Bab 11

Action Completed 10236

Hampir sebulan Grace menjadi perempuan simpanan Michael. Grace masih belum dapat cara untuk melarikan diri dari Michael. Grace juga mulai rapat dengan Justin. Kerana umur mereka yang sebaya agak mudah untuk Grace bergaul dengan Justin.

Di markas hanya Justin dan Grace umur paling muda dari yang lain. Michael pun tidak kisah kerana Michael tahu Justin rapat dengan Grace kerana ia yang mengarahkan Justin untuk melatih Grace. Kehidupan Grace sehari-hari berjalan dengan lancar.

Grace juga sekarang ni sudah semakin ceria. Hati-hatinya semakin tenang bila bersama dengan Justin. Kerana Grace dapat meluahkan apa saja di benaknya kepada Justin. Justin pula sedia mendengarnya dan sentiasa menjadi pendengar yang setia.

Hari ini seperti biasa Grace mengikuti Michael ke markas. Di dalam kereta Michael berkata sesuatu pada Grace. "Minggu depan aku akan keluar negara kerana ada urusan kerja. Harap kamu jaga diri baik-baik ketika aku tiada di sini" kata Michael.

"Baiklah... Berapa lama kamu akan berada di luar negara" ucap Grace.

"Lebih kurang 2 mingggu. Kamu nak pesan apa-apa nanti aku belikan" kata Michael.

"Tidak ada,saya hanya ingin terus pergi ke markas untuk mengikuti latihan" kata Grace.

"Baiklah... nanti aku akan suruh pemandu hantar dan ambil kamu setiap hari" kata Michael.

"Terima kasih" kata Grace.

Tak lama kemudian kereta yang membawa Grace dan Michael pun sampai di markas. Bila kereta berhenti mereka berdua pun keluar dari dalam kereta. Michael terus berjalan menuju ke ruangan pejabatnya manakala Grace berjalan menuju ke tempat latihannya.

Justin sudah sedia menunggu ke datangan Grace. Justin selalu datang awal ke tempat latihan kerana ingin menunggu Grace datang. Entah kenapa Justin rasa bahagia bila bersama Grace. Bila sendiri tanpa Grace ia mula akan terbayang-bayangkan wajah Grace.

Justin tahu perasaan sayangnya yang timbul pada Grace adalah salah. Kerana Grace adalah perempuan simpanan ketuanya Michael. Jika sampai Michael tahu tentang perkara ini ia dan Grace akan dalam masalah.

"Justin kamu tahu tak minggu depan Michael akan keluar negara selama 2 minggu" kata Grace.

"Ya saya tahu, kerana ada tugas yang tuan Michael terpaksa selesaikan di negara tu."kata Justin. Hari ini Justin agak kurang untuk bercakap. Grace pun perasan dengan perubahan sikap Justin.

"Ok la saya nak kena pergi ke pejabat Michael untuk makan tengahari ni. Saya pergi dulu" kata Grace pada Justin.
Tengahari Grace akan pergi ke ruangan pejabat Michael untuk makan tengahari. Pemandu Michael yang akan pergi menghantar makanan yang sudah siap di masak oleh orang gaji di kediaman Michael. Tengahari selalunya Michael dan Grace akan makan berdua di ruangan pejabat Michael.

"Macam mana dengan latihan hari ni" tanya Michael.

"Ok saja. Rasanya saya dah semakin cekap" kata Grace.

"Ok. Nanti aku balik dari luar negara boleh la kita berdua bertarung" kata Michael.

"Kalau saya berlawan dengan kamu tentulah saya kalah. Kamu dah lama pandai bertarung saya pula baru lagi. Tak adil la" kata Grace sambil membuat muka tak suka.

"Ok la. Nanti bila aku dah balik dari luar negara kita bertarung atas katil saja"kata Michael sambil tersengih menampakkan giginya.

"Kamu Michael memang sajakan"kata Grace malu-malu.

"Bila saya tidak ada tolong jaga diri baik- baik." Kata Michael.

"Baiklah." kata Grace. Selesai makan Grace pun keluar dari ruangan pejabat Michael. Grace pun menuju kembali ke tempat latihannya.

Hati Grace sedikit gembira bila mengetahui Michael akan keluar negara. Kerana Grace tidak perlu melayan nafsu Michael dalam 2 minggu. Grace pun sudah merasa letih berlakon kononnya ia suka pada Michael dan boleh terima dirinya yang di anggap perempuan simpanan.

Grace juga mempunyai rencananya tersendiri bila Michael pergi keluar negara nanti. Grace sendiri tidak sanggup untuk hidup bersama Michael. Kerana dirinya tidak boleh keluar dari rumah Michael dan Markas. Grace hanya mampu melihat dunia luar ketika di dalam kereta Michael saja itu pun masa pergi dan pulang dari Markas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience