Bab 28

Action Completed 10238

Hari ini seperti biasa Michael pergi menjalankan tugasnya dan keluar dari kediamannya. Tinggal lah Emily dan Alice bersama orang gaji dan pengawal-pengawal yang di tugaskan menjaga keadaan kediaman Michael. Alice masuk ke dalam bilik Emily.

Beginilah selalunya bila Michael tiada di rumah Alice akan melepak di bilik Emily dan mereka berdua akan mula la berbual bermacam hal.

"Emily kamu rindu pada Madam Grace ibu kamu" tanya Alice bila melihat kawannya itu hanya banyak mendiamkan diri sahaja.

"Mesti lah rindu diakan ibu saya" kata Emily.

"Maaf sebab sudah menyusahkan kamu Emily. Mungkin kita boleh pujuk Michael untuk lepas kamu" kata Alice.

"Tak perlu lah. Saya tak mahu Michael dan ibu bergaduh lebih teruk lagi. Sebenarnya saya risau jika ibu dan orang suruhannya melakukan sesuatu yang di luar dugaan"kata Emily.

"Saya faham perasan ibu kamu Emily bila ia memberikan kamu pada keluarga angkat. Kerana sekarang ni saya pun risau nasib anak dalam kandungan ni bila lahir nanti. Kalau boleh saya tak mahu anak ni melalui hidup seperti ni" kata Alice.

"Saya pun faham. Saya pun tak mahu hidup terkokong seperti ini. Jika ibu dan orang suruhannya datang, kamu nak tak ikut aku kembali pada Madam Grace." kata Emily.

"Mungkin kali ni saya tak akan ikut kamu lagi Emily. Kerana saya ingin membesarkan anak yang bakal lahir ni bersama Michael. Lagi pun saya sudah menjadi isterinya" kata Alice.

"Alice kamu benar-benar ingin hidup bersama Michael" tanya Emily.

"Ya Emily, saya memang nak hidup bersama dengan Michael" kata Alice perlahan.

"Alice kamu sudah jatuh cinta pada Michael. " kata Emily.

"Mmm mungkin juga. Lagi pun tak lama lagi anak kami bakal lahir." kata Alice.

"Kamu yakin sanggup untuk bersama dengan Michael." kata Emily.

"Ya saya yakin... Saya tak sama seperti ibu kamu Emily. Ibu kamu tak boleh terima Michael kerana tangan Michael yang telah membunuh keluarganya."kata Alice.

"Jika ini jalan yang kamu pilih... Saya doakan kamu bahagia bersama Michael." kata Emily.

"Terima kasih Emily" kata Alice.

"Sama-sama. Rasa tak sabar nak tunggu bakal adik aku ni lahir. Lelaki atau perempuan adik aku nanti." kata Emily.

"Entah lah,harap-harap lelaki la. Sebab perempuan dah ada seorang." kata Alice.

"Ya lah saya la tu anak perempuan" kata Emily.

"Kamu tak mahu panggil saya ibu" kata Alice.

"Jangan nak mengadalah. Kamu tu tua setahun dari saya je. Lagi pun Michael tu hanya ayah biologi saja" kata Emily.

"Ala jangan la marah. Saya sendiri tak tahu Michael tu boleh jadi suami saya." kata Alice.
------------------
Sementara di markas Madam Grace anak buahnya sedang melakukan tugas mereka masing-masing mengambil senjata untuk bersiap sedia melakukan serangan pada kediaman Michael. Separuh dari anak buah Madam Grace akan pergi ke Markas Michael untuk berjaga-jaga.

Sudah siap semua peralatan dan barang-barang yang bakal di bawa. Mereka pun mula bergerak dengan menaiki kenderaan masing-masing. Separuh ke arah kediaman Michael separuh lagi ke arah markas Michael.Madam Grace dan Marco pergi ke arah ke kediaman Michael bersama anak buahnya.

Bila Marco dan Madam Grace sampai di depan kediaman Michael. Mereka pun memulakan rancangan mereka. Kali ini mereka tidak perlu menyelinap masuk secara senyap-senyap. Sampai saja di depan pagar kediaman Michael, Marco terus menembak mati pengawal yang berjaga di depan pagar tersebut.

Selepas dapat membuka pagar tersebut Madam Grace,Marco serta anak buahnya pun masuk ke dalam kediaman Michael. Telah berlaku tembak menembak di dalam kediaman Michael. Ada juga anak buah Madam Grace yang terkena tembakan peluru. Anak buah Michael pun ramai juga yang tercedera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience