Bab 10

Action Completed 10236

Sudah berapa hari ini Grace sudah di benarkan keluar dari bilik. Tidak lagi di kurung di dalam bilik. Grace juga mula bergaul dan mengenali pengawal dan orang gaji di rumah Michael. Grace juga di benarkan berjalan-jalan di sekeliling kawasan kediaman rumah Michael.

Rumah Michael agak besar banglo 2 tingkat. Tingkat atas mempunyai 4 bilik tidur. Manakala di bawah pula mempunyai 3 bilik. Bilik Grace dan Michael di atas manakala orang gaji berada di bilik bawah. Pengawal pula bilik mereka di belakang bahagian dapur.

Orang gaji perempuan ada 3 orang semuanya. Pengawal lelaki di kediaman Michael ada 4 orang semuanya. Grace juga ada mendengar bahawa Michael juga mempunyai markas. Markas Michael terletak jauh dari kawasan rumahnya.

Malamnya seperti biasa Michael pulang agak lewat. Grace seperti biasa menunggu ke pulangan Michael di dalam biliknya. Dengar pintu bilik di buka Grace pun memadang ke arah pintu. Grace memberi senyuman yang manis pada Michael. Michael pun masuk ke dalam bilik dan menutup pintu terus mengunci pintu bilik.

"Awak letih ,mari sini saya tolong bantu bukakan baju." kata Grace sambil membuka butang baju kemeja di tubuh Michael.

"Aku makin suka cara kamu sekarang ni Grace. Kamu sudah semakin pandai mengambil hati dan mengoda aku" kata Michael.

"Michael saya nak minta sesuatu boleh" ucap Grace dengan nada lembut.

"Kamu nak minta apa" tanya Michael.

"Saya nak ikut kamu pergi ke markas ,boleh". kata Grace.

" Untuk apa, lebih baik kamu duduk saja di banglo ini".kata Michael.

"Saya bosan la tinggal di rumah banglo ni.Kalau di markas saya teringin nak berlatih dan berlajar seni bela diri"kata Grace.

"Dekat rumah ni pun boleh. Pengawal di rumah ni boleh ajarkan"kata Michael.

"Saya hanya tinggal di dalam rumah saja. Sudah lama saya tidak tengok dunia luar. Saya hanya minta untuk berlatih di markas kamu saja, bolehlah" kata Grace dengan nada merayu pada Michael.

"Baiklah... Esok kamu boleh ikut aku pergi markas" kata Michael.

"Terima kasih sayang" kata Grace sambil mencium bibir Michael.

Dan Michael pun membalas ciuman tersebut. Dan mereka berdua pun hanyut di bawa nafsu berahi.

-----------------
Hari ini Grace mula mengikut Michael pergi ke markas. Sampai di markas Michael menyuruh orang suruhannya membawa Grace ke tempatan latihan. Grace di ajar cara berlawan dan juga cara mengunakan senjata api.

Grace semangat melakukan latihan di markas Michael. Justin adalah orang yang di amanahkan oleh Michael untuk melatih Grace. Justin dan Grace umur mereka hampir sebaya. Dalam berapa hari saja mereka sudah menjadi rapat.

"Macam mana kamu boleh jadi orang suruhan Michael" tanya Grace pada Justin.

"Semasa umur saya16 tahun ,tuan Michael telah membantu saya dan telah membawa saya ke dalam markas ini" kata Justin.

" Tuan Michael telah membantu kamu, tipu lah" kata Grace.

"Betul, tuan Michael yang telah menolong saya dari di buli sekumpulan lelaki.Saya di bawa ke markas ini untuk berlajar berlawan seni bela diri dan cara mengunakan senjata api. Sekarang saya sudah cekap dan sekarang saya pula yang mengajar kamu Grace." kata Justin.

"Macam mana Michael boleh jadi ketua di markas ini."tanya Grace.

" Yang saya tahu ketua yang dahulu mati tidak ada waris. Michael pula orang kanan dan orang kepercayaan ketua dahulu, bila ketua tu jatuh sakit semuanya telah di ambil alih oleh Michael. Atas perintah ketua yang lama" kata Justin.

"Ada tak cara supaya saya boleh lari dari Michael" tanya Grace.

"Untuk apa kamu nak lari dari Michael. Lagi pun bukan semua perempuan boleh jadi simpanan Michael."kata Justin.

"Saya tak mahu hidup dengan lelaki kejam seperti dia kerana Michael yang telah membunuh ahli keluarga saya. Lagi pun saya hanya di jadikan perempuan simpanan saja bukan isteri yang sah" kata Grace.

"Saya tak mampu nak tolong kamu larikan diri dari Michael. Kerana saya tidak akan khianati Michael."kata Justin.

"Saya hanya bertanya saja... Saya tak minta bantuan kamu pun" kata Grace.

"Baiklah sekarang mari kita teruskan latihan" kata Justin.

"Baiklah."kata Grace. Lalu memulakan kembali latihannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience