BAB 23

Fantasy Series 447

Abriel dan Aileen berjalan menuju ke tempat yang telah dijanjikan. Aqlan, Dawas dan Haira sudah mengetahui akan kedatangan mereka ke Tamim.

Mereka bertemu di kedai makan yang pernah menjadi tempat pengumpulan mereka dahulu. Kedai makan milik keluarga Dawas.

Abriel agak berdebar mahu berjumpa mereka bertiga. Mungkin kerana mereka sudah lama tidak bertemu.

Abriel dan Aileen mengambil tempat duduk memandangkan rakan-rakan mereka masih tidak datang.

"Kau tak apa-apa?" tanya Abriel apabila dia perasan wajah Aileen yang suram.

"Aku berdebar campur takut."

Apabila dia teringat semula akan perbualannya dengan Aileen, dia cuba untuk menahan rasa. Dia tidak boleh menunjukkan rasa tidak sukanya terhadap hubungan Aileen dan Aqlan.

"Kau dan Aqlan ada apa-apa ke?" Abriel bertanya. Dia memerlukan kepastian.

Jika ya, dia akan mengundur diri. Jika tidak, dia akan meluahkan perasaannya.

"Aqlan?" Aileen bertanya hairan.

Kenapa pula dengan Aqlan? Sejak bila pula dia ada apa-apa dengan Aqlan?

"Bukan ke kau cakap kau sukakan seseorang dan orang itu aku kenal."

Aileen tergelak. Itu ke yang dirisaukan Abriel sampaikan dia dilayan acuh tak acuh sebelum ini.

"Betul tapi orang itu bukan Aqlan." Aileen masih tergelak.

Abriel sudah menayang muka tak puas hati.

"Kalau bukan Aqlan, Dawas?"

Abriel memandang Aileen. Takkanlah Aileen berminat dengan Dawas.

"Kenapa kau sibuk nak tahu?" Aileen sengaja bertanya.

"Sebab a..." Abriel tidak sempat menyambung ayatnya.

"Abriel! Aileen!"

Mereka berdua terus berpaling apabila suara-suara yang sudah lama tidak didengari mereka memanggil. Aileen sudah berkaca mata.

Haira mendekati. Tubuh Aileen dipeluk erat. Tangisan mereka kedengaran. Dawas dan Aqlan turut mendekati.

"Aqlan."

"Abriel."

Mereka berpelukan selepas itu. Dawas tersenyum.

Akhirnya, mereka berjumpa semula. Penantian mereka yang lama itu sudah berakhir.

Kemudian, Abriel memeluk Dawas. Dia tersenyum lega. Kawan-kawannya dalam keadaan yang sihat. Dia sangat lega.

"Dahlah tu. Mari duduk." Haira mengajak.

Masing-masing melabuhkan punggung mereka di atas kerusi.

"Kau apa khabar, Abriel?" tanya Aqlan.

"Aku baik-baik sihat saja. Kau pula macam mana?" tanya Abriel kembali.

Pasti Aqlan tidak henti-henti menyalahkan diri. Dia kenal Aqlan.

"A-aku minta maaf. Aku tak tahu benda akan jadi macam ni."

Abriel menepuk bahu rakannya itu.

"Aku dan Aileen dah balik. Kami pun tak apa-apa."

"Kau macam mana Aileen?" tanya Aqlan kepada Aileen pula.

Aileen tersenyum. "Macam yang Abriel kata, kami baik-baik saja. Kita lupakan saja perkara yang lepas. Kami dah pulang. Lebih baik kita hargai masa yang kita ada."

Masing-masing mengangguk bersetuju.

"Betul tu. Aku setuju. Jadi, mari makan. Aku belanja hari ini sempena Abriel dan Aileen pulang," kata Dawas bersemangat.

Mereka tersenyum gembira. Mereka berbual banyak pada hari itu.
******

Yatna mengintai di sebalik pintu. Kata orang istana Ilham berada di klinik istana.

"Yatna, buat apa terhendap-hendap ni?" Harsha menegur Yatna di muka pintu.

Yatna mengurut dahinya. Terkejutnya apabila ditegur daripada belakang.

"Ilham ada?"

"Ilham ada. Tabib Sinan pun ada.Masuklah, Yatna." Harsha mengajak.

Ketika Yatna melintasi Sinan, dia menyapa bekas tabib istana itu. Sinan sampai tidak lama selepas Ilham sampai.

Pada mulanya, Sinan teragak-agak juga mahu datang tapi apabila memikirkan semula dia perlu pergi. Dia perlu menyelamatkan pemerintah kerajaan Tamim itu.

"Ilham, Yatna datang nak jumpa awak."

Ilham berpaling apabila isterinya bercakap dengannya. Kemudian, matanya dihalakan ke arah Yatna pula.

"Kenapa kau datang?" tanya Ilham.

"Kau dah jumpa penawar?"

Memang itu saja tujuan datang. Dia risaukan kesihatan Ghifari Hafis.

Ilham menggeleng kecewa. Walaupun hubungannya dengan Ghifari Hafis tidak baik, Ghifari Hafis tetap ayahandanya. Macam mana pun dia tetap risau.

"Aku nak tanya kau sesuatu."

Yatna mengangkat kening bertanya 'apa'.

"Tubuh ayahanda dipenuhi racun. Aku tak pasti racun apa tapi apa yang aku pasti racun itu sudah lama dengannya. Ibaratnya, makanan yang kau makan selama ini adalah racun. Jadi, aku cuma nak tahu kalau kau ada syak sesiapa dalam istana ni."

Yatna terdiam seketika. Dia berfikir. Tiada siapa yang bermain dalam fikirannya.

"Tak adalah pula. Semua orang macam baik-baik saja. Payah juga menjadi baik. Aku ingatkan jadi jahat saja orang tak suka. Jadi baik pun ada orang tak puas hati juga." Yatna mengeluh perlahan.

"Tak aplah kalau macam tu. Aku takut aku tak sempat saja. Kesihatan ayahanda makin merosot."

Tiba-tiba, klinik itu diterjah masuk oleh seseorang. Semua mata berpaling ke arah pintu klinik itu.

"Tuanku... semakin gering," kata orang istana itu dengan termengah-mengah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience