Bab 7

Action Completed 10236

Di bilik bawah tanah di markas Michael... Alice nampak lemah dengan sebelah tangannya di tambat dengan tali. Sudah 2 hari Alice berada di bilik kurungan ini. Sehari sekali akan ada orang menghantar makanan padanya. Tapi Alice tidak menyentuh langsung makanan itu.

Alice rela mati kelaparan dari di kurung di dalam bilik yang gelap ini. Alice juga sudah tidak ada ke inginan untuk hidup. Apa lagi bila teringat Michael telah merogolnya. Hidupnya sudah tidak bermakna lagi.
------
Hari ini Emily mula mengikuti latihan di markas Madam Grace. Emily mula berlajar mengunakan senjata api dan juga di ajar cara berlawan untuk mempertahankan diri.

Marco yang banyak mengajar Emily. Bila Marco ada hal penting untuk di uruskan barulah ada jurulatih lain yang akan mengajar Emily. Kehidupan Emily di markas Madam Grace agak selesa. Emily juga di layan sangat baik tapi semasa latihan dia terpaksa mengikuti latihan dengan sangat keras.

Sudah hampir seminggu Emily di markas Madam Grace. Fikirannya sering teringat pada Alice. Apa agak yang terjadi pada Alice sekarang ni. Mungkinkah dia di seksa dengan teruk oleh Michael dan orang suruhannya.

Bagi Emily dia berhutang nyawa pada Alice. Kerana Alice lah ia boleh lari dari menjadi keldai dadah.Emily bertekad akan berlatih bersunguh-sunguh di markas Madam Grace supaya suatu saat nanti ia boleh membawa Alice keluar dari markas Michael.

Emily berharap Alice masih hidup dan mampu bertahan di tempat itu. Emily akan cari jalan untuk membawa Alice keluar dari tempat itu. Emily perasan banyak orang di tempat Madam Grace memadang ia semacam. Emily sendiri tidak pasti kenapa mereka memadangnya begitu.Tapi banyak orang di markas Madam Grace mengatakan wajahnya seiras Madam Grace.

Emily mengagap wajahnya dan Madam Grace seiras mungkin hanya kebetulan saja. Lagi pun ramai orang di dunia ni yang mempunyai wajah yang seiras. Mengikut ketinggian badan,Emily lebih tinggi pada Madam Grace.

Walau pun Emily dulu tinggal di negara asia tapi badan dan fizikalnya bukan seperti kebanyakan orang asia. Wajah dan fizikalnya lebih kepada orang barat. Emily sendiri tidak tahu siapa ibu dan ayah kandungnya. Kerana dari kecil Emily di jaga oleh keluarga angkatnya.

Emily pernah bertanya kepada ibu angkatnya.Jawaban ibu angkatnya hanya mengatakan bahawa Emily di buang di tepi jalan. Jadi ibu angkatnya pun mengambil Emily yang masih bayi di tepi jalan dan menjaganya.

Marco sedang berjalan menuju ke arah bilik pejabat Madam Grace. Sampai di depan pintu pejabat Marco pun mengetuk pintu.tok,tok,tok.

"Masuk" kata Madam Grace. Lalu Marco pun membuka pintu dan masuk ke dalam rungan pejabat Madam Grace. Marco pun duduk berdepan dengan Madam Grace di bangku.

"Macam mana dah selesai" tanya Madam Grace.

"Sudah ini keputusan DNA Madam dan Emily... Ini pula hasil selidik orang kita tentang keluarga angkat Emily di asia." kata Marco sambil tangannya memberikan beberapa keping kertas di atas meja Madam Grace.

Madam Grace pun mengambil kertas itu lalu membaca satu persatu kertas itu. "Emily benar-benar anak saya" kata Madam Grace.

"Ya madam ,Emily benar-benar anak Madam". Kata Marco.

Kemudian Madam Grace melihat pula kertas laporan hasil selidik tentang keluarga angkat Emily." Kurang ajar punya Robert boleh dia biarkan Emily bekerja sebagai pelayan di kelab malam. 200 ribu aku bagi padanya untuk menjaga Emily boleh dia bagi habis begitu saja duit tu"kata Madam Grace.

"Robert kuat main judi. Dia pernah kalah sampai 100 ribu" kata Marco.

"Marco kamu kena tolong jaga-jaga jangan sampai orang lain tahu tentang Emily dan saya."kata Madam Grace.

"Baik Madam" kata Marco. Lalu Marco pun bangun dari bangku dan keluar dari pejabat Madam Grace.

Marco pergi ke tempat Emily melakukan latihannya. Emily melihat Marco datang membuatkan Emily memberikan senyuman pada Marco. Emily agak gugup bila berdepan dengan Marco dan jantungnya juga akan mula berdebar-debar.

"Sekarang saya yang akan melatih kamu Emily." kata Marco.

"Baiklah" kata Emily.

Marco pun mula mendekati Emily kerana hari ini Marco akan melatih Emily cara berlawan dengan musuh dengan seni bela diri.

"Mulakan sekarang" kata Marco. Lalu Emily pun mula menendang kakinya ke arah Marco dan Marco dapat mengelak.

"Semangat sikit" kata Marco.

"Baik" balas Emily. Lalu Emily menendang kakinya ke arah Marco dengan sekuat tenaganya.

Tedangan kaki Emily tak dapat di elak oleh Marco. Tedangan itu terkena pada pingang Marco. "Bagus" kata Marco. Lalu Emily dan Marco pun memulakan latihan mereka.

-----------
Di bilik kurungan bawah tanah keadaan badan Alice semakin lemah dan tak berdaya. Tiba-tiba pintu bilik kurungan itu di buka dan Alice melihat ke arah pintu. Ia melihat Michael dan orang kanannya Justin masuk. Michael menghampiri Alice sementara Justin hanya berdiri di tepi pintu.

"Kenapa kamu tak makan. Kamu betul-betul nak mati ya." kata Michael. Sambil tangannya memengang dagu Alice.

"Justin! Suruh pengawal bawakan makanan ke sini" kata Michael.

"Baik" jawab Justin. Lalu Justin pun mengarahkan pengawal mengambil makanan. Pengawal tersebut segera pergi ke arah tempat makanan di sediakan. Tak lama kemudian pengawal itu kembali dengan membawa makanan dan di berikan pada Justin. Justin pun memberikan makanan tersebut kepada Michael.

Michael mengambil makanan tersebut dan ia pun menghampiri Alice. Dengan mengunakan sudu Michael ingin menyuapkan makanan tersebut pada Alice. Tapi Alice engan membuka mulutnya.

"Makan sekarang" kata Michael sambil sudu yang penuh dengan makanan di sua ke arah mulut Alice. Tapi Alice tetap tidak mahu membuka mulutnya.

"Baiklah, kamu memang keras hati ya" kata Michael lalu ia pun memasukkan makanan yang ada di sudu tadi ke dalam mulutnya lalu michael menarik wajah Alice dengan tangannya. Langsung Michael meletakkan mulutnya ke arah mulut Alice. Michael cuba memasukan makanan tersebut ke mulut Alice mengunakan mulutnya.

Alice terkejut Michael melakukan perkara tersebut padanya."Makan atau kamu mahu aku lakukan dengan mengunakan mulut lagi"kata Michael.

"Saya tak mahu guna mulut kamu, biar guna sudu saja" kata Alice lemah.

Lalu Michael pun mula menyuapkan makanan dengan sudu ke mulut Alice. Dan Alice pun mula mahu membuka mulutnya untuk makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience