“Handsome betul bakal abang ipar Chah,” puji gadis itu setelah diperkenalkan Lateefa saat mereka berjumpa di tempat menunggu untuk masuk ke dalam Aquaria. Lateefa julingkan mata ke atas.
“Pandai-pandai Chah je cakap dia tu abang ipar,” rengus Lateefa tunjuk muka tak suka.
“Betullah abang ipar. Cuba Kak Atee tengok. Dia layan Yusuf macam anak sendiri. Kak Atee still tak nak terima dia. Eh, aura abang ipar tu dah nampak dah kak. Tak payah kelentong,” bisik Aisyah ke telinga Lateefa sewaktu mereka berjalan masuk ke dalam untuk melihat ikan-ikan di dalam akuarium kaca.
Terus Lateefa pandang lelaki yang begitu akrab dengan Yusuf. Nampak Zhareef sedang melayan anaknya yang bertanyakan perihal ikan yang dilihat. Dia sedar sayangnya Yusuf pada lelaki itu sudah tak mampu dibuang lagi. Perkenalan singkat itu membuatkan hati Lateefa serba salah.
Dia renung susuk lelaki itu dari belakang.
“Niat saya ikhlas. Kita kenal sikit lepas tu terus kahwin.” Lagi sekali lelaki itu meluahkan kata saat tergesa-gesa hendak pulang kelmarin.
“Awak jangan main-main. Awak nak jerat saya ke. Saya bukan orang berduit.”
Zhareef tergelak dengan kenaifan wanita itu.
“Saya dah banyak duit. Kenapa nak ambik duit awak pula. Kalau boleh saya nak bagi duit saya semua dekat awak kalau awak setuju terima saya.”
Lelaki itu main-main pula.
“Jangan nak main-mainkan saya. Entah-entah awak dah kahwin. Dah ada anak. Awak saja nak pasang lagi satu. Tak jumpa anak dara awak terkam saya.”
“You are not a Jerry, sayang and i’m not a Tom. Nak main terkam-terkam bagai.”
Malu pula Lateefa apabila tersalah sebut. Malah makin malu apabila perkataan sayang yang keluar dari mulut lelaki itu kedengaran tidak menipu.
“Sayang fikir pasal saya?"
Sah dia dah gila. Terdengar suara lelaki itu di belakang. Dia berharap itu cuma mimpi namun sebaik menoleh dia lihat lelaki itu tersengih macam kerang busuk bersama Yusuf. Terus dia larikan mata dan terpandang Aisyah yang menutup mulut kerana tahu kakaknya sudah diusik.
Mulut Lateefa terkunci terus dan kakinya mula melangkah menjauh dari lelaki itu. Aisyah pula mengekori dengan laju.
“Kalau dah suka, dah cinta tak kira siapa pun Kak Atee. Dia akan tetap berusaha untuk dapatkan Kak Atee.” Tiba-tiba Aisyah bersuara dan mematikan langkah Lateefa.
Matanya memandang semula ke arah Zhareef yang tidak jauh daripada mereka. Pandangannya tertangkap dan dia tunduk malu. Zhareef pula ukir senyum sambil matanya tak lepas memandang wanita dambaan hati.
Aisyah tiba-tiba mendapatkan Yusuf.
“Dah lama sangat kita kat dalam ni. Siren dalam perut Cik Su dah berbunyi kuat. Lapar sangat. Jomlah kita keluar cari makanan. Yusuf ikut Cik Su, ya." Aisyah tarik tangan Yusuf usai habis semua tempat dikelilingi mereka.
“Yusuf pun lapar jugak. Jomlah kak.” Anak kecil itu mengajak semua kakaknya. Ketiga-tiga anak dara Lateefa mengekori langkah emak saudara mereka yang sudah keluar dari Aquaria. Mereka berjalan mencari makanan yang boleh dimakan. Lafeea pula mengekori dari belakang dan Zhareef menyaingi langkah wanita itu dan akhirnya mereka seiringan mengekori susuk di depan.
Lateefa berhenti tiba-tiba.
"Erk, I LOVE YOO."
Ucap Lateefa tak sedar setelah melihat Aisyah berhenti di sebuah kiosk yang pelik namanya. Zhareef sunggingkan senyum. Itu kiosk yang memang terkenal dekat sini. Dia dekatkan kepala dengan kepala Lateefa.
"I love you too!" bisiknya romantis hampir ke telinga Lateefa dan wanita itu telan liur kerana terkejut. Buntang matanya dengan suara itu.
"Sorry. Saya tak maksudkan apa-apa. Terkejut sebab tak sangka ada kedai macam tu." Tunjuk Lateefa pada kiosk yang dikerumuni anak-anaknya.
"I know and I am glad to hear it. Perhaps it's true and you will say it again."
Wajah Lateefa pantas menyebu merah. Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni pulak?
Zhareef pula senyum sahaja melihat Lateefa yang menahan malu. Langsung tidak mahu memandangnya. Pantas dia rapatkan diri sedikit lagi ke telinga Lateefa.
"Or… perhaps you wanna me to say it."
Lateefa tidak membalas. Namun wajah malunya sudah mampu menyenangkan hati Zhareef. Tidak mahu terus diusik lelaki itu Lateefa segera menghampiri anak-anaknya.
"Kita makan beratlah. Dah tengahari ni," usul Lateefa pada anaknya yang gembira dengan makanan entah apa-apa yang dibeli Aisyah.
"Jom."
Zhareef tiba-tiba menarik tangan Yusuf dan membawanya ke restoren Serai. Hendak tak hendak terpaksa juga Lateefa mengikut.
Mereka bertujuh duduk semeja. Ibarat satu keluarga dan Zhareef begitu gembira apabila dapat berkumpul begini. Anak-anak dara Lateefa sudah mula mesra dengannya kecuali Nailufar seorang. Gadis itu masih tunjuk muka ketatnya.
“Lepas makan nanti kita singgah solat dekat masjid lepas tu kita terus ke I-City,” ujar Zhareef dan disambut sorakan Yasmin yang sejak semalam lagi hendak ke sana.
Lateefa cukup segan. Tak tahu nak kata apa lagi. Kenapalah Yasmin dan Yusuf buat Zhareef macam arwah baba mereka. Malunya Tuhan saja yang tahu. Lalu dia mendiamkan diri sahaja sehingga mereka tiba di masjid.
"Mama...mama nak kahwin dengan uncle tu ke?" tanya Nailufar tiba-tiba usai mereka jamak taqdim. Lateefa yang baru menyarung kasut terpempan dengan pertanyaan anak keduanya.
"Kenapa Nai tanya macam tu?" soal Lateefa sambil melangkah ke Welfire hitam Zhareef. Lelaki itu dan anak-anaknya yang lain sudah menunggu di dalam kereta. Nailufar pantas menyaingi langkah ibunya.
"Nai tak sukalah. Pakcik tu asyik renung mama. Nai tak suka lelaki lain muncul dalam keluarga kita. Tak ada sesiapa pun yang boleh ganti arwah baba. Tak ada siapa.” tekan Nailufar. Suara itu kedengaran tegas.
Hampir merembes keluar air mata Lateefa dengan sikap Nailufar. Namun dia tak boleh tunjuk lemah di hadapan anak daranya. Kepalanya tergeleng-geleng menghambat rasa sakit yang muncul tak dipinta.
Sungguh kepalanya sakit dengan perilaku Zhareef dan hatinya pula tak tenang dengan soalan Nailufàr.
"Nai! Kahwin ni bukan macam main pondok-pondok. Mama kena pilih lelaki yang betul-betul baik untuk jaga mama, jaga Kak Ada, jaga Nai dan adik-adik. Buat masa sekarang mama tak terfikir pun nak kahwin lagi. Kalau mama terdesak sekalipun mama akan pastikan anak-anak mama menyukai lelaki yang mama pilih. Mama tak akan pakai tangkap muat je, Nai.”
Bercakap dengan Nailufar perlukan fakta dan idea mesti bernas. Dia anak yang pendiam tetapi cerdas akalnya. Tidak boleh buat main-main.
“Mama sukakan uncle tu?” soal Nailufar lagi dan hati Lateefa tercarik luka dengan soalan anak daranya.
"Sudahlah Nai. Mama tak nak cakap pasal kahwin. Mama terima pertolongan uncle Zhareef sebab dia baik dengan Yusuf. Mama tak nak Yusuf sedih sebab Yusuf dah jatuh sayang sangat dekat uncle. Nai kena faham tu." Habis berkata Lateefa terus masuk ke dalam kereta. Dia langsung tidak memandang ke arah Zhareef. Lelaki itu pula yang sedang menunggu senyuman Lateefa tersentak. Rasa pelik dengan wajah wanita itu yang ketat tiba-tiba.
Nailufar di belakang menghembus nafas kuat. Rasa bersalah pula apabila di akhir bicara dia sedar mata mamanya berkaca-kaca.
oppss... tersalah sebut. hehehe
Share this novel