Bab 25

Action Completed 10236

"Kamu berdua tak perlu pergi ke kediaman Michael." kata Madam Grace.

"Tapi nanti orang-orang Michael akan menyerang kita" kata Emily.

"Ibu ada rancangan lain... Kamu berdua akan keluar dari negara ni,ibu tak mahu kamu berdua terlibat dengan kehidupan seperti ini lagi. Tentang Michael ibu akan uruskan" kata Madam Grace.

"Apa yang akan ibu lakukan" kata Emily. Alice hanya memerhatikan saja dua beranak ni berbincang.

"Ibu tahu apa yang akan ibu lakukan nanti" kata Madam Grace.

Lalu Madam Grace pun berlalu pergi menuju ke bilik kerja. Sampai di bilik kerja Madam Grace mengambil telefon pintarnya dan menelefon Marco. Ia mahu Marco melakukan sesuatu untuknya.

Esok paginya Madam Grace meminta Marco membawa Emily dan Alice ke lapangan terbang untuk keluar dari negara Z. Sementara Madam Grace dan berapa orang suruhannya akan membawa 2 orang wanita yang menyamar sebagai Alice dan Emily pergi ke kediaman Michael. Marco pun segera membawa Emily dan Alice ke lapangan terbang. Tiket telah pun di tempah oleh Marco.

Sementara itu 2 orang wanita sudah siap di solekkan seperti wajah Alice dan Emily. 2 orang wanita tersebut mengikuti Madam Grace dan beberapa orang suruhan Madam Grace pergi menuju ke arah kediaman Michael.

----------
Sementara itu Michael telah dapat mengagak tentang rencana Madam Grace. Dari awal lagi Michael sudah meletakkan mata-mata untuk memantau keadaan kediaman Madam Grace. Kerana Michael yakin bahawa Madam Grace bukan seorang yang akan mudah menurut.

Mata-mata Michael juga telah memberitahu bahawa Marco telah membawa Emily dan Alice keluara menuju ke lapangan terbang. Michael telah meminta orang-orangnya mengekori Marco membawa Alice dan Emily.

Tidak berapa lama kemudian Michael sampai dengan orang-orang suruhannya di lapangan terbang. Marco terkejut melihat tiba-tiba Michael muncul. Apa lagi kapal terbang yang akan membawa Emily dan Alice belum lagi ingin bertolak. Lagi pun ini tempat awam Marco tak boleh mengunakan pistolnya.

Michael cuba untuk melindungi Emily dan Alice tapi tak berjaya. Terjadi juga pergelutan antara Marco dan orang-orang suruhan Michael. Bila melihat keadaan Marco teruk kena belasah Emily menjerit.

"Sudah jangan pukul Marco lagi. Saya dan Alice akan ikut kamu" kata Emily sambil matanya memadang ke arah Marco dan air matanya menitis.

"Jangan ikut dia Emily, nanti apa kata Madam Grace" kata Marco.

"Jangan risau mereka berdua akan selamat dengan aku. Lagi pula dia anak aku dan Alice isteri aku".kata Michael.

Michael dan orang-orang suruhannya pun membawa Emily dan Alice pergi meninggalkan Marco yang terbaring. Selepas Michael dan orang-orangnya pergi meninggalkan Marco datang berapa orang awam menolong Marco.

Marco menelefon Madam Grace untuk memberitahu tentang Emily dan Alice. Madam Grace sangat terkejut bila mendapat tahu. Tapi 2 wanita yang telah menyamar menjadi Emily dan Alice telah pun masuk ke kediaman Michael.

Kedua wanita itu memang cekap berlawan dan mengunakan senjata api. Madam Grace mengambil keputusan untuk menunggu Michael di depan kediaman Michael.

Tak lama kemudian Michael sampai bersama Emily, Alice dan orang suruhannya. Madam Grace menahan kereta Michael. Michael menurunkan cermin tingkap keretanya.

"Oh Madam Grace! Ada apa" tanya Michael.

"Lepaskan Emily anak aku" kata Madam Grace.

"Aku tak akan lepaskan. Lagi pun aku baru saja nak berkenalan dengan anak perempuan aku"kata Michael.

"Tak boleh! Kau tak boleh ambil Emily dari aku. Lagi pun tak lama lagi Alice akan melahirkan anak kau"kata Madam Grace.

"Apa kata kau isteri aku bakal melahirkan anak aku. Wah ini berita gembira untuk aku...tak sangka aku akan mempunyai 2 orang anak seorang sudah 20 tahun,seorang lagi bakal lahir. Tapi aku tak akan lepaskan Emily" kata Michael lalu menaiki kembali cermin tingkap keretanya. Emily hanya terdiam dan matanya memadang ke arah cermin tingkap ia melihat ibunya Madam Grace.

Kereta Michael pun masuk ke dalam pagar kediaman Michael. Masuk saja ke dalam perkarangan kediaman Michael pintu kereta di buka oleh orang suruhan Michael.

"Emily marilah inilah rumah ayah" kata Michael. Emily hanya terdiam dan keluar dari dalam kereta.

Selepas Emily keluar dari dalam kereta barulah Alice pula keluar.

"Alice hati-hati kerana kamu sekarang ni sedang mengandung anak aku" kata Michael sambil tangannya memengang tangan Alice.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience