Bab 4

Action Completed 10236

Pagi ini seperti biasa Emily dan Alice bangun untuk mandi. Selepas itu mereka pun bersiap memakai pakaian. Selesai berpakaian Alice,Emily dan wanita lainnya pun pergi ke tempat untuk berkumpul.

Hari ini sudah hari ke lima mereka berada di tempat ini. Hari ini ada seorang wanita yang pingsan semasa latihan. Wanita tersebut pun telah di bawa pergi oleh seorang lelaki. Lelaki itu membawa wanita itu ke arah tempat Jesica di bawa hari tu.

"Kalau tak mahu jadi seperti wanita tadi. Pastikan stamina kamu semua kuat." kata Jordan.

"Baik tuan" kata semua wanita serentak.

Malamnya Emily dan Alice pura-pura tidur. Hampir tengah malam Emily dan Alice melihat semua wanita lain sudah tidur. Emily dan Alice pun mula la melaksanakan rencana mereka untuk lari dari tempat ini. Walau pun mereka rasa kesian juga pada wanita lainnya tapi Alice dan Emily terpaksa merahsiakan tentang mereka ingin melarikan diri. Kerana jika mereka memberitahu rakan wanita lainnya tentu semuanya ingin juga melarikan diri.

Sebab itu Emily dan Alice tidak memberitahu pada yang lain. Kerana agak sukar kalau ramai-ramai cuba untuk melarikan diri. Kerana sudah tentu dapat di ketahui oleh pengawal yang menjaga nanti. Jika mereka berdua saja agak mudah untuk menyelinap keluar dari kawasan markas ini.

Emily dan Alice pun turun dari katil dan berjalan perlahan-lahan keluar dari dalam asrama mereka. Selepas dapat keluar dari asrama Emily dan Alice pun berjalan ke arah pangar berhampiran hutan. Emily dan Alice melihat ada pengawal yang berjaga tak jauh dari pagar itu.

Mereka pun berfikir bagai mana untuk mengalih perhatian 2 pengawal yang bersenjata itu. Tiba-tiba Alice mendapat idea.

"Nanti saya akan baling batu untuk mengalihkan perhatian pengawal tu. Lepas 2 pengawal pergi ke tempat batu yang saya baling tadi kamu cepat-cepat panjat pangar tu. Selepas kamu dapat keluar dari pagar tu. Kamu pula baling batu untuk mengalihkan perhatian mereka... Lepas tu baru saya akan panjat pagar tu pulak" kata Alice pada Emily panjang lebar.

"Baiklah" kata Emily.

Setelah melihat Emily sudah bersedia,Alice pun membaling batu agak jauh sedikit dari pengawal itu. Selapas mendengar seperti ada bunyi sesuatu 2 orang pengawal itu pun mencari punca benda seperti terjatuh itu.

Selepas melihat ke dua pengawal itu pergi ke arah lain Emily pun segera keluar dari tempat persembunyian dan lari ke arah pagar dan memajat pagar itu. Emily berjaya memajat pagar tersebut dan ia pun melompat turun dari pagar tersebut.

Selepas Emily berjaya turun dari pagar tersebut, tak lama kemudia 2 pengawal itu datang kembali di tepi pagar tempat Emily panjat tadi. Emily pun menyorok di balik semak yang tidak jauh dari pagar tersebut. Sambil tangan Emily mencari-cari batu untuk di baling ke dalam pagar tempat pengawal untuk berada.

Selepas mendapat batu yang sesuai Emily pun membaling batu itu.2 pengawal itu pun berjalan pergi dari pagar tersebut untuk mencari bunyi balingan batu tersebut. Selepas 2 pengawal itu beredar dari situ. Alice pun berlari menuju ke arah pagar dan memajatnya. Alice badannya agak rendah dari Emily, kerana tubuh badannya kecil dan rendah menyebabkan agak sukar untuk Alice memajat pagar tersebut.

Alice baru saja dapat memajat pagar tersebut sampai atas tapi tiba-tiba 2 pengawal itu sudah pun kembali. Dan pengawal itu pun dapat melihat Alice di atas pagar. Tanpa berlengah salah seorang pengawal itu pun menarik Alice sampai terjatuh. Dan seorang pengawal lagi menyambut badan Alice yang jatuh dengan tangannya.

Emily melihat Alice di tangkap,Emily tak mampu untuk menolong. Tiba-tiba Alice memberi isyarat supaya Emily pergi jauh dari situ. Selepas melihat Alice di tangkap dan di bawa pergi oleh 2 pengawal tersebut. Emily keluar dari tempat ia bersembunyi dan mula berjalan tanpa ada tujuan. Emily hanya mengikut kakinya saja.

Emily merasa takut kerana ia seorang diri di dalam hutan. Yang merancang Alice tapi Emily yang dapat keluar. Tak lama kemudian Emily mendengar ada beberapa orang-orang suruhan cuba mencarinya. Tanpa berlengah Emily pun terus berlari tanpa arah tujuan. Tak lama kemudian Emily sampai di tepi sungai.

Emily tidak nampak jalan lain selain terjun ke dalam sungai. Walau pun air sungai agak deras arusnya. Tapi ini saja jalan yang ia ada kerana pengawal yang mencarinya semakin dekat.

Bila Emily melihat berapa lelaki bersenjata muncul dan menghampirinya. Emily pun terus terjun ke dalam sungai tersebut. Melihat Emily terjun ke dalam sungai yang agak deras pengawal-pengawal itu menghala senjata api mereka ke arah sungai. Dan mereka menembak beberapa das tembakan. Walau pun badan Emily telah tengelam di bawa arus sungai yang deras. Emily lemas dan tak berdaya ia merasakan mungkin ini pengakhiran hidupnya.
-----------------
Di satu tempat ada orang-orang suruhan Madam Grace sedang mencari sekumpulan lelaki yang telah menceroboh masuk ke dalam markas Madam Grace. Madam Grace pun turun tangan juga untuk mencari dan menangkap lelaki-lelaki yang telah berani masuk ke dalam markasnya.

Seorang sudah di tangkap dan di tembak sampai mati oleh tangan Madam Grace. Hanya tinggal lagi 2 orang yang belum di jumpai. Madam Grace wanita berumur 38 tahun yang sangat di geruni oleh lelaki. Dia seorang yang kejam dan tak berhati perut. Madam Grace boleh berkuasa seperti sekarang ini kerana ia berkahwin dengan seorang ketua Mafia yang sangat di geruni.

Madam Grace berkahwin dengan ketua mafia bernama John. Semasa madam Grace berkahwin dengan John umurnya baru 20 tahun.Manakala John pula berumur 54 tahun. Mereka berdua tidak mempuyai anak. John pun sudah mati10 tahun yang lalu.

Selepas kematian John, ketua dan aset-aset ke punyaan John telah di ambil alih oleh Madam Grace. Selepas kematian John, Madam Grace tidak pernah berkahwin lain. Dia sangat benci dengan lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan ke atas wanita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience