Bab 26

Action Completed 10236

Emily dan Alice masuk ke dalam kediaman Michael. Michael tidak lepas dari memengang tangan Alice.

"Emily ,bilik kamu di atas sebelah bilik ayah. Mari ayah tunjukkan"kata Michael.

Emily pun mengikuti Michael dan Alice naik ke tingkat atas. Sampai di tingkat atas Michael pun menunjukkan bilik untuk Emily.

"Ini bilik Emily kalau ingin apa-apa boleh beritahu orang gaji" kata Michael.

"Terima kasih" kata Emily.

"Sama-sama,bilik ayah dan Alice di sebelah." kata Michael.

Emily pun masuk ke dalam bilik yang Michael tunjukkan padanya. Sementara Michael dan Alice masuk ke dalam bilik mereka yang berada di sebelah bilik Emily.

Masuk sahaja Michael dan Alice ke dalam bilik mereka, Alice terus duduk di atas katil di bilik tersebut. Michael pula mengunci pintu bilik tersebut dan duduk sebelah Alice. Michael memadang wajah Alice ia perasan Alice banyak diam sahaja dari tadi.

"Kenapa kamu diam saja. Kamu takut pada aku" tanya Michael.

"Maaf" kata Alice sambil menudukkan kepalanya ke arah lantai.

"Tahu pulak kamu takut. Selepas ni jangan cuba-cuba larikan diri lagi. Demi anak kita yang kau kandungkan terus lah bersama aku" kata Michael.

"Baiklah" kata Alice.Tiba-tiba tangan Michael menyentuh perut Alice.

"Tolong tetap bersama aku sampai bila-bila. Esok kita akan pergi daftar perkahwinan kita" kata Michael.

"Betul awak akan daftar perkahwinan kita" tanya Alice sambil matanya menatap wajah Michael.

"Ya,aku ingin kita bersama sebagai suami isteri yang sebenarnya. Dan kau jangan sekali-kali lari pada aku lagi" kata Michael.

"Macam mana dengan Emily... Awak tak mahu pulangkan Emily pada Madam Grace." tanya Alice.

"Emily akan tinggal dengan kita di sini. Lagi pun dia anak aku. Selama 20 tahun aku tidak tahu bahawa aku mempunyai anak. Sanggup seorang ibu serahkan anaknya pada orang lain. Bayangkan selama 20 tahun Emily di jaga oleh orang lain" kata Michael.

"Tapi mungkin ada sebab Madam Grace lakukan semua itu" kata Alice.

"Sebabnya dia tak mahu aku tahu tentang Emily" kata Michael. Alice terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Michael. Apa yang di katakan oleh Michael ada benarnya.

"Awak saya lapar la" kata Alice tiba-tiba.

"Kita mandi dulu lepas tu baru turun pergi makan dekat bawah"kata Michael.

Selepas mandi dan memakai baju Alice dan Michael pun keluar dari dalam bilik. Michael mengetuk pintu bilik Emily untuk mengajak Emily makan sekali di meja makan di bawah.

Tok,tok,tok. "Emily mari turun kita makan sama-sama" kata Michael.

Tak lama kemudian Emily pun membuka pintu biliknya. Emily melihat Alice dan Michael berada di depan biliknya.

"Jom turun kita makan sama-sama" kata Alice.

"Baiklah" kata Emily lalu ia pun mengikut Michael dan Alice turun ke bawah menuju ke meja makan.

Emily melihat layanan Michael terhadap Alice sangat baik. Emily dapat merasakan Ayah biologinya itu benar-benar menyayangi Alice. Michael juga melayannya dengan baik sebagai seorang ayah.

Emily juga tahu ibunya Madam Grace memang membenci Michael kerana telah membunuh ahli keluarganya di depan matanya sendiri. Emily juga tahu kalau boleh ibunya tidak mahu dirinya terlibat dengan kehidupan seperti ibunya Madam Grace dan Michael.

--------------
Di markas Madam Grace kelihatan Madam Grace tengah gelisah memikirkan anaknya Emily. Madam Grace tahu Michael tak mungkin melakukan kekerasan pada anaknya Emily kerana Emily juga anak Michael. Tapi Madam Grace tidak boleh terima Michael telah merampas anaknya.

Madam Grace merasakan ia harus membuat sesuatu supaya Emily dapat kembali ke sisinya. Kali ini ia tidak kisah jika terpaksa berlaku pertempuran antara orang-orangnya dan orang Michael. Tapi ia terpaksa menunggu sehingga Marco pulih dulu. Barulah ia akan mengatur strategi untuk menyerang kediaman Michael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience