Bab 18

Action Completed 10236

Hari ini di markas Madam Grace ada perjumpaan di dalam bilik khas tempat bila ada sesuatu misi akan dijalankan. Hari ini kali pertama Emily memasuki bilik tersebut. Emily masuk bersama Madam Grace. Misi kali ini untuk menyelamatkan Alice kawan Emily dari Michael.

Masuk saja di dalam bilik tersebut Madam Grace duduk di bangku ketua yang berada di depan sekali. Manakala Emily duduk di bangku sebelah Doroty. Marco pun ada juga di dalam bilik ini,lebih kurang ada dalam 10 orang yang berada di dalam bilik tempat penerangan misi.

Ada dalam 2 orang mata-mata yang melakukan selidik dan menyamar di rumah Michael telah pun memberikan maklumat.Dan penerangan tentang ke dudukan rumah Michael. Mereka juga memberitahu berapa orang pengawal di rumah Michael.

Emily hanya mendengar saja berbincangan yang diadakan di depan matanya. Emily baru tahu bahawa Alice telah melangsungkan adat perkahwinan di markas Michael. Sudah hampir seminggu Alice berada di rumah Michael.

Sekarang Michael pun sudah sibuk dengan kerja yang ada di markas. Jadi Alice berada di rumah sepanjang masa. Michael pula keluar melakukan pekerjaannya. Di rumah Michael hanya ada 4 pengawal saja. 2 lagi orang gaji tugas mereka mengemas rumah dan memasak.

Hampir 2 jam berlangsungnya perbicangan mengaturkan strategi untuk membawa Alice keluar dari rumah Michael. Selesai perbincangan tengan misi menyelamatkan Alice semua yang mengikuti berbincangan tadi pun keluar dari bilik tersebut. Hanya tinggal Madam Grace, Marco,Doroty dan Emily saja yang berada di bilik tersebut.

"Kita tak perlu guna banyak orang untuk misi kali ni" kata Madam Grace.

"Saya setuju. Lagi pun kita sudah ada mata-mata yang menyamar jadi pengawal Michael" kata Marco.

"Kalau boleh saya tak mahu sampai Michael tahu bahawa saya yang telah membantu Alice.Kerana jika sampai Michael tahu kita yang telah membawa lari Alice nanti akan menjadi masalah besar" kata Madam Grace.

"Saya faham... Kerana Michael seorang yang bukan boleh di bawa berunding. Michael dan orang-orangnya pun agak kebal dengan polis. Apa lagi semua jenayah yang ia dan orang-orang suruhannya lakukan mudah terlepas dari polis"kata Marco.

"Saya nak ikut sekali dalam misi menyelamatkan Alice" kata Emily.

"Kamu boleh ikut tapi kena hati-hati... Tolong jangan pergi jauh dari Marco" kata Madam Grace.

"Baiklah" kata Emily.

"Saya pula macam mana" kata Doroty.

"Kamu Doroty hanya perlu tunggu di bilik rawatan saja. Lagi satu tolong sediakan ubat-ubatan yang penting senang jika terjadi apa-apa sudah ada ubat untuk mengurangi kesakitan." kata Madam Grace.

"Baiklah" kata Doroty.

"Semua sudah selesai boleh la teruskan tugas masing-masing seperti biasa...Emily kamu ikut saya pergi makan tengahari"kata Madam Grace.

"Ok la.kami berdua keluar dulu tak mahu kacau ibu dan anak nak habiskan masa bersama" kata Doroty sambil menarik tangan Marco untuk keluar dari bilik tersebut.

"Emily jom,hari ni kita makan dekat luar" kata Madam Grace.

"Baiklah, tapi kita nak makan dekat mana" tanya Emily.

"Kamu mahu makan apa, biar ibu ikut kehendak kamu saja"kata Madam Grace.

"Saya ikut ibu saja la...Kerana saya masih belum biasa dengan tempat ni" kata Emily.

"Baiklah kalau macam tu. Mari kita pergi sekarang" kata Madam Grace sambil mengambil beg tangannya. Dan mereka berdua pun keluar dari markas.

Hari ini Madam Grace ingin meluangkan masanya bersama anak perempuannya Emily. Selesai makan Madam Grace membawa Emily pergi ke pasaraya untuk membelikan pakaian baru untuk Emily. Malamnya mereka berdua menonton wayang pula.
---------------
Di kediaman Michael kelihatan Alice duduk termenung memadang ke arah luar tingkap. Alice merasa jijik setiap kali terpaksa melayan nafsu Michael. Alice sendiri tidak menyangka ia akan hidup bersama dengan lelaki yang berumur 40 tahun lebih. Siapa yang tidak kenal dengan Michael di negara ini. Michael sudah kerap naik turun mahkahmah tapi selalu saja terlepas kerana pihak polis tidak mempunyai cukup bukti.

Air mata Alice mengalir membasahi pipinya. Alice terasa terkokong berada di rumah ini. Alice hanya boleh berada di kawasan rumah sahaja. Alice tidak di benarkan keluar dari kawasan rumah Michael.

Alice merasakan ia seperti seekor burung yang terkurung di dalam sangkar. Alice ingin keluar dari tempat ini ia ingin bebas seperti mana kehidupan di negaranya dulu. Bebas kemana saja ia mahu pergi tanpa ada yang mengokongnya.

Alice terdengar bunyi kereta masuk ke tempat garaj. Alice dapat mengangak itu adalah Michael. Hari ini Michael pulang agak awal dari selalu. Tak lama kemudian Michael masuk ke dalam bilik yang sudah ada Alice di dalam bilik tersebut.

"Awal kamu balik hari ni" kata Alice.

"Aku dapat selesaikan tugas lebih awal hari ni. Lagi pun boleh la kamu lakukan tugas kamu hari ni, tak perlu tunggu malam" kata Michael sambil mengukirkan senyuman di bibirnya penuh makna tersirat.
Mendengar kata-kata Michael dan senyumannya membuatkan Alice faham apa yang di maksudkan oleh Michael.Tugasnya tidak lain adalah melayani Michael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience