Bab 20

Action Completed 10236

"Cik kamu tak boleh berada di sini" kata pengawal tersebut.

"Saya akan tunggu sekejap saja. Nanti saya bosan saya balik la" kata Madam Grace.

Tiba-tiba mata-mata yang menyamar jadi pengawal datang ke pintu pagar depan. Dan pengawal tersebut memberi isyarat bahawa mereka bertiga ia itu Marco,Emily dan Alice sudah berjaya keluar. Tak lama kemudian orang suruhan Madam Grace pun datang ke arah Madam Grace di depan pintu pagar utama.

"Maafkan kakak saya tuan... Dia ada masalah jiwa sikit" kata orang suruhan Madam Grace sambil menarik tangan Madam Grace.

"Kamu jaga baik-baik kakak kamu tu jangan bagi terlepas lagi" kata pengawal.

"Baik saya janji tak akan bagi dia terlepas lagi" kata orang suruhan Madam Grace. Lalu Mereka berdua pun berjalan menuju ke arah tempat kereta.

Sampai di tempat letak kereta sudah ada Marco,Emily dan Alice. Madam Grace dan orang suruhannya pun segera masuk ke dalam kereta termasuk Emily dan Alice pun masuk sekali ke dalam kereta. Semuanya sudah Masuk ke dalam kereta orang suruhan Madam Grace pun menghidupkan enjin kereta dan mula memandu menuju ke markas.

Melihat kereta Madam Grace sudah pergi Marco pun menghidupkan enjin motornya lalu menungang motor menuju ke arah markas Madam Grace. Sampai di markas Alice terus di bawa ke bilik rawatan. Kerana Alice mengadu badannya tidak bertenaga dalam 2 hari ini. Bilik rawatan sudah ada Doroty. Masuk saja Alice di bilik rawatan Doroty pun mula memeriksa keadaan Alice.

"Kamu sepertinya kurang darah...Boleh saya nak tanya bila kali terakhir kamu datang haid"tanya Doroty.

Emily juga berada di bilik rawatan menemani Alice. Bila mendengar soalan Doroty, Emily memadang ke arah Alice.

"Rasanya bulan lepas dan bulan ni belum datang lagi" kata Alice.

"Kalau macam tu saya nak kamu guna alat pregnancy test ni dulu. Untuk pastikan kamu mengandung atau tak. Dekat alat tu ada tulis cara gunakannya." kata Doroty.

Alice pun mengambil alat pregnancy test tersebut dan masuk ke dalam tandas yang ada di bilik rawatan tersebut. Tak lama kemudian Alice keluar dari tandas bersama pregnancy test di tangannya. Lalu memberikannya kepada Doroty.

"Macam mana Doroty. Apa keputusannya."tanya Emily tidak sabar.

" Nampaknya ada 2 garis timbul, ini bermakna kamu mengadung Alice "kata Doroty.

" Tak mungkin, saya tak mahu anak ni"kata Alice sambil menangis teresak-esak.

"Sabar Alice,anak tu salah" kata Emily sambil memeluk badan Alice.

Tiba-tiba Alice pingsan di samping Emily. Emily terkejut."Alice pingsan Doroty " kata Emily.

"Jangan risau dia mungkin terkejut dan kurang darah. Mari kita angkat Alice letak di atas katil pesakit" kata Doroty.

Lalu Emily dan Doroty pun mengakat tubuh badan Alice ke atas katil pesakit."Nanti bila dia sudah sedar kamu berikan Alice makan ubat tambah darah ni" kata Doroty.

"Baiklah saya akan berikan bila dia sudah sedar nanti." kata Emily.

"Nampaknya kamu akan dapat adik satu ayah biologi. Kamu jaga Alice baik-baik. Saya nak keluar sekejap" kata Doroty.

Emily terdiam seketika bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Doroty tadi.Memang benar apa yang di katakan oleh Doroty tadi. Alice kawannya sedang mengandung anak ayah biologinya. Ini bermakna anak yang bakal lahir dari rahim Alice adalah adik satu ayah biologinya.

Tiba-tiba perasan Emily berasa sangat berkecamuk bila memikirkan nasib anak yang di kandung oleh Alice. Jika Alice tidak mahu pada anaknya itu bila lahir nanti apa akan jadi pada anak tersebut. Emily berfikir akan mengambil dan menjaga anak tersebut kerana mereka berdua mempunyai ayah biologi yang sama. Lagi pun Emily tidak mempunyai adik beradik lain. Emily akan menunggu sehingga Alice terbangun dan sudah tenang baru ia akan berbincangkan tentang anak yang Alice kandung.

----------------
Sementara di kediaman Michael sudah waktu makan tengahari tapi Alice tidak turun untuk makan. Jadi orang gaji pun menyusun makanan di atas dulang untuk di bawa ke bilik Alice. Orang gaji tersebut mengetuk pintu bilik tapi tidak ada respon lalu orang gaji tersebut membuka pintu bilik. Orang gaji tidak menjumpai ada Alice di dalam bilik. Ia pun meletakkan dulang makanan yang di bawa ke atas meja. Lalu orang gaji pun membuka pintu bilik air yang ada di dalam bilik tersebut.

Selepas membuka pintu bilik air orang gaji melihat bilik air itu kosong. Akhirnya orang gaji tersebut keluar dari bilik dan mencari pengawal untuk memberitahu tentang kehilangan Alice.

"Puan Alice hilang!" jerit orang gaji tersebut pada pengawal yang ada di depan kediaman Michael.

"Tak mungkin boleh hilang. Mungkin ada di dalam rumah ini juga. Mari kita cari" kata salah seorang pengawal tersebut.

Semua pengawal serta orang gaji pun turut mencari Alice di sekitar kawasan kediaman Michael. Tapi mereka tetap tidak menjumpai Alice. Dengan terpaksanya salah seorang dari pengawal tersebut pun menelefon Michael untuk memberitahu tentang kehilangan Alice secara tiba-tiba.

Michael baru saja selesai melakukan perjumpaan dengan seorang pelangan penting. Untuk menutup kegiatan sendikit dadahnya Michael juga mempunyai sebuah kilang membuat perabot dan barang- barang yang di perbuat dari kayu.

Selesai pertemuan dengan pelangan tersebut Michael pun mengundurkan diri untuk keluar terlebih dahalu. Kerana telefon pintarnya berbunyi. Ia melihat di skrin telefonnya terpapar nama yang telah menelefonnya. Nama yang terpapar di skrin adakah nama pengawal yang bertugas di kediamannya. Lalu Michael pun menjawab pangilan tersebut.

"Hello,ada apa kamu mengangu aku ni" kata Michael.

"Maaf tuan, di sini ada masalah... puan Alice telah menghilangkan diri dari rumah" kata pengawal tersebut tergagap-gagap.

"Macam mana kamu semua buat kerja haa...Jaga seorang perempuan pun tak boleh." jerit Michael sambil tangannya membaling telefon pintarnya ke lantai.

Telefon pintarnya yang dibaling oleh Michael pecah. Pembantu peribadinya Justin memadang agak ke hairanan.

"Kamu kenapa tuan Michael" tanya Justin.

"Mari kita balik. Perempuan yang berada di rumah aku sudah hilang" kata Michael penuh emosi.

"Hebat juga perempuan yang bernama Alice tu. Kerana dapat melarikan diri dari rumah tuan." kata Justin seperti kagum.

" Aku rasa mesti ada orang dalam yang membantu Alice untuk lari" kata Michael.

Sampai di tempat letak kereta Justin dan Michael pun masuk ke dalam kereta. Michael meminta Justin terus memandu pulang ke rumahnya terus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience