Bab 23

Action Completed 10236

Selepas Adam keluar, Jordan pun pergi membawa kertas maklumat tentang identiti Emily kepada Michael. Sampai di depan bilik pejabat Michael, Jordan pun mengetuk pintu tersebut sebelum masuk.

"Masuk" kata Michael.Lalu Jordan pun membuka pintu dan masuk. Melihat Jordan yang masuk ke dalam pejabat Michael terus bertanya"Kamu sudah dapat maklumat tentang identiti Emily "

"Ya,Adam sudah pun mendapat maklumat tentang gadis bernama Emily. Maklumatnya semua ada di kertas ini" kata Jordan. Jordan pun menghulurkan kertas hasil selidik tentang Emily kepada Michael.

Michael pun mengambil kertas tersebut."Sekarang kamu boleh keluar" kata Michael.

"Baik tuan" kata Jordan lalu ia pun keluar dari ruangan pejabat Michael.

Selepas Jordan keluar Michael pun mula membaca isi kandungan kertas yang di berikan oleh Jordan.Di kertas itu tertulis umur Emily. Tentang keluarga angkatnya. Ada juga tertulis keluarga angkat Emily telah membawa Emily pulang ke asia 20 tahun dahulu ketika umur gadis tersebut baru 5 bulan.

Dan tentang latar belakang keluarga angkat Emily juga ada tertulis di kertas tersebut. Dan juga di sertakan dengan gambar keluarga angkat Emily sekali di kertas tersebut. Michael terkejut melihat gambar keluarga angkat Emily kerana Michael mengenali Robert yang menjadi ayah angkat Emily. Kerana Robert pernah bekerja dengan mendiang ayahnya selepas ayahnya meninggal Robert bekerja pula dengan ibu tirinya Daisy.

Di maklumat di kertas itu juga menulis tentang Robert di amanahkan oleh Daisy dan Grace untuk menjaga Emily. Tapi Robert dan keluarganya tidak amanah kerana Emily terpaksa bekerja di kelab malam. Dan Robert juga banyak ke habisan duit kerana bermain judi.

Di fikiran Michael terfikir kemungkinan Emily adalah anak biologinya bersama Grace. Di kertas maklumat itu juga menulis berapa bulan lepas ada orang suruhan madam Grace yang datang berjumpa dengan Robert dan keluarganya. Michael sudah dapat mengagak bahawa kehilangan Alice ada kena mengena dengan Madam Grace.

"Tak sangka banyak sekali rahsia yang kamu sorokkan dari aku Madam Grace."bisik hati Michael.

"Nampaknya aku kena rampas balik apa yang telah kau ambil dari aku Madam Grace" kata Michael.

Michael menelefon Jordan dan Justin menyuruh mereka berdua berjumpa dengannya malam ini. Malamnya Justin dan Jordan datang ke kediaman Michael. Mereka berdua pun tertanya-tanya ada perkara apa sampai Michael memangil mereka datang malam-malam.

Sampai sahaja Justin dan Jordan di depan pintu pagar. Pengawal pun membukakan pintu untuk Justin dan jordan masuk ke dalam kediaman Michael. Sampai saja di perkarangan kediaman Michael mereka berdua mematikan enjin kereta dan keluar. Keluar dari kereta Jordan dan Justin pun masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik kerja Michael.

Jordan dan Justin pun mengetuk pintu bilik kerja Michael sebelum masuk. Selepas itu barulah mereka membuka pintu. Buka sahaja pintu Jordan dan Justin melihat sudah ada Michael sedang duduk di bangku menunggu mereka.

"Ada misi apa tuan cari kami berdua ni" kata Justin.

"Ada misi penting yang akan kita lakukan tak lama lagi." kata Michael.

"Misi apa yang akan kita lakukan kali ni" tanya Jordan.

"Kali ni kita akan pergi ke markas Madam Grace" kata Michael.

Jordan dan Michael terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Michael. "Tapi kita tidak bermusuhan dengan Madam Grace dan kita juga tidak pernah berurusan dengan Madam Grace. Untuk apa kita pergi ke markas Madam Grace" kata Justin.

"Ya,itu dulu tapi sekarang Madam Grace telah mengambil isteri aku Alice... Dan ada sesuatu yang ia sembunyikan pada aku" kata Michael.

"Tapi rasanya elok tuan Michael bawa berbincang dulu dengan Madam Grace" kata Justin.

"Kenapa, kau takut dengan orang-orang Madam Grace" tanya Michael.

"Bukan saya takut,tapi agak merbahayakan orang-orang kita nanti." kata Justin.

"Jangan risau aku tahu apa yang akan aku lakukan nanti" kata Michael.

Selepas berbincang tentang rancangan dan strategi untuk pergi ke markas Madam Grace.Justin dan Jordan pun pulang ke markas. Plan pertama Michael akan datang bersama Justin dan berapa orang suruhannya untuk berjumpa dengan Madam Grace. Jika tidak berjaya baru mengunakan plan kedua ia itu dengan menyerang markas Madam Grace.

Seperti yang di rancangkan hari ini Michael,Justin dan beberapa orang suruhan Michael pergi ke markas Madam Grace. Sampai di depan pintu utama markas Madam Grace. Orang suruhan Michael pun memberhentikan kereta. Michael dan orang suruhannya pun keluar dari dalam kereta untuk berbincang dengan pengawal yang sedang berjaga di pintu utama markas.

"Ada urusan apa kamu datang ke sini?" tanya salah seorang pengawal.

"Beritahu pada Madam Grace, tuan Michael ingin bertemu dengannya kerana ingin berbincangkan sesuatu." kata orang suruhan Michael.

"Sekejap saya akan hubungi Madam Grace untuk memberitahu terlebih dahulu" kata pengawal tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience