Bab 27

Action Completed 10236

Sudah hampir sebulan Emily dan Alice berada di kediaman Michael. Walau pun sebenarnya Emily merasa rindu pada ibunya Madam Grace. Emily melihat Alice dan Michael nampak sangat bahagia. Michael sangat mengambil berat tentang Alice dan kandungannya. Tapi antara Michael dan Madam Grace ibunya adalah musuh. Emily sedar Michael memang seorang yang kejam tapi bila ia mula menyayangi sesuatu ia akan menjaga mereka sepenuh hatinya.

Emily juga dapat merasakan ibunya Madam Grace tidak akan membiarkan ia terus berada di kediaman Michael. Mesti ibunya akan melakukan sesuatu supaya dirinya dapat kembali ke sisinya. Emily merasakan turut bahagia bila melihat kawannya Alice sudah bahagia.

Perut Alice pun sudah mula kelihatan sedikit buncit. Michael juga kerap berada di rumah menemani Alice dan Emily. Emily juga tak sabar menanti kelahiran adik satu ayah biologinya itu. Jika ibunya mampu berbaik dengan Michael alangkah bagusnya. Tapi semua itu tak mungkin berlaku kerana Madam Grace sangat membenci Michael.

Alice dan Michael sudah pun mendaftarkan perkahwinan mereka. Sekarang Alice sudah sah menjadi isteri Michael dari segi undang-undang negara Z. Alice juga sudah tidak ragu lagi dengan statusnya sebagai isteri Michael. Alice juga sepertinya sudah mula boleh menerima Michael sebagai suaminya. Dapat di lihat dengan kelakuan Alice pada Michael yang sangat manja. Dan Michael pun tidak kisah kerana ia sedar Alice masih muda hanya tua setahun pada Emily. Michael pula sudah berumur 40an.

--------------
Sementara itu di markas Madam Grace ada perjumpaan di bilik misi untuk berbincang tentang strategi untuk menyerang markas Michael dan kediaman Michael. Madam Grace telah nekad untuk mengambil kembali Emily dari Michael walau apa pun yang terjadi. Madam Grace tidak mahu anaknya Emily hidup seperti Michael.

Marco pun sudah pulih dari kecederaanya. Selepas selesai melakukan berbincangan semua yang berada di bilik misi pun keluar dari bilik tersebut. Tinggal Madam Grace dan Marco yang masih ada di dalam bilik misi tersebut.

"Marco saya nak kamu hati-hati kali ni. Jangan sampai tercedera lagi" kata Madam Grace.

"Maaf kerana hari tu saya tak dapat jalankan tugas dengan baik sampai Emily jatuh ke tangan Michael" kata Marco.

"Tak mengapa,kita pun tak tahu Michael dapat mengagak rancangan kita pada waktu tu"kata Madam Grace.

"Kali kita pasti akan berjaya...walau apa pun yang terjadi saya akan tetap bawa Emily keluar dari kediaman Michael" kata Marco.

"Bagus Marco. Harap rancangan kita ni akan berjaya" kata Madam Grace. Lalu mereka berdua pun keluar dari bilik misi itu beiringan.

Marco pergi ke arah tempat latihan di dalam markas tesebut. Untuk berjumpa dengan berapa orang yang akan mengikuti ia dan Madam Grace melakukan misi yang sudah di rancang. Marco memberikan taklimat tentang misi yang bakal mereka lakukan tak lama lagi.

Madam Grace pula berjumpa dengan beberapa orang supaya mereka sentiasa bersedia untuk melakukan misi yang telah di rancangkan. Dan Madam Grace juga memberi sedikit maklumat tambahan pada mereka semua.

Doroty yang melihat Marco sedang asik memberi taklimat ke pada orang bawahannya. Doroty pun menghampiri Marco dan ia pun turut mendengar taklimat yang di sampaikan oleh Marco. Selesai memberitahu taklimat tentang misi yang bakal mereka laksanakan tidak lama lagi Marco pun meminta mereka bersurai dan melakukan kembali tugas mereka masing-masing.

"Marco ini misi untuk menyelamatkan Emily anak Madam Grace kan" kata Doroty. Sambil Doroty pun mendekati Marco yang sedang ingin keluar dari tempat ia memberi taklimat tadi.

"Ya ini memang misi untuk selamatkan Emily" kata Marco.

"Marco kamu ada hati pada Emily" tanya Doroty Tiba-tiba.

"Mmm, kenapa jika aku ada hati pada Emily" kata Marco.

"Kerana aku cintakan kau Marco. Tak bolehkah kau terima cinta aku ni" kata Doroty.

"Doroty aku tidak pernah mencintai kau sampai bila-bila. Carilah orang lain jangan tunggu aku lagi" kata Marco.

Marco pun pergi meninggalkan Doroty dan berjalan menuju ke tempat lain. Doroty tak mampu hendak mengata apa-apa lagi pada Marco. Doroty sudah lama jatuh cinta dengan Marco sebab itu ia sanggup bertugas sebagai doktor di markas Madam Grace.

Doroty juga tahu Marco sangat mencintai Madam Grace dari dahulu lagi. Dan Madam Grace pula tidak pernah mengagap Marco lebih dari seorang adik lelakinya. Sebab itu Doroty merasakan ia masih ada harapan untuk membuat Marco jatuh cinta padanya. Kerana itu Doroty sanggup menunggu hampir sepuluh tahun tapi rupanya Marco tidak pernah sekali pun ingin menerima cintanya.

Dulu Doroty tidak rasa tergungat kerana ia tahu cinta Marco hanya pada Madam Grace. Dan Madam Grace pula memang tidak pernah mencintai Marco. Tapi bila Emily muncul membuatkan Doroty terasa tergugat kerana Emily mempunyai wajah seiras Madam Grace. Emily juga adalah anak Madam Grace.

Doroty juga dapat melihat kemesraan Emily dan Marco bila bersama. Doroty merasakan ia terpaksa melepaskan Marco. Kerana ia sedar penatiannya selama ini hanya lah sia-sia sahaja. Ia tak mampu untuk memaksa Marco jatuh cinta padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience