Bab 3

Action Completed 10236

Emily pun dengan terpaksanya ia pun meneruskan latihan. Sementara Jesica telah di angkat oleh seorang lelaki dan di bawa pergi. Emily tertanya-tanya ke mana lelaki itu membawa Jesica pergi. Kerana lelaki itu tidak menghala ke arah asrama mereka. Sebaliknya lelaki tersebut membawa Jesica ke arah bertetangan.

Selesai latihan sesi pagi Emily dan wanita lainnya di beri rehat dan makan. Selesai makan mereka di panggil lagi untuk meneruskan latihan. Di sini Emily, Alice dan wanita lainnya bukan hanya di beri latihan fizikal saja. Tapi mereka juga di beri latihan mental jika di tahan oleh polis di negara yang bakal mereka lalui untuk membawa dadah.

Paling menakutkan bagi Emily ,Alice dan wanita lainnya adalah cara membawa dadah itu ke negara-negara yang di tentukan. Kerana dadah tersebut akan di masukkan ke dalam badan mereka melalui kapsul. Sampai di negara yang di tentukan,Emily dan wanita lainnya kemungkinan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan dadah tersebut.

Kerana itu mereka di latih untuk membuatkan stamina mereka kuat. Supaya bila di masukkan benda asing di dalam badan mereka tidak akan berlaku sesuatu nanti.

" Kamu dengar sini, jika kamu mempunyai stamina badan yang tak kuat kamu akan kami jadikan pelacur"kata Jordan.

"Tuan, Jesica macam mana" tanya Emily.

"Kawan kamu tu staminanya tak kuat. Jadi dia akan di jadikan pelacur oleh ketua kami" kata Jordan.

"Tuan tak boleh buat macam tu dekat Jesica" kata Emily.

"Kamu jangan banyak tanya... Atau kamu pun mahu di jadikan pelacur seperti Jesica juga" kata Jordan.

"Tak mahu" kata Emily sambil mengelengkan kepala.

"Kalau tak mahu jadi seperti Jesica pergi dengar arahan dan ikut latihan. Jangan banyak tanya lagi"kata Jordan.

Mendengar kata-kata Jordan itu,Emily pun tak bertanya lagi. Ia pun mendengar arahan dan terus mengikuti latihan yang di berikan.

Emily,Alice dan wanita lainya selesai melalui hari pertama latihan mereka. Jurulatih meminta mereka semua masuk ke dalam asrama kembali. Emily dan Alice dan yang lain pun pergi ke asrama tempat mereka tidur dan mandi. Sampai di dalam asrama Emily melihat barang-barang Jesica sudah tiada. Katil tempat Jesica tidur malam tadi pun kosong.

"Alice rasa macam mana agaknya keadaan Jesica sekarang ni." kata Emily.

"Entah la. Aku pun tak tahu" kata Alice.

"Aku tak mahu jadi pelacur dan aku tak mahu jadi keldai dadah. Macam mana nanti jika kita kena tangkap. Kita kena penjara tapi Jordan dan bos dia hidup senang lenang" kata Emily.

"Aku pun sama macam kau juga Emily. Buat sementara waktu ni kita ikut dulu arahan dan latihan yang di berikan. Sambil tu kita tengok-tengok kawasan keliling markas ni. Lepas tu baru kita cari idea macam mana nak lari dari sini" kata Alice.

"Baiklah" kata Emily.

Malam itu Emily dan Alice serta wanita lainnya tidur awal sikit kerana keletihan akibat latihan mereka siang tadi. Mereka semua juga berharap esok pagi badan mereka akan sihat, tidak jatuh sakit. Kerana mereka semua tidak mahu jadi seperti Jesica yang terpaksa di jadikan pelacur untuk melayan nafsu lelaki.
------------
Paginya Emily dan Alice pun mengikut wanita lainnya membuat latihan. Hari ini mereka di bawa kesebuah makmal untuk memeriksa kesihatan mereka seorang demi seorang.

"Lagi 2 minggu kamu semua akan berada di sini untuk memasukkan cip di dalam badan kamu. Cip yang di masukkan di badan itu untuk mengetahui kemana saja kamu pergi... Jadi jangan cuba nak larikan diri kerana kami akan tahu kemana saja kamu pergi" kata lelaki yang memakai kot bewarna putih seperti doktor.

Mendengar kata-kata lelaki tersebut membuatkan semua wanita merasa takut.Sementara mata Emily dan Alice tak berhenti melihat ke arah luar bangunan. Emily juga cuba mengingati semua jalan yang ada di markas ini.

Malam ini Emily dan Alice tidak dapat melelapkan mata. Kerana Emily dan Alice memerah otak untuk cuba merancang cara melarikan diri dari tempat mereka di kurung. Apa lagi memikirkan lagi 2 minggu sejenis cip akan di tanam di badan mereka. Jadi Emily dan Alice kena keluar dari tempat ini sebelum cip tersebut di tanam di badan mereka.

"Kita kena cepat cari jalan untuk keluar dari tempat ni" bisik Alice pada Emily.

"Tapi terlalu ramai orang yang mengawal dengan senjata di sekeliling tempat ni" kata Emily secara berbisik.

"Kita cuba juga lari dari sini. Tak kira macam mana pun" kata Alice.

"Tapi saya perasan di belakang tepi pagar dekat hutan tu hanya 2 orang saja yang mengawal. Mungkin kita boleh cuba lari dengan memajat pagar tu"kata Emily.

"Ok. Tapi kita kena tunggu sampai semua orang dah tidur baru la kita boleh jalankan rencana kita."kata Alice.

"Macam mana kalau kita kena tangkap." kata Emily.

"Kita kena cuba." kata Alice.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience