BAB 19

Fantasy Series 447

Ilham mengelap peluh di dahi. Selama pemergian Abriel dan Aileen, dia hanya mampu merawat serba sedikit luka pesakit-pesakitnya.

Dia bukanlah seorang doktor yang berkemahiran tinggi. Pengalamannya juga tidak terlalu banyak. Selama ini, dia hanya mampu merawat penyakit-penyakit kecil sahaja.

Datang pula penyakit sebegini. Terkedu juga dia dan isterinya. Nasib baiklah ada Abriel dan Aileen yang dapat membantu mereka.

Sekarang, Ilham hanya mampu berharap kepada doktor yang dimaksudkan oleh Abriel itu.

Sedang asyik dia termenung, dia terdengar namanya diapanggil-panggil oleh isterinya.

"Abang! Abang!" Harsha berlari-lari ke arah suaminya.

"Mereka berdua sudah balik."

Mendengar khabar itu, Ilham melepas nafas lega. Tanpa berlengah lagi, dia mendekati Abriel dan Aileen yang sedang menunggunya di luar.

"Abang Ilham." Abriel menyapanya.

"Abriel, balik pun kau. Bagaimana?" Ilham menjenguk-jenguk belakang Abriel dan Aileen.

Tiada siapa. Doktor itu tidak mengikut mereka pulang. Kalau begitu, adakah penyakit ini boleh dirawat?

"Abang Ilham jangan risau. Penyakit ini dapat dirawat. Marilah kita masuk dahulu. Saya cerita di dalam," kata Abriel lalu mengelap peluhnya yang mengalir.

Dia dan Aileen bergesa ke sini. Mereka risau jika terlambat satu saat, satu nyawa akan hilang.

Ilham menepuk dahinya. "Maaflah. Aku kalut sangat. Aku cuma risaukan keadaan sekarang. Macam yang kau tengoklah kat luar tu."

Abriel mengangguk faham. Bilangan pesakit semakin bertambah sejak hari pertama penyakit ini muncul.

Abriel dan Ilham terus masuk ke dalam rumah manakala Aileen membantu Harsha merawat luka-luka kecil pada badan pesakit.

Setelah habis bercerita, Ilham besandar pada kerusinya. Berdasarkan cerita Abriel dan cara untuk menyembuhkan penyakit ini, Ilham tahu doktor yang dimaksudkan oleh Abriel ini bukan calang-calang doktor.

"Siapa doktor yang kau pergi jumpa tu?" tanya Ilham ingin tahu.

Melalui cara yang dicadangkan oleh doktor itu, dia seakan-akan mengenali doktor itu. Mungkin sekadar perasaannya sahaja.

"Sinan. Nama doktor itu Sinan."

Bulat mata Ilham sebaik sahaja mendengar nama itu. Sinan. Dia kenal akan susuk tubuh itu.

"Tabib istana itu?"

"Tabib istana?" soal Abriel kembali.

Ilham mengangkat kening. "Tabib Sinan tak beritahu apa-apa?"

"Saya pun tak tahulah. Pak Nan tak pernah cerita tentangnya. Macam mana abang Ilham kenal tabib istana tu?"

Ilham terdiam seketika sebelum menjawab. "Tabib Sinan itu jiran aku sebelum ini."

Abriel mengangguk-anggukkan kepalanya. "Abang Ilham berasal dari Tamim ke?" soalnya lagi.

Ilham menggaru-garu kepalanya. Banyak tanya pula Abriel ni.

Ilham hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Kau ni banyak berbuallah. Marilah tolong aku buat ubat," ajak Ilham.

Abriel hanya tersengih. Dia dapat rasakan Ilham menyembunyikan sesuatu daripadanya tapi dia juga bukan seorang yang memaksa.

******

"Bagaimana keadaan Tuanku, tabib?" tanya Yatna risau.

Sebaik sahaja mendengar berita tentang ayahanda saudaranya itu, dia terus ke istana.

Ketika itu, tabib istana baru sahaja selesai memeriksa Ghifari Hafis dengan lebih terperinci. Dia terus menunduk hormat apabila dia perasan akan kelibat Yatna.

"Kesihatan Tuanku sedang merosot, Puteri Yatna. Badan Tuanku dipenuhi dengan racun. Racun itu seakan-akan sudah lama berada di dalam badan tuanku dan menyebabkan laluan pernafasan tersekat," jelas tabib istana.

Yatna mengangguk mengerti. Dia tahu akan racun yang dimaksudkan oleh tabib itu tapi dia tidak pasti jika racun itu sudah ada penawar atau belum.

"Penyakit ini boleh dirawat?"

"Aku tidak pasti, Tuan Puteri. Ini pertama kali aku melihat penyakit ni. Aku memerlukan masa untuk membuat sedikit pencarian."

Yatna mengeluh. Dia risaukan kesihatan ayahanda saudaranya.

"Aku rasa aku perlu pulang dahulu. Penawar bagi penyakit Tuanku perlu diusahakan dengan segera."

"Baiklah. Terima kasih, tabib," ucap Yatna lalu menghantar pemergian tabib istana itu.

Kemudian, matanya beralih pula kepada Ghifari Hafis. Tanda-tanda merah pada kulit raja itu masih ada.

Sedang asyik merenung tubuh itu, dia teringat akan seseorang yang dapat membantunya. Dia harap Ghifari Hafis akan sembuh selepas ini.

Sekiranya raja itu mangkat, dia tidak dapat membayangkan nasib kerajaan ini selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience