Bab 19

Action Completed 10236

Hari ini Michael terbangun lebih awal dari Alice. Michael terus pergi ke bilik air untuk membersihkan badannya. Selesai membersihkan badannya ia pun keluar dari bilik air dan mula mengambil baju dan seluar yang berada di dalam almari.

Alice membukakan matanya dan ia melihat Michael sedang mengenakan baju kemeja. "Awal kamu hari ni nak pergi kerja" kata Alice.

"Oh kamu sudah bangun... Hari ini aku ada urusan yang perlu di selesaikan. Hari ini kamu tak perlu tunggu aku pulang kerana mungkin aku akan pulang agak lewat dari selalu." kata Michael.

"Hari ni kamu ada urusan di luar daerah ke?" tanya Alice.

"Ya hari ni aku ada urusan di luar daerah. Kamu jangan sekali-kali cuba melarikan diri dari aku" kata Michael.

"Tidak saya tak akan larikan diri dari kamu Michael" kata Alice.

"Baguslah kalau begitu... Pagi ni aku tak dapat nak teman kamu makan bersama" kata Michael.

"Tak mengapa saya faham" kata Alice.

"Kamu selepas selesai membersihkan diri jangan lupa makan. Atau kamu nak saya suruh orang gaji hantarkan makanan di dalam bilik saja" kata Michael.

"Tak perlu... Nanti saya akan makan di meja makan di bawah saja" kata Alice.

"Aku nak pergi dulu ni." kata Michael sambil mencium dahi Alice.

"Hati-hati" kata Alice sambil memerhatikan Michael membuka pintu bilik dan keluar.

Selepas Michael keluar dari bilik,Alice pun bagun dan pergi ke bilik air untuk membersihkan badannya. Hatinya merasa sedikit gembira kerana Michael akan pulang agak lewat hari ini. Dan Michael juga meminta Alice tidak menunggu dirinya. Itu bermakna Alice tidak perlu melayani nafsu Michael malam ini.

Selesai membersihkan badannya Alice pun mengambil pakaian yang sudah ada di almari. Sudah selesai berpakaian Alice pun keluar dari dalam bilik menuju ke meja makan. Orang gaji sudah pun menghidangkan makanan di atas meja.

----------
Di markas Madam Grace kelihatan Marco,Emily dan Madam Grace sedang bersiap sedia untuk mejalankan misi menyelamatkan Alice. Kerana mereka mendapat tahu bahawa Michael akan keluar daerah hari ini. Dengan ketiadaan Michael ini satu kesempatan bagi mereka untuk menyelinap masuk ke kediaman Michael.

Emily akan mengikuti Marco manakala Madam Grace akan bersama seorang lagi orang suruhan yang pernah menjadi mata-mata untuk Madam Grace. Madam Grace menaiki kereta bersama orang suruhannya. Sementara Marco menunggang motorsikal membawa Emily sekali di belakangnya. Marco dan Emily sampai terlebih dahulu ke kawasan kediaman Michael. Manakala Madam Grace lewat sepuluh minit kerana orang suruhan Madam Grace terpaksa meletakkan kereta tersebut jauh sedikit dari kediaman Michael.

Mereka berempat pun berkumpul di satu tempat untuk merancang strategi untuk masuk ke dalam kediaman Michael. Mereka melihat ada 2 pengawal di depan pintu pagar. Di bahagian belakang juga ada 2 orang pengawal tapi salah satu darinya adalah mata-mata Madam Grace.

"Marco kamu dan Emily masuk terlebih dahulu mengunakan laluan belakang. Kerana salah seorang dari pengawal tersebut adalah orang kita." kata Madam Grace.

"Baik" kata Marco.

"Kalau baleh jangan sekali-kali mengunakan senjata api. Jika keadaan terdesak baru boleh lepaskan tembakan" kata Madam Grace.

"Baiklah saya faham" kata Emily

"Kamu ikut saya ke pintu depan untuk mengalihkan perhatian pengawal tersebut." kata Madam Grace pada orang suruhannya yang akan bersama dengannya melakukan tugasan.

Marco dan Emily pun mula bergerak menuju ke arah bahagian belakang kediaman Michael. Di pagar belakang sudah ada pengawal yang menjadi mata-mata memberi isyarat supaya Marco dan Emily tunggu sebentar. Kerana pengawal Michael yang lagi satu masih ada. Tak lama kemudian kedengaran ke kecohan berlaku di pintu pagar bahagian depan. Pengawal Michael tersebut pun pergi ke bahagian depan pintu pagar untuk melihat ke kecohan yang berlaku.

Mata-mata yang menyamar menjadi pengawal di kediaman Michael pun memberi isyarat supaya Emily dan Marco masuk .Marco dan Emily pun tanpa berlengah terus masuk melalui pintu pagar belakang.

Masuk saja di kediaman Michael mereka berdua pun mula berhati-hati berjalan mencari Alice berada. Mata-mata Madam Grace sudah memberitahu tempat bilik Alice berada di dalam rumah ini. Bila melihat di bawah tiada siapa yang ada hanyalah orang gaji. Emily dan Marco pun pergi menuju ke tingkat atas sambil melindungi badan mereka dari di lihat oleh orang gaji.

Sampai di bilik Alice pada mulanya Emily mengetuk terlebih dahulu pintu bilik tersebut. Tok,tok,tok bunyi ketukkan pintu tapi Alice tidak membukanya. Kerana tidak ada sahutan semasa Emily mengetuknya lalu Emily pun cuba membuka pintu tersebut.

Dan ternyata pintu tersebut tidak berkunci. Terbuka saja pintu bilik itu Emily langsung masuk ke dalam bilik. Manakala. Marco hanya berjaga- jaga di depan pintu bilik tersebut dan ia membiarkan saja Emily masuk ke dalam bilik.

Masuk saja ke dalam bilik Emily melihat Alice terbaring di atas katil. Emily segera menghampiri Alice di katil dan menyentuh tubuh Alice. Alice terkejut dan terbangun bila merasakan tubuhnya di sentuh seseorang. Sebaik saja Alice membuka matanya ia tergamam melihat wajah Emily di depannya.

"Adakah aku sedang mimpi" kata Alice.

"Tidak,kamu tidak bermimpi ini saya Emily" kata Emily.

"Macam mana kamu boleh berada di sini. Apa Michael dapat menangkap kamu juga." kata Alice.

"Michael tidak berjaya menangkap saya. Saya datang ke sini untuk membawa kamu keluar dari sini marilah ikut saya" kata Emily.

"Tapi ada pengawal Michael" kata Alice.

"Jangan risau kita akan keluar senyap-senyap tanpa ada pengawal yang tahu." kata Emily.

Mendengar kata-kata Emily,Alice pun bangun dari atas katil dan keluar dari bilik. Di luar bilik sudah ada Marco menunggu. Marco mengajak mereka ke bilik hujung sekali. Kerana di bilik hujung itu dekat dengan pagar bahagian belakang tempat mereka masuk tadi.

Masuk saja ke dalam bilik tersebut Marco membuka dan memecahkan cermin tingkap yang ada di dalam bilik tersebut. Kemudian Marco mengambil tali yang berada di dalam beg kendongnya. Tali tersebut di ikat sekuat-kuatnya di tepi tingkap lalu tali itu pun di baling ke arah bawah.

Sementara itu di bahagian depan pintu pagar kediaman Michael masih belum reda lagi ke kecohan yang berlaku. Ke kecohan yang sengaja di lakukan oleh Madam Grace dan orang suruhannya.

"Cik tidak boleh masuk,tolong la pergi dari sini lagi pun tuan Michael tidak ada" kata salah seorang pengawal tersebut.

"Kamu tipu, saya nak jumpa dengan tuan Michael. Saya minat sangat dengan tuan Michael bagi la saya jumpa" kata Madam Grace.

"Tuan Michael tidak ada hari ni." kata pengawal.

"Saya tak kira saya akan tunggu juga sampai tuan Michael pulang " kata Madam Grace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience