Bab 24

Action Completed 10236

Pengawal tersebut pun menghubungi Madam Grace untuk memberitahu tentang Michael dan berapa orang suruhannya datang. Madam Grace agak terkejut bila mengetahui Michael dan orangnya berani datang untuk bertemu dengannya. Apakah Michael tahu kehilangan Alice ada kena-mengena dengannya.

"Katakan padanya hanya 2 orang saja yang di benarkan masuk ke dalam markas" kata Madam Grace kepada pengawal melalui telefon.

"Baik Madam" kata pengawal tersebut. Pengawal tersebut pergi ke arah kereta Michael dan memberitahu apa yang Madam Grace beritahu padanya tadi.

Michael dan Justin pun masuk sementara beberapa orang suruhan Michael hanya menunggu di depan pagar markas. Masuk saja Michael dan Justin di perkarangan markas Madam Grace sudah ada Marco menunggu. Marco membawa Michael dan Justin ke ruangan pejabat Madam Grace.

"Ini pejabat Madam Grace, silakan masuk" kata Marco sambil membuka pintu pejabat Madam Grace.

Justin dan Michael pun masuk. Tanpa di suruh Michael duduk di bangku berdepan meja Madam Grace. Sementara marco berdiri sebelah Madam Grace dan Justin pula berdiri sebelah Michael.

"Ada apa tuan Michael sanggup datang dari jauh-jauh untuk berjumpa saya ni" kata Madam Grace. Sambil mata Madam Grace memandang Michael dan Justin.

"Tentulah ada perkara penting, kerana tu aku sanggup datang untuk berjumpa kamu Grace" kata Michael sambil tersenyum sinis.

"Ada hal apa yang penting sangat ni" kata Madam Grace.

"Rasanya sudah berapa tahun kita tak berjumpa. Tak silap kali terakhir kita berjumpa masa hari perkahwinan kamu dengan John. Tak sangka hidup kamu sudah berubah selepas kematian John." kata Michael.

"Hidup ini kadang-kadang perlukan perubahan." kata Madam Grace.

"Aku datang ke sini untuk mengambil barang aku yang telah kamu ambil" kata Michael.

"Barang apa yang telah saya ambil dari kamu Michael" tanya Madam Grace.

"Jangan buat-buat tak faham...atau kamu nak aku guna kekerasan baru nak mengaku" kata Michael.

"Apa maksud kamu ni Michael" kata Madam Grace.

"Kalau kamu tak mahu beri apa yang aku nak... Aku akan pastikan anak kamu Emily pun akan aku ambil secara paksa" kata Michael.

"Kamu jangan nak macam-macam dengan anak aku" kata Madam Grace dengan marah.

"Kalau macam tu esok pagi aku nak Alice isteri aku ada di depan rumah aku. Kalau tak aku akan serang markas kau dan juga rumah kau." kata Michael dengan angkuhnya.

Madam Grace terdiam mendengar kata-kata Michael. Madam Grace sedar dan tahu Michael akan melakukan apa yang di katakan nya.

Madam Grace resah memikir nasib anak buahnya nanti. Walau pun kemungkinan anak buahnya boleh mengalahkan anak buah Michael. Tapi pasti ada juga nyawa yang akan melayang nanti.

"Beri kami masa 2 hari... Kalau esok pagi tak sempat" kata Madam Grace.

"Aku tak kira yang penting esok pagi aku mahu isteri aku ada di depan kediaman aku. Kalau tak aku akan ambil Emily anak kau secara paksa bersama isteri aku. Lagi satu ,aku tahu Emily tu anak akukan!." kata Michael sambil ia pun bangun dari bangku dan berjalan keluar dari ruangan pejabat Madam Grace.

Madam tergamam mendengar kata-kata Michael. Ia tidak menyangka bahawa Michael akan tahu Emily anaknya. Selepas Michael dan Justin keluar, Marco mula bersuara untuk menenangkan Madam Grace.

"Madam jangan risau kita pasti boleh menang jika mereka menyerang markas kita." kata Marco.

"Ini bukan soal menang atau kalah Marco tapi ini soal nyawa. Sudah pasti dalam petempuran ramai yang akan kehilangan nyawa sebelum menang" kata Madam Grace.

"Baiklah saya faham Madam" kata Marco.

"Saya ingin pulang untuk berbincang dengan Emily dan Alice tentang perkara ni... Kamu tolong pantau keadaan markas" kata Madam Grace. Madam Grace pun bangun dari bangku dan keluar dari pejabat.

Marco pun mengikuti Madam keluar dari pejabat dan menuju ke arah tempat latihan di markas. Sementara Madam Grace terus berjalan menuju ke tempat kereta untuk pulang ke ke rumahnya.

Sampai di rumah Madam terus mencari Emily dan Alice untuk membincangkan tentang apa yang telah Michael katakan padanya tadi. Alice dan Emily terdiam bila Madam Grace memberitahu tentang Michael sudah tahu siapa yang menolong Alice melarikan diri.

"Apa yang patut kita buat sekarang ni" kata Alice ketakutan.

"Alice kamu jangan risau saya ada, akan temankan kamu" kata Emily.

"Tak !kamu tak boleh ikut Alice pergi ke kediaman Michael" kata Madam Grace.

"Jika nak pulangkan Alice kepada Michael saya pun akan ikut " kata Emily.

"Kamu tak boleh... Emily tetap bersama ibu di sini"kata Madam Grace.

"Lagi pun Michael tu ayah biologi saya. Saya teringin melihat wajahnya." kata Emily.

Alice terpinga-pinga mendengar perkataan yang keluar dari mulut Emily. "Apa maksud kau Michael tu ayah biologi kau Emily" kata Alice.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience