Bab 14

Action Completed 10238

Petangnya semasa Daisy dalam perjalanan ingin pulang ke rumahnya, Daisy singgah membeli pregnancy test untuk Grace. Sampai di rumah Daisy terus mencari Grace di dalam biliknya.

Grace sudah bangun dari tidurnya. Grace baru saja selesai mandi tiba-tiba pintu biliknya di ketuk. Tok,tok,tok." Grace ni makcik Daisy,boleh bukakan pintu tak" kata Daisy.

"Sekejap saya baru lepas mandi " kata Grace. Selesai memakai pakaian Grace pun segera membuka pintu biliknya.

"Maaf mengangu kamu Grace. Tapi makcik ada beli sesuatu untuk kamu" kata Daisy sambil tangannya menghulurkan alat pregnancy test kepada Grace.

"Untuk apa benda ni?"tanya Grace.

"Untuk mengetahui kamu mengandung atau tidak. Kerana melihat keadaan kamu ni seperti orang alahan mengandung" kata Daisy.

Mendengar kata-kata Daisy membuatkan Grace terkejut."tidak, saya tak mungkin mengandung. Saya tak mahu mengandungkan anak Michael "kata Grace sambil air matanya mula keluar.

"Tenang dulu kalau betul Grace mengandung makcik akan bertangungjawab ke atas anak yang berada di kandungan kamu Grace. Anak tu tak salah,makcik janji tak akan beritahu pada Michael tentang anak yang kamu kandungkan." kata Daisy.

"Baiklah,saya akan gunakan alat ini untuk kepastian"kata Grace lalu ia pun mengambil alat pregnancy test itu dan membawa masuk ke dalam bilik air. Tak berapa lama kemudian Grace pun keluar dari bilik air.

"Macam mana keputusannya" tanya Daisy.

"Makcik tengok la sendiri" kata Grace sambil ia pun memberikan alat tersebut ke pada makcik Daisy.

Daisy melihat ada 2 jalur warna merah timbul di alat tersebut." kamu betul-betul mengandung Grace".

"Tapi saya tak mahu anak ini makcik Daisy" kata Grace.

"Tolong terima anak ini Grace." kata Daisy merayu.

"Baiklah saya akan cuba terima" kata Grace.

"Terima kasih Grace" kata Daisy sambil memeluk tubuh Grace.
---------------
Sementara Michael pula pulang awal dari sepatutnya. Bila ia mengetahui tentang Grace berjaya melarikan diri. Michael sangat marah pada orang-orang suruhannya kerana masih belum dapat menemui Grace.

Michael mengamuk teruk bila sampai di kediamanya. Dia tidak boleh terima bila orang suruhannya masih belum menemui Grace. Selepas memarahi orang suruhannya Michael pun pergi meninggalkan mereka. Michael pergi ke arah biliknya.Ia membuka pintu bilik tersebut,bilik ini tempat ia dan Grace tidur bersama.

Michael duduk di tepi katilnya,ia memadang keliling bilik ini. Tangan kanannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Kelihatan di tangan Michael ada kotak 4 segi kecil. Michael membuka kotak itu dan di dalam kotak 4 segi itu ada sebentuk cincin.

"Kenapa kamu lari dari aku Grace. Aku ingat pulang dari luar negara kita akan berkahwin. Aku sudah belikan cincin untuk melamar kamu Grace. Tapi tak sangka kamu telah pergi tinggalkan aku" Bisik hati Michael.

-----------
Sudah setahun lebih Grace berada di rumah makcik Daisy.Grace pun sudah melahirkan seorang anak perempuan.Sekarang anak itu sudah di berusia 5 bulan. Selepas 2 bulan melahirkan anak perempuannya Grace mula bekerja di Syarikat makcik Daisy.

Hari ini ada seorang lelaki bernama John datang ke Syarikat Makcik Daisy. John datang bersama 3 orang pengikutnya. Grace tidak berapa kenal dengan John. Grace juga hairan melihat John tanpa perlu temu janji terus pergi ke ruangan pejabat Makcik Daisy. Hampir 2 jam berada di pejabat Makcik Daisy barulah lelaki bernama John tersebut keluar bersama pembantu peribadinya.

Melihat John telah keluar,Grace pun masuk ke dalam pejabat makcik Daisy. Grace melihat wajah Makcik Daisy agak muram seperti ada masalah.

"Makcik kenapa lelaki bernama John tu datang bertemu Makcik"tanya Grace.

"Dia datang untuk menuntut hutangnya" kata Daisy.

"Makcik ada hutang dengan lelaki tu?" tanya Grace.

"Bukan hutang duit tapi hutang lain. Dia mungkin akan musnahkan hidup makcik nanti kerana dia baru saja keluar dari penjara. Dan dia adalah ketua mafia di negara ini" kata Daisy.

Hari ini Daisy dan Grace pulang ke rumah agak awal sedikit dari biasa. Sampai di rumah Makcik Daisy meminta Grace pergi ke biliknya selepas Grace selesai membersihkan badannya. Selepas mandi dan memakai pakaian,Grace pun pergi ke bilik Makcik Daisy.
Makcik Daisy sudah siap menunggu Grace di dalam biliknya."Maaf, mungkin kita akan menghadapi masalah besar dengan John nanti" kata Daisy.

"Kalau boleh, saya tak mahu anak perempuan saya melalui kehidupan seperti ini" kata Grace.

"Makcik faham, jadi makcik rancang nak beri anak kamu pada pasangan orang asia yang bekerja dengan makcik. Namanya Robert dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Makcik tak mahu membahayakan anak kamu." kata Daisy.

"Saya rela anak saya di jaga oleh orang lain. Asalkan anak saya tu boleh keluar dari negara ni dan tak terjebak dengan dunia gelap seperti ini." kata Grace.

"Baiklah kalau kamu setuju saya akan beritahu Robert dan memintanya membawa anak kamu ke negara asalnya" kata Daisy.

Tak lama kemudian Daisy pun memangil Robert dan memberitahu rancangannya. Dan Robert setuju untuk menjaga anak Grace dan membawa anak tersebut ke negaranya. Daisy juga berjanji memberikan sejumlah wang kepada Robert.

Sudah 2 hari anak perempuan Grace pergi mengikuti Robert ke negara asia. Grace merasa sangat rindu pada anaknya tapi ia tidak boleh berbuat apa-apa kerana semua demi keselamatan anaknya. Hari ini tiba-tiba makcik Daisy menelefonnya supaya membawa Marco keluar dari rumah menuju ke suatu tempat yang telah makcik Daisy beritahu.

Grace pun segera mengajak Marco pergi ke tempat yang telah di beritahu. Grace dan Marco pergi ke arah tempat tersebut menaiki kereta yang di pandu oleh Grace. Tempat tersebut adalah di sempadan negara Z. Sampai saja di tempat itu sudah ada orang suruhan Makcik Daisy menunggu Grace dan Marco. Grace dan Marco di bawa ke sebuah tempat seperti markas. Markas tersebut kecil saja tidak seperti markas Michael.

Hampir seminggu Grace dan Marco berada di markas ini. Tiba-tiba hari ini mereka semua mendapat berita mengejutkan makcik Daisy telah mati di tembak. Mayat makcik Daisy di jumpa di dalam hutan. Masa hari perkebumian Makcik Daisy, Grace dan Marco hanya melihat dari jauh saja. Grace dapat melihat dari jauh kelibat Michael dan Justin yang datang ke perkebumian makcik Daisy.

Flashback off

Tanpa sedar Madam Grace menitiskan air mata kerana mengingatkan kisah lamanya dahulu. Dan impiannya untuk membalas dendam pada John juga sudah tercapai kerana telah membunuh Makcik Daisy. Misinya untuk mengoda John membuahkan hasil walau pun agak lama baru John mahu memperisterikannya. Dan sekarang dialah yang telah mewarisi semua harta John dan mengatikan tempat John sebagai ketua.

Sekarang misi Madam Grace ingin menyalamatkan Alice dari Michael. Kerana Emily meminta ia membantu Alice keluar dari markas Michael. Dan Madam Grace pun merasakan ia harus menyelamatkan Alice bila mengingatkan Alice sudah menolong Emily anaknya. Tapi ia harus merancang dengan teliti supaya tidak akan terjadi masalah yang lebih besar nantinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience