BAB 21

Fantasy Series 447

"Kau yakin dengan maklumat yang kau berikan?"

"Saya yakin ayah. Saya dah suruh orang-orang saya siasat."

"Senanglah kerja aku."

"Apa yang perlu saya buat selepas ini?" tanya si anak.

Hatinya lega dapat menyenangkan hati si ayah. Bukan senang mahu  mengambil hati ayahnya ini.

"Aku ma..."

Kata-kata si ayah terhenti di situ apabila bunyi ketukan pada pintu kedengaran.

"Masuk!"

Sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada si ayah, seorang lelaki pun masuk.

"Bad datang."

Cukup dengan dua patah perkataan itu, bibir si ayah mengukir senyuman.

"Sudah lama aku tak dengar khabarnya. Panggil dia masuk."

Tidak lama kemudian, seorang lelaki masuk.

"Aku ingatkan kau dah lupakan janji kau." Si ayah menegur Bad.

"Aku takkan lupakan dendam aku. Aku dah jumpa Pembangkit Enam Kuasa tapi kuasanya masih belum bangkit. Aku akan bangkitkan kuasanya nanti."

"Aku suka dengan rancangan kau. Bila kau nak gunakan dia?"

"Tak lama lagi. Kuasa dia perlu dibangkitkan dahulu sebelum melawan Ghifari."

"Kau tahu keadaan Ghifari?"

Bad menggeleng hairan. Ada sesuatu yang dia tertinggalkah?

"Dia sakit. Nampaknya hidupnya pun tak lama lagi."

Bad tersenyum puas. Tak lama lagi usaha mereka berdua selama lebih 20 tahun ini akan berbuah hasil.

"Kita tak perlu tunggu lebih lama. Akhirnya, apa yang kita rancang berjalan dengan lancar kali ini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience