Bab 2

Action Completed 10236

Malam ini Emily telah membawa beberapa pekaiannya di letakkan di rumah Maria. Ia juga telah menyusun barangnya sedikit demi sedikit di dalam beg yang ia letak di rumah Maria. Emily sengaja mengemas dan meletakkan barangnya di rumah Maria supaya keluarga angkatnya tidak tahu tentang ia akan pergi keluar negara.

Malam ini Adam telah menyuruh Emily datang ke hotel tempat ia menginap. Kerana Emily dan Adam akan pergi ke lapangan terbang bersama-sama. Emily datang awal sikit ke hotel tempat Adam menginap. Emily menunggu di lobi hotel. Ada lebih kurang 10 orang wanita yang berada di lobi hotel. Yang semuanya wanita tersebut membawa beg pakaian seperti Emily.

"Kamu pun menunggu Encik Adam" kata wanita tersebut.

"Ya ,saya tunggu Encik Adam. Kamu pun akan pergi keluar negara untuk bekerja dengan Encik Adam juga." kata Emily.

"Iya. Nama saya Alice. Nama kamu apa" kata Alice.

"Nama saya Emily. Nampaknya boleh la kita berkawan nanti sampai di sana" kata Emily.

"Umur Emily berapa tahun,umur saya 21 tahun." kata Alice.

"Saya tahun ni 20 tahun. Alice tua setahun pada saya" kata Emily.

"Emily pernah pergi keluar negara tak sebelum ni." tanya Alice.

"Belum pernah. Ini kali pertama, kak Alice pernah pergi sebelum ni." kata Emily.

"Saya pernah pergi tapi hanya dalam Asia saja.Belum pernah sampai ke Negara Adam tinggal ni" Kata Alice.

"Tentu banyak pengalaman kak Alice" kata Emily.

"Boleh la" kata Alice.

Tak lama kemudian Adam turun kelobi hotel bersama 2 orang lelaki lain.

"Jom, kamu semua boleh naik van yang sudah di sediakan tu" kata salah seorang lelaki tersebut

Emily,Alice dan wanita lain pun berjalan menuju ke arah Van yang di beritahu oleh lelaki tersebut. Usai semua wanita telah masuk ke dalam van, pamandu van menghidupkan enjin dan memandu ke arah lapangan terbang.

Sampai saja di lapangan terbang Emily,Alice dan wanita lainnya sangat teruja kerana tak lama lagi mereka akan menaiki kapal terbang. Ada berapa wanita juga seperti Emily yang baru kali pertama menaiki kapal terbang dan kali pertama pergi keluar negara.

Akhirnya Emily,Alice dan wanita lainnya pun sampai di negara Z. Mendarat saja kapal terbang ke negara Z. Emily,Alice dan wanita lainnya di minta menaiki van yang sudah di sediakan. Van tersebut telah membawa mereka ke satu tempat yang agak jauh dari bandar.

Perjalanan itu mengambil masa hampir 2 jam barulah sampai di tempat yang di tuju. Emily dan Alice terkejut kerana kawasan yang mereka sampai sekarang ni adalah kawasan yang agak terpencil dan pendalaman. Dan di pangar dan di pintu bangunan penuh lelaki berkawal dengan memengang senjata api.

Rupanya bukan hanya Emily dan Alice saja yang terkejut tapi wanita lain juga pun ke hairanan melihat tempat yang mereka tuju. Masuk saja van ke dalam bangunan tersebut. Pemandu van meminta mereka keluar dari dalam van. Keluar saja Emily dan wanita lainnya dari dalam van,mereka di arahkan masuk oleh beberapa orang lelaki yang mengang senjata api.

Emily, Alice dan wanita lainnya tercengang dengan keadaan tempat mereka masukki. Mereka juga ketakutan kerana hampir setiap penjuru bangunan ada orang berkawal sambil memengang senjata api. Kawasan ini penuh dengan pokok-pokok hutan.

Masuk saja di dalam bangunan mereka di bawa ke satu tempat bawah tanah. Paling mengejutkan mereka di minta mandi beramai- ramai sebelum menukar pakaian yang sudah di berikan.

"Agaknya apa pekerjaan kita nanti. Kenapa kita di kawal ketat." tanya Emily pada Alice semasa mereka berdua sedang memakai pakaian.

"Entah la. Tapi saya ada firasat buruk tentang pekerjaan yang bakal kita lakukan nanti."kata Alice.

Tak lama kemudian kedengaran seorang lelaki menjerit."cepat keluar, dan beratur memanjang." kata lelaki tersebut.

Emily dan wanita lainnya pun keluar dan beratur di depan lelaki tersebut. Seorang wanita tiba-tiba bersuara. "Kenapa kami di bawa di sini. Apa sebenarnya pekerjaan kami ni" kata wanita tersebut.

"Kamu nak tahu apa pekerjaan kamu semua dekat sinikan. Kamu semua akan direkrut untuk dijadikan keldai dadah... Perkenalkan nama saya Jordan. Mulai dari sekarang kamu kena dengar cakap saya kerana saya yang akan melatih kamu semua"kata Jordan.

"Saya tak mahu jadi keldai dadah. Mana Adam dia yang bawa kami semua ke sini" kata Alice.

"Tugas Adam hanya la memcari wanita-wanita untuk di rekrut menjadi keldai dadah. Kerana tugas Adam telah selesai jadi dia sedang bersenang- lenang sekarang ni." kata jordan.

Emily hanya terdiam mendengar kata-kata jordan. Hati berasa sedih kerana mengagap hidupnya akan berubah bila sampai di negara ini. Tapi sebaliknya yang terjadi pada dirinya. Emily berasa sangat kecewa dengan perjalanan hidupnya.

"Lagi satu jangan cuba-cuba nak lari dari tempat ni. Siapa yang cuba untuk lari dari tempat ni akan di kurung dan di siksa sampai mati." kata jordan dengan tegas dan bengis.

Malam ini Emily dan wanita lain hanya di suruh melakukan larian sekeliling kawasan bangunan ini saja. Selepas itu mereka di minta masuk ke tempat yang sudah di sediakan untuk tidur. Besok sebelum pukul 7.00 pagi mereka kena berkumpul di depan bangunan.
-------+++

Paginya Emily,Alice dan wanita lainya pun begegas bangun dan bersiap untuk pergi ke depan bangunan tempat berkumpul. Sementara itu salah seorang wanita mengalami demam dan tak mampu untuk bangun. Emily merasa simpati dengan wanita tersebut yang bernama jesica. Emily cuba membantu Jesica dengan membasahkan kepala dan badan Jesica dengan tuala basah.

"Emily cepat la kita pergi nanti lambat kita kena denda" kata Alice.

"Macam mana dengan keadaan Jesica ni." kata Emily.

"Nanti kita bagi tahu dekat Jordan tentang Jesica." kata Alice.

Emily dan Alice pun pergi ke tempat sepatutnya mereka berkumpul. Mereka semua pun berdiri tegak menghala ke arah Jordan yang sudah datang.

"Kamu berdua kenapa lambat sampai" kata Jordan agak marah melihat Emily dan Alice yang baru datang.

"Kami lambat kerana membantu kawan kami Jesica, dia demam" kata Emily.

"Kamu berdua bawa kawan kamu tu datang ke sini " kata jordan.

"Tapi dia sakit tuan, mana boleh bawa ke sini" kata Emily.

"Tak kira sakit atau tak kamu tetap kena lakukan latihan juga. Jangan nak lembik sangat" kata Jordan.

Alice dan seorang wanita lainnya pun pergi mengambil Jesica untuk di bawa ke depan Jordan. Tak lama kemudian Alice pun keluar bersama Jesica.Jesica berjalan dengan agak lemah dan perlahan.

Kemudian Alice membawa Jesica ke arah Jordan. "Letakkan dia di depan sini. Dan kamu boleh ikut yang lain buat latihan" kata jordan.

"Kamu juga kena ikut mereka buat latihan... Jangan nak manja sangat badan tu" kata Jordan pada Jesica.

Jesica dengan keadaan terpaksa ia pun perlahan-lahan mengikuti latihan yang di berikan. Tak sampai setengah jam tiba-tiba Jesica jatuh pingsan di tempat latihan tersebut. Emily terkejut ia pun berhenti dan ingin melihat keadaan Jesica tapi Jordan menjerit ke arahnya."Teruskkan latihan, jangan berhenti. Biarkan saja perempuan tu." kata Jordan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience