Bab 22

Action Completed 10236

Sampai di kediamannya Michael terus pergi ke biliknya. Ia membersihkan badannya dan memakai pakaian. Michael duduk di bangku yang terletak di meja tulisnya. Di fikirannya asyik berfikir siapa yang berani mengupah mata-mata di kediamannya.

Michael tak habis fikir kerana begitu berani orang itu mengupah mata-mata di kediamannya. Michael juga dapat merasakan bahawa orang ini bukan calang-calang. Tiba-tiba Michael teringat dia ada meletakkan kamera tersembunyi di dalam bilik yang terlindung dengan potret gambar yang ada di dalam biliknya. Michael segera mengambil kamera tersebut.

Lalu Michael pun mengambil kamera tersebut dan membawa ke komputernya. Dan ia pun mula melihat apa yang telah di rakam oleh kamera itu pada tarikh kehilangan Alice. Michael melihat ada seorang wanita masuk ke dalam bilik Alice. Michael terkejut bila melihat wajah wanita itu kerana mempunyai wajah yang agak seiras dengan Grace atau sekarang di kenali dengan Madam Grace.

Michael memhubungi Jordan supaya berjumpa dengannya sekarang. Selain Justin, Jordan juga adalah orang kepercayaan Michael juga. Kerana itu bila Michael ada urusan lain di luar daerah Jordan yang akan mengambil alih tugas Michael di markas.

Selepas mendapat panggilan dari Michael menyuruh ia pergi berjumpa dengan Michael di kediamannya. Jordan pun segera pergi ke kediaman Michael. Jordan merasakan ada hal penting yang ingin Michael beritahu padanya. Lagi pun Justin orang kanan Michael tidak ada di sini kerana terpaksa melakukan tugasan di luar daerah.

Jordan sampai di depan pintu pagar kediaman Michael. Jordan pun menurunkan tingkap kereta dan membunyikan hon. Lalu pengawal pun membukakan pintu pagar. Pengawal di kediaman Michael sudah mengenali Jordan. Kerana sebelum Alice berada di rumah Michael, Jordan kerap datang bila ada urusan kerja di rumah Michael. Tapi bila Alice berada di rumah Michael. Michael tidak akan membahaskan tentang pekerjaan di kediamannya. Kerana Michael tidak mahu Alice tergangu.

Selepas mematikan enjin keretanya,Jordan pun masuk ke dalam rumah Michael. Dan Jordan pun terus menuju ke bilik kerja Michael di rumahnya. Jordan pun mengetuk pintu bilik tersebut.Tok,tok,tok. Bunyi ketukkan pintu.

"Masuk" kata Michael di dalam bilik.

Jordan pun membuka pintu untuk masuk. Selepas pintu di buka Jordan pun masuk dan berdiri di depan meja kerja Michael. " Ada tugasan apa tuan Michael panggil saya ni" kata Jordan.

"Duduk la dulu" kata Michael. Lalu Jordan pun duduk di bangku di depan meja Michael.

"Saya mahu kamu cari maklumat tentang gadis ni" kata Michael sambil menunjukkan wajah gadis yang berada di skrin komputernya.

Jordan pun memadang skrin komputer tersebut dan terkejut melihat wajah gadis yang di tunjukkan oleh Michael.

"Ini gadis yang berjaya melarikan diri dari markas kita" kata Jordan.

Michael terkejut bila mendapat tahu gadis yang telah menolong Alice keluar dari kediaman adalah gadis yang telah berjaya melarikan diri dari markasnya.

"Aku inginkan kamu selidik dan kumpulkan maklumat tentang gadis ni" kata Michael.

"Baiklah,saya akan cuba selidik latar belakang gadis ini di negara asalnya dengan bantuan Adam." kata Jordan.

" Bagus la kalau begitu... Bila sudah dapat maklumat tentang gadis ni beritahu pada aku"kata Michael.

"Baik,saya akan lakukan yang terbaik untuk tuan Michael" kata Jordan.

"Sekarang kamu boleh keluar" kata Michael.

Jordan pun bangun dari bangku dan berjalan menuju ke pintu. Ia pun membuka pintu dan keluar dari dalam bilik tersebut. Keluar dari bilik Jordan pun berjalan keluar ke pintu utama kediaman ini. Lalu Jordan pun berjalan menuju ke keretanya. Jordan membuka pintu keretanya lalu masuk. Masuk sahaja ke dalam kereta dan memakai tali pingang kelender ia terus menghidupkan enjin keretanya. Lalu Jordan pun memandu keretanya keluar dari kediaman Michael.

Jordan pulang kembali ke markas. Sampai di markas Jordan segera mencari Adam untuk meminta Adam menyiasat tentang maklumat dan identiti Emily yang terlah berjaya melarikan diri dari markas. Jordan dapat juga bertemu dengan Adam di markas.

"Adam!mari masuk ke dalam bilik pejabat saya. Ada tugasan baru untuk kamu" kata Jordan.

"Ada tugasan apa yang perlu saya lakukan pula ni" kata Adam.

"Ini permintaan dari tuan Michael. Dia minta kamu cari maklumat tentang gadis yang berjaya melarikan diri dari markas hari tu" kata Jordan.

"Oh, gadis yang bernama Emily tu... Baiklah saya akan cuba usahakan" kata Adam.

-------------
Sudah 5 hari Adam pergi ke negara asal Emily untuk mengumpul maklumat tentang Emily. Sudah berjaya mendapatkan maklumat tentang Emily. Adam pun pulang kembali ke negara Z. Kembali saja Adam ke negara Z ia terus pergi ke Markas. Sampai di markas Adam terus berjalan menuju ke arah pejabat Jordan.

Adam pun mengetuk pintu pejabat dan bila ia mendengar suara Jordan menyebut perkataan masuk ,ia pun membuka pintu untuk masuk. Adam masuk dan terus menuju ke arah meja Jordan.

"Ini maklumat yang saya dapat tentang Emily" kata Adam sambil menghulurkan kertas di atas meja Michael.

"Ok terima kasih... Nanti saya akan berikan pada tuan Michael." kata Jordan.

"Kalau tak dak apa-apa lagi saya nak keluar dan berehat dahulu" kata Adam.

"Baiklah, kamu boleh berehat sepuas- puasnya" kata Jordan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience