Bab 29 Tamat

Action Completed 10236

Michael yang ke betulan ada di kediamannya mendengar bunyi tembakan di sekitar kediamannya bergegas keluar ke tempat berlaku bunyi tembakan. Alice dan Emily juga sangat terkeju mendengar bunyi tembakan di kediaman Michael.

Emily dapat mengagak bahawa ibunya dan anak buah ibunya yang telah datang menyerang kediaman Michael.

"Alice kamu duduk diam- diam di bilik" kata Michael sambik tangannya membuka laci meja untuk mengambil senjata.

"Tak bolehkah kamu lepaskan saja Emily. Biarlah Emily bersama dengan Madam Grace." kata Alice.

"Aku tak akan biarkan Emily di bawa pergi oleh dia." kata Michael.

"Emily sudah dewasa dia bukan budak- budak lagi. Madam Grace tu ibu yang telah melahirkan Emily."kata Alice.

"Tapi aku tak boleh. Kerana dia telah berani membawa kamu lari dari aku." kata Michael.

"Michael saya sayangkan kamu. Saya tak mahu kamu terjadi apa-apa. Lagi pun sekarang saya sedang mengandung"kata Alice dengan air matanya mula mengalir dan tangannya mula memeluk badan Michael.

"Percayalah saya akan selamat. Kamu jaga diri jangan keluar dari bilik" kata Michael sambil ia mencium dahi Alice dan melepaskan pelukkan Alice. Michael pun turun menuju ke arah bunyi tembakan berlaku.

Hati Alice sangat risau takut terjadi apa-apa pada Michael. Sementara Emily juga turun mengekori Michael agak jauh dari belakang. Kerana Emily sangat risau tentang ibunya. Bila Michael semakin hampir ke tempat terjadinya tembak menembak. Michael terus menghalakan pistolnya pada anak buah Madam Grace dan menembak berapa das peluru.

Beberapa orang anak buah Madam Grace tersungkur jatuh kerana terkena tembakkan dari Michael.

"Kamu mahu apa serang kediaman aku" tanya Michael pada Madam Grace yang tidak berapa jauh darinya.

"Aku mahu ambil anak aku balik" kata Madam Grace.

"Nampak nya sudah 2 kali kamu berani masuk ke kediaman aku." kata Michael.

"Aku tak takut langsung untuk masuk ke tempat kamu ni. Aku akan ambil Emily supaya tak terjebak hidup seperti kamu Michael" kata Madam Grace.

"Ya ke, cara hidup kamu dengan aku sama saja. Jangan berlagak baik la" kata Michael. Sambil tangan Michael yang memengang pistol menghala ke arah Madam Grace. Dan Madam Grace juga menghalakan pistol di tangannya ke arah Michael.

"Hari ini aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kamu. Supaya dendam aku akan terbalas" kata Madam Grace. Sambil jarinya terus menekan dan menembak ke arah Michael. Michael terkena tembakan di bahunya.

"Aku juga tidak akan teragak-agak untuk bunuh kamu Grace" kata Michael.Michael pun menekan pistolnya pada Madam Grace dan tembakan itu terkena pada tangan Madam Grace.

Madam Grace juga membalas tembakan itu dan terkena pada dada Michael. Emily yang berada tidak jauh di belakang Michael menjerit bila melihat ibu dan ayah biologinya saling tembak-menembak.

"Michael, ibu sudahlah! Kita boleh bawa berbincang" kata Emily sambil mengalirkan air mata.

Tapi Michael dan Madam Grace tidak mengedahkan kata-kata Emily. Michael rebah bila tembakan peluru terkena di dadanya. Dan tak lama kemudian Madam Grace juga rebah kerana tembakan peluru yang Michael berikan padanya.

Alice yang mendengar jeritan Emily terus keluar dari dalam bilik. Alice terkejut melihat keadaan Michael. Alice berjalan mendekati Michael. Manakala Emily berjalan menuju ke arah Madam Grace.

Alice menghampiri badan Michael yang terbaring kesakitan."Michael tolong bertahan jangan tinggalkan saya" kata Alice sambil air matanya tak berhenti mengalir.

"Tolong jaga anak kita baik-baik" kata Michael sambil tangannya mengusap-usap perut Alice.

"Ibu jangan tinggalkan Emily. Emily sayang ibu" kata Emily. Tangan Emily memengang badan ibunya yang terbaring di lantai.

"Tolong jaga diri baik-baik bila ibu tak ada" kata Madam Grace sambil tangannya memengang tangan Emily.

Tak lama kemudian terdengar bunyi kereta polis masuk ke dalam kediaman Michael. Orang-orang Madam Grace dan Michael telah di tangkap.

Manakala yang tercedera di bawa ke hospital termasuk Madam Grace dan Michael. Emily dan Alice juga pergi ke hospital untuk mengetahui keadaan Michael dan Madam Grace.

Sampai di hospital Michael tidak dapat di selamatkan kerana peluru terkena dekat dengan jantungnya. Madam Grace juga tidak dapat di selamatkan kerana peluru yang di tembak terkena pada kepalanya.

Alice merancau dan pingsan bila mendapat tahu kematian Michael. Alice terpaksa di masukkan ke dalam wad. Emily juga merasa sedih atas kematian ibu dan ayah biologinya. Tapi ia tahu Alice lebih sedih dengan kematian Michael. Apa lagi dengan keadaan Alice yang sedang mengandung.

Emily juga mendapat tahu bahawa ada mata-mata polis yang menyamar di markas dan di kediaman Michael. Justin dan Marco juga di tangkap oleh pihak polis. Selepas selesai di soal siasat oleh polis Emily terus pergi berjumpa dengan Alice di hospital.

Emily melihat Alice sudah pun sedar dari pingsan. Emily pun menghampiri katil Alice dan tangannya memengang tangan Alice. "Alice kamu kena kuat demi anak dalam kandungan" kata Emily.

Alice memadang Emily dan berkata. "Jangan risau aku akan kuat demi anakku. Lagi pun anak ni satu-satunya harta paling beharga Michael tinggalkan untuk aku" kata Alice.

"Jangan lupa aku juga ada pertalian darah dengan Michael. Aku janji akan jaga kau dan anak yang bakal lahir tu" kata Emily.

Emily dan Alice memulakan kehidupan baru mereka. Alice mempuyai sedikit wang yang pernah Michael berikan padanya. Begitu juga dengan Emily mempuyai wang yang telah di tinggalkan oleh Madam Grace untuknya. Dengan wang itulah mereka berdua mencari rumah dan memulakan kehidupan baru.

Emily juga telah mendapat kerja sebagai pembantu pelayan di sebuah restoran. Alice juga sudah pun melahirkan seorang anak lelaki. Emily dan Alice tak akan melupakan bagaimana pengalaman mereka berdua bersama Madam Grace dan Michael.

--------_--------------------
Tamat.

Harap jauhkan diri anda semua dari dadah.Kerana dadah hidup kucar-kacir orang yang jual dadah kaya-raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience