Bab 1

Action Completed 10236

Di sebuah Negara Asia ada seorang gadis bernama Emily berusia 20 tahun. Emily merancang untuk lari dari rumah keluarga angkatnya kerana tidak tahan hidup dengan keluarga angkatnya.

Emily sudah tidak menyambung perlajarannya lagi kerana ibu dan ayah angkatnya tidak mahu Emily menyambung perlajarannya lagi. Emily di paksa bekerja di sebuah kelab malam sebagai pelayan. Hanya sebagai pelayan biasa untuk menuang air arak dan teman untuk bersembang, tidak lebih daripada itu.

Pada satu hari ada sekumpulan pelancong dari luar negara Asia datang ke kelab malam tempat Emily bekerja. Pelancong itu memberitahu pada pelayan di kelab malam bahawa mereka sedang mencari pekerja-pekerja wanita untuk di bawa ke negara mereka.

Pelancong itu juga memberitahu gaji yang di berikan juga agak tinggi. Pelancong itu juga memberikan nombor telefon supaya siapa yang ingin bekerja dengan mereka boleh menhubungi mereka. Emily juga telah mengambil nombor telefon tersebut. Emily mengajak rakan sekerjanya bernama Maria ikut sekali pergi kerja di luar negara bersamanya. Tapi Maria tidak mahu kerana ia tidak mahu meninggalkan kekasihnya yang berada di sini.

Tapi Emily bertekad untuk bekerja ke luar negara supaya ia boleh keluar dari rumah keluarga angkatnya. Kerana semua duit gajinya ayah angkatnya akan ambil. Kerana ayah angkatnya suka bermain judi. Ayah dan ibu angkatnya mempunyai seorang anak lelaki. Anak lelaki mereka bernama Alexader. Alexader berumur 23 tahun suka mengacau Emily dan sering akan menyentuh Emily. Alexader juga pernah sampai ingin merogol Emily. Tapi nasib baik ibu angkatnya pulang dan telah menyelamatkan Emily.

Tapi selepas kejadian itu ibu angkatnya sering memarahinya. Emily merasakan ia sudah tidak boleh lagi tinggal bersama keluarga angkatnya. Bila pelancong lelaki yang datang memberitahu tentang ada pekerjaan di luar negara. Ini satu kesempatan bagi dirinya. Lagi pun modal buat pasport, lelaki tersebut yang akan keluarkan modal. Urusan visa pun mereka juga yang akan selesaikan.

Emily telah menelefon lelaki tersebut yang bernama Adam. Bahawa ia berminat dengan tawaran pekerjaan yang di beritahu oleh Adam di kelab malam hari tu. Adam sangat gembira mendengar ke sanggupan Emily ingin bekerja dan tinggal di negaranya.

Adam meminta Emily bertemu denganya di sebuah hotel tidak jauh dari kelab malam tempat Emily bekerja. Emily pun datang ke hotel tersebut untuk berjumpa dengan Adam. Dan mereka berdua pun berbincang mengenai urusan untuk membawa Emily ke negara Adam.

"Baiklah nanti lagi 2 minggu kamu akan ikut saya pulang ke negara saya" kata Adam.

"Ok, saya pun tak sabar nak pergi ni" kata Emily.

Share this novel

Yupunya
2021-01-12 10:05:08 

menyambung. menyabung tu, melagakan haiwan


NovelPlus Premium

The best ads free experience