Bab 12

Action Completed 10236

Hari ini Michael akan berangkat ke luar negara. Hari ini Grace tidak pergi ke markas kerana Michael mahu Grace menghabiskan masa bersama dengannya. Sebelum ia berangkat ke luar negara. Grace pun tidak ada masalah dengan permintaan Michael.

Hari ini Michael dan Grace banyak menghabiskan masa mereka di dalam bilik saja. Hampir tengahari baru mereka berdua membersihkan badan dan keluar dari bilik untuk makan. Selesai makan Michael pun bersiap-siap untuk berangkat pergi. Sebelum masuk ke dalam kereta Michael memberi ciuman kepada Grace lalu Grace pun membalasnya.

Hilang saja kelibat kereta yang membawa Michael, Grace pun masuk ke dalam rumah dan ia pun menuju ke dalam biliknya. Esok Grace akan pergi kembali ke markas. Grace sudah agak mahir mengunakan senjata api dan ia juga sudah boleh berlawan untuk mempertahankan dirinya.

Malamnya fikiran Grace tidak pernah berhenti berfikir cara untuk melarikan diri dari Michael. Grace tahu agak sukar untuk ia melarikan diri dari kediaman Michael dan markas kerana terlalu ramai pengawal. Grace juga tahu ada pengawal yang akan sentiasa memerhatikannya dari jauh. Itu semua atas perintah Michael.
----------
Pagi ini seperti biasa Grace pergi ke markas di hantar oleh pemandu yang di upah oleh Michael. Kali agak berbeza dari selalunya kerana hari ini Michael tidak ada sekali di dalam kereta bersama Grace. Selalunya Michael dan Grace akan pergi bersama ke markas.

Sampai di markas pemandu pun memberhentikan kereta. Grace pun keluar dari dalam kereta lalu ia pun pergi menuju ke tempat latihan. Di tempat latihan sudah ada Justin. Justin tinggal di asrama di dalam markas ini.

Grace pun mula melakukan latihannya. Sementara Justin hanya memerhatikan saja apa yang di lakukan oleh Grace. Kekadang bila ada kesilapan yang di lakukan oleh Grace barulah Justin menegur dan membetulkannya. Kerana Grace sudah semakin mahir dengan latihan yang ia lakukan.

"Justin kalau saya lari dari Michael kamu nak ikut tak" tanya Grace.

Justin terkejut mendengar kata-kata Grace. "Untuk apa saya ikut kamu" ucap Justin.

"Kerana saya sukakan kamu Justin" kata Grace agak malu-malu.

"Saya tak sukakan kamu... Lagi pun kamu perempuan simpanan tuan Michael." kata Justin.

"Kamu jangan tipu saya la. Saya tahu kamu pun sukakan saya. Kerana saya dapat rasakannya." kata Grace.

"Ya memanga saya juga ada perasan pada kamu Grace tapi saya tak akan khianati tuan Michael... Saya tak akan lari bersama kamu." kata Justin.

"Tak mengapa jika kamu tak mahu larikan diri bersama saya. Saya tak akan paksa. Tapi saya akan tetap cuba untuk lari bebas dari Michael." kata Grace.

"Jika nanti kamu dapat larikan diri,kamu boleh telefon nombor ini." kata Justin

"Ini nombor siapa" tanya Grace.

"Ini nombor makcik saya. Dia pastikan akan bantu kamu nanti. Saya tak dapat nak ikut bersama kamu dan tak dapat nak bantu kamu melarikan diri. Sebagai gantinya saya berikan nombor telefon makcik saya pada kamu" kata Justin.

"Terima kasih. Itu tandanya kamu memang suka pada sayakan" kata Grace.

"Tidak la, saya hanya ingin membantu saja. Kerana kalau kamu tertangkap kerana melarikan diri dari tuan Michael. Hidup kamu akan lebih terseksa nanti." kata Justin.

------------
Hampir seminggu Michael berada di luar negara. Hari ini Grace bertekad untuk melarikan diri.Seperti biasa selesai makan pagi Grace pun bersiap menaikki kereta untuk pergi ke markas. Tapi hari ini Grace membawa bekal makanan.

Di dalam kereta menuju ke markas, Grace sudah bersiap sedia. Mata Grace asyik memadang luar cermin pintu kereta. Tak lama kemudian kereta melalui sebuah hutan yang agak tebal. Grace pun dengan secepat kilat tangannya membuka pintu kereta dan melompat keluar dari dalam kereta.

Pemandu terkejut dengan tindakan Grace dan ia pun memberhentikan kereta. Pemandu tersebut keluar dari kereta untuk mencari Grace. Tapi ia tidak dapat menemui Grace.

Sementara Grace menyorok di sebalik semak di dalam hutan. Grace memerhatikan saja pemandu tersebut mencarinya. Bila ia melihat pemandu tersebut sudah pergi agak jauh Grace pun mula berjalan terus di dalam hutan itu. Grace melihat ada sungai di dalam hutan tersebut. Lalu Grace pun mula berjalan mengikuti tebing sungai tersebut. Hampir tengahari Grace membuka begnya dan ia pun mengambil bekal makanan yang ia bawa tadi. Grace pun makan makanan tersebut.

Grace merasakan ia sudah berjalan agak jauh dari tempat ia melompat dari kereta tadi.Akibat ia melompat dari kereta tadi badannya terasa sakit sedikit. Sekarang Grace ingin cuba pula mencari jalan keluar dari dalam hutan ini. Kerana hari sudah semakin petang Grace tidak mahu bermalam di dalam hutan ini.

Agak lama ia berjalan tak lama kemudian Grace terdengar bunyi kenderaan lalu- lalang. Ini bermakna Grace sudah semakin hampir dengan jalan raya. Lalu Grace pun berjalan menuju ke arah bunyi kenderaan yang ia dengar.

Sampai di jalan besar Grace cuba menahan kenderaan yang lalu-lalang. Mana tahu ada yang sudi menumpangkannya. Akhirnya ada juga kenderaan yang sudi menumpangkan Grace. Sebuah kereta buruk yang warnanya sudah kabur sudi menumpangkan Grace.Pemilik kereta tersebut sepasang suami isteri yang sudah berumur.

Grace juga memberitahu pada pasangan itu tentang masalah yang ia hadapi. Pasangan itu sanggup membantu Grace.

"Apa nama kamu"tanya isteri pemilik kereta tersebut.

" Nama saya Grace" jawap Grace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience