dan ada parut bernombor pada setiap tengkuk mereka. Kamu dan Aryyan juga ada. Ia dikira sebagai tanda lahir kamu.

Sampai sini sahaja dulu surat papa untuk Dahlia sayang.

Papa sayang kamu.

Air mata Dahlia menitis perlahan di atas surat daripada papanya. Dia rindu sangat dengan papa dan mamanya. Aryyan memandang Dahlia yang sedang menangis. Perlahan-lahan tangan Dahlia mencapai kotak kecil itu lalu membukanya di bawah selimut supaya cahaya tersebut tidak menerangi bilik mereka lagi.

“Aryyan sini sekejap.”

Aryyan duduk disebelah Dahlia.

“Apa kau buat nih?”

Aryyan mula merasa rimas apabila Dahlia menyelak rambut belakangnya dan menyentuh tengkuk Aryyan.

“Nah, rantai kau. Nombor 18. Uncle Alpha tak sempat nak bagi kat kau.”

Aryyan menyambut rantai itu dengan baik lalu diusapnya.

“Ni nombor kegemaran daddy. 18.”

“Aku dah baca surat dari papa. Kita kena cari kawan-kawan kita yang lain. Cara nak kenalpasti mereka dengan melihat parut pada tengkuk mereka.”

“Meh sini aku tengok tengkuk kau.”

Aryyan menarik Dahlia lalu melihat tengkuknya.

“Parut kau tertulis – D07”

“Ya. D bersamaan dengan Dahlia nama aku manakala nombor tu yang aku pakai rantai papa aku nih. Nombor tujuh.”

“Maknanya aku punya tulisan parut A18?”

“Ya. A18.”

“Bila kita nak mulakan misi pencarian kita?”

“Esok. Kita ponteng sekolah. Kita dah tak ada masa untuk semua itu.”

“Inilah saat-saat yang ditunggu oleh aku.”

Aryyan tersenyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience