Bab 8

Action Completed 10236

Selesai makan Alice memadang pada Michael. Alice hairan kenapa Michael sanggup berjumpa dengannya dan menyuruh ia makan. Kenapa tak biarkan saja ia mati,apa niat Michael padanya.

"Kalau kamu tak mahu saya mati tolong lepaskan saya." kata Alice.

"Aku tak akan lepas kamu. Tapi aku tetarik dengan kamu, aku mahu kamu jadi perempuan simpanan aku." kata Michael.

"Tak mahu, apa hak kamu nak jadikan saya perempuan simpanan." kata Alice.

"Kerana aku ketua di sini, jadi semua kena ikut apa yang aku inginkan termasuk lah kamu" kata Michael.

"Tapi saya tak mahu" kata Alice.

"Kamu rela di seksa di bilik kurungan ini. Kamu lebih sanggup tinggal bersama tikus di bilik yang gelap. Kamu beruntung kerana aku tetarik dengan kamu. Aku susah ingin menyukai wanita, tapi kamu lain."kata Michael.

"Saya rela jadi perempuan simpanan tapi dengan syarat kita mesti melakukan ikrar perkahwinan seperti pasangan lain." kata Alice.

"Baiklah,itu tidak menjadi masalah." kata Michael.

Alice terkejut mendengar Michael setuju dengan syaratnya. Mungkin sah menjadi isteri Michael dari agama yang anutinya tapi dari segi undang-undang dia masih perempuan simpanan. Kerana Michael tidak akan mendaftarkan perkahwinan ini.

Tak lama kemudian Michael memanggil Justin orang kanannya." Justin mari sini" kata Michael.

"Ya ada apa tuan" kata Justin.

"Aku mahu kamu bukakan tali di tangan Alice. Dan siapkan pakaian untuknya esok aku dan Alice akan melakukan perkahwinan di markas ini. Lagi satu panggil berapa orang wanita untuk membantunya" kata Michael.

"Baik tuan" kata Justin.

Alice terkejut mendengar kata-kata Michael. Alice tak sangka secepat itu Michael akan melakukannya. Selepas mengatakan perkara itu pada Justin. Michael pun keluar dari bilik kurungan itu. Selepas Michael keluar,Justin pun datang mendekati Alice dan membuka ikatan tali di tangan Alice.

"Buat sementera waktu ni kamu akan tetap tinggal di bilik ini. Esok pagi akan ada wanita yang akan datang membantu kamu untuk bersiap" kata Justin.

---------------
Di markas Madam Grace... Emily sudah mula mendapat menyesuaikan diri dan mula bergaul dengan orang-orang di markas Madam Grace.

"Emily kenapa termenung ni"tanya Bella kawan yang baru Emily kenal.

"Aku teringat pada kawan aku Alice. Macam mana agaknya nasib dia di tempat tu" kata Emily.

"Mungkin akan di seksa atau di jadi perempuan simpanan" kata Bella.

"Kenapa kena jadi perempuan simpanan pula" kata Emily.

"Michael ketua kartel dadah tu memang suka pada perempuan yang melawan dia. Dengar kata dulu Madam Grace pun pernah jadi perempuan simpanan Michael, sebelum dia berkahwin dengan John" kata Bella.

"Betul ke. Tapi macam mana Madam Grace boleh terlepas" tanya Emily.

"Betul la. Makcik aku yang bagi tahu. Makcik aku lebih tua pada Madam Grace jadi dia tahu semuanya tentang Madam Grace. Rasanya ada orang dalam yang tolong Madam Grace sebab tu dia boleh lari dari Michael."kata Bella.

Di dalam pejabat, Madam Grace sedang termenung memikirkan anaknya Emily. Madam Grace mula teringat kisah yang sudah lama ia kuburkan dalam ingatannya. Tapi dengan kemunculan Emily membuatkan ia teringat kenangan itu.Kenangan yang sudah 20 tahun lebih ia lupakan.

Flashback

Seorang gadis berumur 18 tahun ketakutan menyorok di dalam almari. Gadis itu bernama Grace, ayahnya telah menyorokkan Grace di dalam almari pakaian. Almari itu ada satu lubang kecil dan Grace melihat sekumpulan lelaki masuk ke dalam rumahnya.

Seorang lelaki telah menembak semua ahli keluarganya. Lelaki tersebut seperti ketua pada kumpulan itu.

"Masih ada lagi tak ahli keluarga yang lain." kata Michael ketua kumpulan yang sudah menembak mati ahli keluarga Grace.

"Masih ada anak perempuannya yang belum di jumpai" kata orang suruhannya.

"Pergi cari sekarang" kata Michael.

"Baik " kata orang suruhan Michael dan mereka mencari seluruh ruangan di dalam rumah tapi tidak menemui juga.

Tiba-tiba Michael terpadang sebuah almari di depannya. Michael pun mula menghampiri almari tersebut. Grace yang berada di dalam almari tersebut ketakutan melihat Michael mangkin menghampiri. Sampai di depan almari itu Michael pun membuka pintu almari tersebut.
Terbuka saja pintu almari itu kelihatan Grace berada di dalamnya. Di tangan Grace ada sebilah pisau.

"Jangan dekat kalau tak saya akan bunuh kamu" kata Grace sambil pisau di tangannya menghala ke arah Michael.

Michael ketawa bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Grace. "Beraninya kamu nak bunuh aku. Aku suka gadis seperti kamu."kata Michael.

Michael mangkin mendekati Grace. Grace terkejut dengan tindakan Michael,tanpa teragak-agak Grace terus cuba menikam badan Michael dengan pisau yang ada di tangannya. Tapi Michael dapat mengelak dan tangan Michael terus menarik tangan Grace. Pisau di tangan Grace pun terjatuh ke lantai.

Michael terus mengakat badan Grace lalu berjalan keluar dari rumah."Kamu nak bawa saya pergi mana" tanya Grace.

"Kamu akan jadi Perempuan simpanan aku. Kamu nampak menarik" kata Michael.

"Tak mahu! lepaskan saya" kata Grace sambil meronta-ronta minta di turunkan dari di dukung oleh Michael.

"Aku tak akan lepas kamu" kata Michael . Sampai di depan kereta orang suruhan Michael pun membuka pintu kereta. Lalu Michael pun meletakkan Grace di dalam kereta.Michael pun duduk di sebelah Grace tak lama kemudian kereta pun berjalan meninggalkan kawasan rumah Grace dan ahli keluarganya yang sudah mati di tembak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience