Bab 21

Action Completed 10236

Sudah malam barulah kereta yang membawa Michael sampai di kediamanya. Berhenti saja kereta, Michael pun terus membuka pintu kereta untuk keluar dari dalam kereta. Keluar saja dari kereta Michael memanggil semua pengawal dan orang gaji berjumpa dengannya di dalam rumah.

Pengawal dan orang gaji nampak agak ketakutan. Kerana sedar mereka semua dalam masalah besar kerana Alice telah hilang. Apa lagi melihat tuan mereka Michael kelihatan sangat marah,apa yang akan terjadi kepada mereka nanti. Orang gaji dan pengawal pun berkumpul di hadapan Michael.

Michael melihat hanya 3 orang sahaja pengawal yang datang. Sepatutnya pengawal semua ada 4 orang.

"Mana lagi seorang pengawal" tanya Michael.

"Pengawal lagi seorang telah menghilangkan diri selepas kehilangan puan Alice."kata salah seorang pengawal.

"Macam mana kamu semua buat kerja sampai Alice boleh keluar dari rumah ni" kata Michael dengan nada yang agak marah.

"Maafkan kami tuan Michael" kata semua pengawal serentak.

"Sekarang saya nak salah seorang dari kamu beritahu maklumat tentang pengawal yang telah hilangkan diri tu pada Justin." kata Michael.

"Baik tuan Michael" kata pengawal. Pengawal tersebut pun pergi ke arah Justin.

"Justin kamu tolong selidik latar belakang pengawal yang telah hilangkan diri tu. Bila sudah dapat maklumat beritahu pada aku" kata Michael

"Baik tuan" kata Justin.

"Kamu semua ada waktu Alice hilang, gaji kamu semua akan aku potong" kata Michael dengan tegas. Michael pun pergi meninggalkan orang gaji dan pengawal bersama Justin. Michael berjalan menuju ke arah biliknya.

Sampai di depan pintu ia pun membuka pintu bilik tersebut. Lalu Michael pun melangkah masuk ke dalam bilik. Hatinya sangat kecewa kerana ini kali ke dua perempuan yang ia suka melarikan diri darinya. 20 tahun dahulu Grace wanita yang sangat ia sukai pun melarikan diri darinya. Dan sekarang Alice pula melarikan diri.

Michael juga tahu selepas Grace menlarikan diri darinya dalam 3 tahun selepas itu Grace berkahwin dengan John ketua Mafia. Dan Michael juga tahu selepas kematian John, Grace telah mengantikan tempat John. Sekarang bila ia bertemu dengan Alice perasaanya kembali seperti 20 tahun dahulu ketika ia bertemu dengan Grace.

Walau pun wajah Grace dan Alice berbeza tapi mereka mempunyai keberanian yang sama. Wajah Alice mempunyai wajah asia kerana Alice memang berasal dari negara asia. Mata Alice agak sepet sedikit dan hidungnya juga seperti kebanyakan orang asia. Alice juga mempunyai ketinggian yang agak rendah dari Madam Grace.

------------------
Setelah Alice sedar dari pingsannya ia melihat Emily ada di sisinya sedang duduk sambil memerhatikan dirinya. Emily melihat Alice sudah mula membuka matanya.

"Kamu sudah sedar Alice... Kamu kena banyak berehat jangan terlalu banyak berfikir." kata Emily.

"Emily aku belum bersedia untuk mempunyai anak. Apa lagi ayah anak aku seorang ketua kartel dadah." kata Alice.

"Jangan risau aku ada bersama kamu Alice... Dan aku berjanji akan menjaga dan menyayangi anak kamu bila ia lahir nanti" kata Emily cuba memujuk Alice.

Alice hanya terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Emily. Walau pun Alice merasakan seperti tidak boleh terima anak yang ia kandungkan tapi Alice juga tidak sampai hati untuk mengugurkan anak ini. Alice menyentuh perutnya yang masih rata. Sekarang perasaanya bercampur-baur kerana di satu sisi ia tidak mahu anak ini. Di satu sisi lain ia tidak sanggup untuk membuang anak yang tumbuh di dalam rahimnya.

"Emily saya akan cuba terima anak ini" kata Alice.

"Saya tahu kamu bukan seorang yang kejam." kata Emily.

Alice tersenyum mendengar perkataan yang keluar dari dari mulut Emily."Saya lapar la" kata Alice.

"Baik sekarang saya akan pergi ambil makanan untuk kamu. Lepas makan jangan lupa makan ubat" kata Emily sambil ia pun berjalan keluar dari bilik rawatan untuk pergi mengambil makanan.

-------------
Sudah 2 hari kehilangan Alice dari kediaman Michael. Hari ini Justin datang bertemu dengan Michael untuk memberikan maklumat tentang pengawal yang menghilangkan diri selepas kehilangan Alice.

"Macam mana,kamu sudah dapat maklumat tentang pengawal tersebut" tanya Michael.

"Maaf kerana maklumat yang saya perolehi tidak akan membantu. Saya sudah memeriksa data pengawal tersebut. Sepertinya semuanya data tersebut palsu." kata Justin.

"Ini bermakna pengawal tu seorang mata-mata. Siapa agaknya yang telah mengupah pengawal tersebut menjadi mata-mata." tanya Michael.

"Itu masih belum saya ketahui... Tapi saya akan cuba juga untuk mencari maklumat" kata Justin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience