Bab 15

Action Completed 10236

Hari ini seperti biasa Emily mengikuti latihan di markas. Hari ini Marco tidak melatih Emily kerana harus mengikuti Madam Grace berjumpa dengan seorang pelangan. Jurulatih untuk melatih Emily di gantikan oleh orang lain. Tengahari Emily makan bersama dengan Bella di kantin. Emily dan Bella semangkin rapat mereka sering bersama ke mana saja.

"Kenapa hari ni kamu nampak kurang ceria" tanya Bella.

"Mana ada, saya macam biasa saja" kata Emily.

"Ala jangan tipu la. Hari ni kamu kurang semangat mungkin kerana Marco kesayangan kamu tu tidak ada" kata Bella.

"Kamu ni Bella ada-ada saja. Tak mungkin la saya sayang dan suka Marco."kata Emily agak malu-malu.

"Ala kamu dengan Marco sepadan la" kata Bella.

"Kamu ni saja nak menyakat saya ya. Jangan la cakap pasal Marco lagi. Kalau tak saya tinggal kamu dan tak mahu makan dengan kamu lagi" kata Emily seolah-olah merajuk denga Bella.

"Ala jangan la merajuk. Ok, saya janji tak sebut tentang Marco lagi." kata Bella memujuk Emily.

"Bella kamu rasa nak tak Madam Grace bantu kawan saya Alice lari dari markas Michael"kata Emily

"Entah la, sebab agak sukar nak bantu kawan kamu tu. Kerana Madam Grace tidak berapa suka beurusan dengan Michael." kata Bella.

"Saya harap sangat Madam Grace dapat bantu kawan saya Alice." kata Emily.

"Emily tengok tu Marco dan Madam Grace dah balik la" kata Bella sambil mulutnya memuncungkan ke arah Marco dan Madam Grace yang sedang berjalan menuju ke arah ruangan pejabat.

"Bella saya nak pergi jumpa Madam Grace sekejap. Kamu nak ikut tak" kata Emily.

"Baiklah saya ikut kamu. Tapi tunggu makanan saya ni habis dulu" kata Bella sambil tangan menyuap makanan ke mulutnya.

"Ok,saya tunggu kamu habis makan dulu" kata Emily.

Selepas Bella selesai menghabiskan makananya, mereka berdua pun berjalan menuju ke arah ruangan pejabat Madam Grace. Sampai di depan pintu pejabat Madam Grace, Emily pun mengetuk pintu pejabat tersebut.

Tok,tok,tok..."Masuk" mendengar Madam Grace menyebut perkataan masuk Emily pun membuka pintu. Lalu Emily dan Bella pun masuk ke dalam ruangan pejabat Madam Grace.

"Oh Emily rupanya,silakan duduk" kata Madam Grace.

Di depan meja Madam Grace ada Marco. Marco pun menoleh ke arah Emily dan Bella.

"Madam saya keluar dulu. Ada kerja perlu saya selesaikan." kata Marco. Marco pun bangun dari bangku dan berjalan ke pintu untuk keluar dari pejabat Madam Grace.

Emily dan Bella pun duduk di bangku depan meja Madam Grace."Ada apa kamu berdua berjumpa saya ni?" tanya Madam Grace.

"Saya ingin bertanya, boleh tak Madam Grace tolong kawan saya Alice lepas dari Michael?" tanya Emily.

"Saya tengah usahakan. Tapi perkara ni tidak boleh terburu-buru. Saya sudah letak seorang mata-mata di dalam markas Michael. Jangan risau kawan kamu selamat" kata Madam Grace.

"Betul ke, Alice tak kena seksa dengan orang suruhan Michael? " tanya Emily.

"Mula-mula kawan kamu tu di kurung di bilik bawah tanah tapi sekarang tidak lagi. Sekarang kawan kamu tu di layan dengan baik kerana Michael ingin menjadikan dia perempuan simpanan." kata Madam Grace.

"Tentu Alice di paksa" kata Emily dengan nada suara sedih mengingatkan nasib kawannya itu.

"Jangan risau bila kawan kamu itu sudah di bawa ke rumah Michael barulah kita akan selamatkan dia. Kerana di rumah Michael tidak banyak pengawal seperti di markasnya." kata Madam Grace.

"Baiklah. Nanti bila misi menyelamatkan Alice, boleh saya ikut sekali" kata Emily.

"Baiklah kalau kamu mahu. Kamu boleh ikut sekali nanti. Kerana kamu pun kena biasakan diri dalam mengunakan alat senjata api yang telah kamu pelajari." kata Madam Grace.

"Terima kasih Madam. Saya keluar dulu" kata Emily sambil ia pun bangun dari bangku.

"Sama-sama" jawab Madam Grace. Madam Grace melihat Emily dan Bella bangun dan keluar dari pejabat. Madam Grace perasan Emily memiliki mata seperti Michael bewarna biru.

Keluar dari pejabat Emily dan Bella pun pergi ke tempat latihan. Di tempat latihan Emily melihat sudah ada Marco di situ.

"Emily kamu ikut saya" kata Marco.

"Baik, Bella saya pergi dulu" kata Emily.

"Seronok la tu dapat berdua-duaan" bisik Bella pada Emily.

"Kamu ni Bella ada-ada saja la" kata Emily.

"Ok. Marco jaga Emily baik-baik tau" kata Bella.

"Saya akan jaga dia jangan risau la" kata Marco.

Emily pun mengikuti Marco."Kita nak pergi ke mana?" tanya Emily.

"Kita pergi ke tempat latihan menembak.Kerana kamu masih belum berapa cekap bila menembak benda yang bergerak. Mungkin kamu sudah cekap menembak tapi benda tu tak begerak." kata Marco.

Marco dan Emily pun pergi ke satu tempat yang lapang di markas tersebut. Di tempat ini tidak ada orang hanya Emily dan Marco saja.

"Nah ambil senjata ni" kata Marco sambil tangannya menghulur senjata pada Emily. Emily pun mengambil senjata tersebut.

"Kamu sudah tahukan cara masukkan peluru" tanya Marco.

"Ya saya sudah tahu caranya" kata Emily.

"Sekarang kamu masukkan peluru ke dalam senjata tersebut" kata Marco.

"Baik". Kata Emily sambil tangannya pun mengambil peluru dan mula memasukkan ke dalam senjata yang akan ia gunakan.

"Kamu sudah sedia" kata Marco.

"Saya sudah sedia" kata Emily.

"Sekarang saya akan baling benda di tangan saya. Kamu kena tembak tepat pada benda ni" kata Marco.

"Baik" jawab Emily.
Marco pun mula membaling benda berbentuk bulat di tangannya di udara. Dan Emily pun cuba untuk menembak tepat pada benda tersebut tapi kurang berjaya dan tersasar.

"Jangan mengalah! Cuba lagi sampai boleh" kata Marco memberikan semangat pada Emily.

"Baik" jawap Emily.

Marco pun terus membaling benda tersebut. Balingan yang ke 10 Emily dapat menembak dengan tepat.

"Bagus Emily" kata Marco.

Emily dan Marco pun meneruskan latihan tersebut. Kadang-kadang mereka berhenti sekejap untuk memasukkan peluru ke dalam senjata bila peluru sudah habis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience