Bab 6

Action Completed 10236

"Hari ni Madam Grace akan datang melawat kamu" kata Doroty.

"Rasanya saya selamat tak tinggal di sini" tanya Emily.

"Mungkin kamu akan selamat jika mendengar kata-kata Madam Grace. Mungkin juga kamu akan di rekrut menjadi orang suruhan Madam Grace."kata Doroty.

"Jika saya di rekrut menjadi orang suruhan Madam Grace apa tugas saya nanti. Harap jangan saya di jadikan keldai dadah sudah" kata Emily.

"Jangan risau Madam Grace tak akan menjadi kamu keldai dadah. Kerana di sini hanya lelaki yang akan di jadikan keldai dadah." kata Doroty.

Tak lama kemudian terdengar bunyi ketukan pintu dari luar."Masuk" kata Doroty. Pintu pun di buka kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita masuk ke dalam bilik rawatan.

"Macam mana keadaan dia" kata Madam Grace.

"Keadaan dia sudah semakin baik. Esok dia dah boleh keluar dari bilik rawatan ni" kata Doroty.

Madam Grace pun pergi mendekati katil tempat Emily di beri rawatan.

"Macam mana kamu boleh hanyut di dalam sungai." tanya Madam Grace pada Emily.

"Saya melarikan diri dari menjadi keldai dadah" kata Emily.

"Oo,kamu lari dari markas Michael. Tak sangka kamu boleh keluar dari tempat itu" kata Madam Grace.

"Mungkin nasib saya baik. Tapi kawan saya Alice kena tangkap masa nak lari bersama saya" kata Emily.

"Nasib kawan awak kurang baik. Saya ingin tahu nama kamu apa,berapa umur kamu dan macam mana kamu boleh berada di markas Michael" tanya Madam Grace.

"Nama saya Emily, umur 20 tahun. Saya tinggal di negara H... Saya boleh berada di markas Michael kerana tertipu dengan lelaki bernama Adam" kata Emily.

"Umur kamu 20 tahun" kata Madam Grace seperti memikirkan sesuatu.

"Ya umur saya 20 tahun.Kenapa?" kata Emily.

"Tak dak apa lah... Doroty esok kamu bawa dia pergi ke bilik asrama wanita yang masih kosong.Emily kamu lagi 2 hari boleh mula ikut latihan di markas ini." kata Madam Grace.

"Latihan untuk apa" tanya Emily.

"Kamu akan bekerja dengan saya nanti. Kamu kena pandai mengunakan senjata api dan pandai berlawan." kata Madam Grace.

"Baik lah,asalkan saya tak di jadikan keldai dadah dan pelacur saya terima" kata Emily semangat.

"Baguslah macam tu" kata Madam Grace.

Kemudian Madam Grace dan Marco pun keluar dari bilik rawatan itu. Keluar saja dari bilik rawatan Madam Grace mendekati Marco." Marco kamu tolong selidik latar belakang Emily. Dah dapat maklumatnya bagi dekat saya" kata Madam Grace.

"Madam rasa Emily tu anak madam. Kenapa tak suruh Doroty ambil sampel untuk buat test DNA saja." kata Marco.

"Kalau betul Emily tu anak saya. saya cuma nak tahu apa yang keluarga angkat dah buat pada Emily. Kerana saya dah beri wang dah cukup banyak pada mereka semasa saya serahkan anak tu pada mereka." kata Madam Grace.

"Baik saya faham. Nanti saya akan cari maklumat tentang Emily di negara H." kata Marco.

Tentang test DNA tu kamu tolong beritahu pada Doroty. Dan benda ni kena rahsiakan dulu pada Emily. " kata Madam Grace.

"Baik Madam."kata Marco.
-----------

Petangnya Marco telah memanggil Doroty untuk berjumpa dengannya. " Ada apa nak jumpa saya" tanya Doroty.

"Ini permintaan Madam Grace. Madam minta kamu ambil sampel untuk test DNA dirinya dan Emily tapi tolong rahsiakan hal ini dari Emily dan orang lain." kata Marco.

"Apa mungkin Emily tu anak Madam Grace. Tapi rupa mereka berdua memang iras. Bahaya juga jika ada yang tahu tentang Emily ni."kata Doroty.

"Itu lah takdir,walau pun selama ni Madam Grace dah lakukan segalanya supaya anaknya tidak terjebak dengan kehidupan seperti dirinya. Tapi yang terjadi sebaliknya." kata Marco.

"Baiklah saya akan lakukan tugas saya. Marco kamu rasa siapa ayah Emily." tanya Doroty.

"Itu saya tak tahu. Tapi yang pasti Emily bukan anak John. Kerana Emily lahir sebelum Madam Grace kahwin dengan John" kata Marco.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience