Bab 16

Action Completed 10236

Selesai melakukan latihan menembak bersama Marco. Emily pun berjalan menuju ke arah asramanya. Semasa dalam perjalanan ingin ke asrama Emily pergi ke bilik rawatan untuk mendapatkan ubat tahan sakit kerana kepalanya terasa pening sedikit. Tangannya juga terasa kurang selesa kerana latihan menembak yang ia lakukan bersama Marco tadi.

Emily masuk ke dalam bilik rawatan ia melihat tidak ada Doroty di dalam bilik tersebut. Lalu Emily pun pergi di ke tempat ubat yang agak tersorok sedikit untuk mengambil ubat tahan sakit paracetamol. Tengah ia mencari-cari ubat paracetamol tiba-tiba pintu bilik rawatan di buka dan kelihatan Doroty dan Madam Grace masuk.

Madam Grace dan Doroty duduk di bangku. Mereka berdua tidak menyedari bahawa Emily di dalam bilik rawatan. Emily pula sedang ralit mencari ubat akhirnya menjumpai ubat yang ia inginkan. Pada mulanya Emily ingin keluar dari ruangan tempat ubat, tapi ia membatalkan niatnya kerana mendengar suara Madam Grace dan Doroty.

Tanpa sengaja Emily terdengar perbualan antara Madam Grace dan Doroty.

"Tekanan darah Madam nampak naik sedikit. Tapi masih tahap tak merbahaya, agaknya Madam terlalu banyak fikir tu tekanan darah naik "kata Doroty.

"Mungkin juga... Kerana saya kerap memikirkan anak saya dan kawannya yang masih bersama Michael." kata Madam Grace.

"Maksud Madam Emilykan. Jangan risau Emily sudah berada di samping Madam sekarang ni" kata Doroty.

Emily terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut Doroty. Emily terus keluar dari tempat ruangan ubat tersebut.

"Apa maksud kamu Doroty...Saya ni anak Madam Grace" tanya Emily yang secara tiba-tiba keluar dari tempat ruangan ubat-ubatan.

Doroty dan Madam Grace terkejut melihat Emily keluar dari tempat simpanan ubat.

"Maaf, itu kamu kena tanya sendiri pada Madam Grace... Madam saya tinggalkan kamu berdua. Selesaikan lah baik-bai." kata Doroty. Doroty pun bangun dari tempat ia duduk terus berjalan ke pintu dan keluar dari bilik rawatan tersebut.

"Apa maksud semua ni... Tak mungkin saya anak Madam" kata Emily.

"Ya,kamu memang anak saya" kata Madam Grace.

"Kenapa kamu buang saya di tepi jalan! kenapa!" kata Emily penuh emosi

"Tidak! saya tidak pernah buang kamu di tepi jalan. Siapa kata saya buang kamu" kata Madam Grace sambil matanya mula berair.

"Ibu angkat saya yang beritahu... Dia jumpa saya di jalan sebab tu dia ambil dan jaga saya" kata Emily dengan linangan air mata.

"Semua tu tak betul Emily... Ibu sayang kamu. Ibu terpaksa beri kamu pada Robert untuk selamatkan kamu. Ibu tak sangka Robert tak jaga kamu dengan baik, kerana ibu sudah berikan wang pada Robert supaya menjaga kamu dengan baik" kata Madam Grace. Madam Grace cuba ingin menghampiri Emily.

"Siapa ayah saya?" tanya Emily.

"Ayah kamu ialah Michael ketua sendikit dadah yang telah hampir menjadikan kamu keldai dadah" kata Madam Grace.

"Tak mungkin" kata Emily yang agak terkejut mendengar jawaban dari Madam Grace.

"Ya dia ayah biologi kamu... Tapi dia tidak pernah tahu tentang kamu. Kerana Michael tidak pernah tahu ibu mengandungkan kamu. Kerana nasib ibu sama seperti Alice kawan kamu" kata Madam Grace.

Emily hanya terdiam dan terduduk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Madam Grace. Madam Grace menghampiri Emily dan ia pun memeluk tubuh Emily untuk cuba menenangkan anaknya itu.

Agak lama baru Emily boleh kembali tenang dan tidak menagis lagi. Selepas dirinya semakin tenang barulah ia mula bertanya bermacam-macam tentang kehidupan Madam Grace dahulu. Madam Grace pun menceritakan bagai mana ia bertemu dengan Michael di hari keluarganya di tembak mati oleh Michael. Dan sampai ia melahirkan Emily dan kenapa ia terpaksa memberikan Emily pada Robert.

Emily rasa bersalah kerana telah menuduh ibunya yang bukan-bukan. Apa lagi bila memikirkan ibunya melihat bagai mana ahli keluarganya mati di depan mata sendiri. Dan ibunya terpaksa melayani nafsu Michael.

Tiba-tiba Emily teringat pada Alice kawannya. Alice pun bakal mengalami nasib yang sama dengan ibunya. Terpaksa menjadi parempuan simpanan pada lelaki yang kejam. Lelaki tersebut Michael yang juga ayah biologinya.

"Nasib Alice akan menjadi seperti ibu juga" kata Emily.

"Ibu janji akan selamatkan Alice. Kerana Alice telah selamatkan kamu jadi ibu akan cuba bawa Alice lari dari Michael" kata Madam Grace.

"Terima kasih ibu" kata Emily.

Hari ini Emily mengikut Madam Grace pulang ke kediaman Madam Grace. Sampai di kediaman Madam Grace, Emily di layan dengan baik. Emily di berikan bilik sendiri di tingkat atas sebelah bilik Madam Grace.

Marco pun tinggal di rumah ini juga. Marco adalah adik angkat Madam Grace. Malamnya baru Marco pulang ke rumah. Malam ini kali pertama Emily makan bersama ibunya Madam Grace dan Marco.

Selesai makan mereka bertiga pun masuk ke dalam bilik masing-masing. Di dalam bilik Emily tidak dapat untuk melelapkan matanya. Kerana ia merasakan semua yang terjadi pada dirinya seperti mimpi apa lagi dapat bertemu dengan ibu kandungnya sendiri. Emily belum pernah melihat wajah Michael.

Kerana tidak boleh tidur Emily keluar dari biliknya menuju ke bilik sebelah. Bilik sebelah adalah bilik ibunya Madam Grace. Emily pun mengetuk pintu bilik ibunya. Tok,tok,tok.tak lama kemudian Madam Grace pun membuka pintu biliknya.

"Ada apa Emily datang bilik ibu ni" kata Madam Grace.

"Emily tak boleh tidur... Boleh Emily tidur dengan ibu malam ni" kata Emily.

"Boleh,masuklah" kata Madam Grace. Emily pun masuk mereka berdua pun baring di atas katil. Malam ini Madam Grace dan Emily agak lewat tidur kerana mereka berdua terlalu asik bersembang sampai larut malam. Banyak yang Madam Grace tanyakan tentang kehidupan zaman kanak-kanak Emily.

Emily pun menceritakan pangalamannya semasa sekolah rendah hingga sekolah menengah. Malam ini sepasang ibu dan anak tertidur dengan lenanya bersama. Hampir 20 tahun terpisah dengan anaknya yang ia kandungkan. Tentulah sesuatu yang tak mampu di gambarkan dengan kata-kata bila dapat berjumpa kembali dengan anak yang sangat ia rindui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience