Bab 13

Action Completed 10236

Pemilik kereta yang menumpangkan Grace telah membawa Grace ke rumah mereka. Sampai di rumah pemilik kereta tersebut, Grace telah meminta izin untuk menelefon makcik Justin. Pasangan tersebut pun membenarkan.

Grace pun menelefon nombor yang telah Justin berikan padanya. Nama makcik Justin itu ialah Daisy.

"Hello, ini makcik Justin yang bernama Daisy ke?" ucap Grace.

"Ya,saya Daisy makcik Justin ada apa" kata Daisy.

"Saya kawan Justin... Justin telah memberikan nombor makcik pada saya,jika saya dapat lari dari Michael dia suruh minta bantuan dari makcik" kata Grace.

"Kamu dapat larikan diri dari Michael keparat tu. Saya akan bantu kamu, bagi tahu saya di mana kamu berada sekarang ni" kata Daisy.

"Sekejap saya akan bertanya pada orang yang bawa saya tadi" kata Grace. Grace pun bertanya pada tuan rumah apa alamat rumah. Tuan rumah pun memberitahu alamat rumah mereka. Selepas itu barulah Grace memberitahu pada Daisy alamat tersebut.

Esok baru Daisy akan datang mengambil Grace. Esok paginya Daisy datang untuk mengambil Grace. Selesai mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal pada pasangan yang telah menumpangkannya. Grace pun menaiki kereta Daisy. Pada mulanya Grace agak terkejut melihat makcik Daisy. Kerana wajahnya nampak muda walau pun umurnya sudah hampir masuk angka 40.

Sampai di rumah makcik Daisy pada mulanya Grace agak terpengun juga melihat rumah tersebut. Masuk saja ke pekarangan rumah makcik Daisy pun memakir keretanya di garaj. Grace melihat di dalam garaj itu ada lagi 2 buah kereta yang sudah terpakir di dalamnya.

Melihat keadaan rumah dan cara makcik Daisy. Grace dapat merasakan makcik Daisy bukan orang biasa-biasa.

"Mari masuk" kata Daisy mempelawa Grace masuk.

"Baiklah" kata Grace sambil ia pun mengikuti Daisy masuk ke dalam rumah.

Masuk ke dalam rumah Grace melihat ada 2 perempuan pembantu atau orang gaji. Di luar pula ada 2 orang lelaki yang berjaga di depan pintu.

"Makcik Daisy bukan orang susah tapi kenapa Justin menjadi orang suruhan Michael" kata Grace pada Daisy.

"Hanya kerana Michael menolongnya kerana di buli, terus Justin jadi pengikut Michael yang setia. Makcik sudah jenuh menasihatinya tapi dia tetap berkeras" kata Daisy.

"Makcik kenal dengan Michael" tanya Grace.

"Ya makcik kenal dengan Michael kerana makcik pernah menjadi ibu tirinya dulu." kata Daisy.

"Apa! makcik pernah berkahwin dengan ayah Michael" kata Grace agak terkejut.

"Makcik berkahwin masa umur makcik 24 tahun. Jika ayah Michael masih hidup tahun ini sudah 14 tahun perkahwinan kami. Sayangnya ayah Michael sudah tiada hampir 6 tahun" kata Daisy.

"Selamat ke jika saya tinggal di sini. Nanti Michael datang macam mana" kata Grace.

"Jangan risau kamu akan selamat tinggal di sini. Kerana Michael tidak akan datang ke sini. Kerana selepas kematian ayahnya dia terus memutuskan hubunganya dengan Makcik."kata Daisy.

"Siapa lagi yang tinggal bersama makcik disini" tanya Grace.

"Makcik tinggal di sini bersama anak angkat makcik Marco. Marco masih belasan tahun lagi. Grace bilik kamu di atas nanti orang gaji akan tunjukkan pada kamu." kata Daisy. Lalu Daisy pun memanggil orang gaji supaya membawa Grace ke dalam biliknya. Orang gaji tersebut pun menunjukkan bilik tidur Grace.

Makcik Daisy juga telah mengarahkan orang gajinya meletakkan lebih kurang 10 helai baju di dalam bilik Grace. Baju-baju itu di letakkan di bilik Grace untuk Grace gunakan. Kerana Daisy tahu Grace tidak membawa pakaian masa ia melarikan diri dari Michael.

Malamnya anak angkat makcik Daisy ada dirumah. Daisy pun memperkenalkan Grace ke pada Marco. Marco muda pada Grace hampir 5 tahun.

Hampir seminggu Grace berada di rumah makcik Daisy. Grace sudah mula boleh bergaul dengan semua pekerja yang berada di rumah Makcik Daisy. Grace juga kadang-kadang membantu memasak dan mengemas rumah bersama orang gaji di rumah Makcik Daisy.

Hari ini Grace merasakan kepalanya sedikit pening. Selesai menyiram pokok bunga Grace masuk ke dalam rumah menuju ke dapur untuk menolong orang gaji. Sampai di dapur tekaknya terasa mual kerana terbau masakan yang tengah di masak oleh orang gaji. Grace segera menuju ke tandas untuk muntah. Wuek,wuek,wuek bunyi mulut Grace semasa mengeluarkan muntah dari mulutnya.

Kebetulan Daisy datang ke dapur dan ia melihat keadaan Grace agak lemah selepas memuntahkan isi perutnya di dalam tandas.Daisy mendekati Grace dab berkata padanya"kamu rehat saja tak perlu buat kerja" kata Daisy.

"Baiklah" kata Grace sambil mengangukan kepalanya. Grace pun berjalan menuju ke arah biliknya.

Sampai di biliknya Grace pun baring dan ia pun terus tertidur mungkin kerana pening kepalanya masih belum hilang. Sementara Daisy selesai makan ia pun ingin ke pejabatnya. Selepas ayah Michael meninggal Daisy lah yang menguruskan Syarikat yang di tinggalkan oleh ayah Michael. Kerana Michael tidak mahu menguruskannya.

Kerana Michael lebih suka menjadi orang kanan ketua kartel dadah. Daisy sendiri pun tidak tahu apa yang membuatkan Michael begitu. Tapi mendiang suaminya pernah memberitahu Michael lakukan semua itu untuk membalas dendam. Kerana ibunya mati di sebabkan oleh ketua kartel dadah tersebut.

Dan sekarang Michael sudah pun berjaya membalas dendam dengan kematian ketua kartel dadah tersebut. Kematian ketua kartel dadah tersebut sangat mesteri kerana ia sakit secara tiba-tiba. Dan kemudiannya Michael pula yang mengambil alih sebagai ketua.

Semasa Daisy ingin melangkah kakinya dari ruangan makan menuju ke pintu utama. Tiba-tiba salah seorang orang gajinya bersuara"Puan,saya rasa Grace tu mengandung mungkin"

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut orang gajinya membuatkan Daisy berhenti berjalan dan menoleh ke arah orang gaji tersebut." kenapa kamu fikir Grace mengandung."

"Ya la, tadi Grace muntah-muntah dan mukanya nampak pucat" kata orang gaji.

"Kalau betul dia mengandung. Anak dalam kandungan tu cucu saya. Nanti balik dari kerja saya akan belikan alat pregnancy test untuk dia" kata Daisy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience