Fazli terkejut. Tiba-tiba sahaja Zhareef muncul di restoren Roselle pagi-pagi buta macam ni. Nasib baiklah dia awal-awal lagi dah masuk kerja nak memantau kakitangan restoren yang menyiapkan tempahan. Hari ini ada majlis pelancaran kosmetik dari individu yang popular dengan jualan kosmetik seluruh Malaysia.
"Kau tak tidur ke semalam. Awal benar kau nak jumpa aku. Bukan ke kita dah janji nak lepak dekat Qawa Kopi malam nanti," soal Fazli hairan.
Zhareef gelengkan kepala.
"Itu cerita malam karang. Pagi ni cerita lain. Aku nak kau tolong aku dan kau memang kena tolong."
Terkebil-kebil Fazli di kaunter restoren memandang rakan baiknya.
"Tolong apa pulak? Terkejar-kejar macam bini nak beranak. Tapi masalahnya bini sorang pun tak ada lagi. Ke Zhalia buat hal?" soal Fazli tidak faham. Malah dadanya jadi sesak tiba-tiba.
Jangan-jangan Zhalia dah buat hal memalukan. Adik Zhareef yang seorang itu tak boleh percaya sangat. Kaki mengayat. Tak padan dengan perempuan. Muka memang tak bersalah langsung. Suka mengusha lelaki tak kira tua atau muda. Pening kepalanya dengan satu-satunya adik perempuan yang Zhareef ada.
"Bukan pasal dialah." Zhareef membetulkan pertanyaan Fazli.
"Habis tu?"
"Aku nak minta tolong kau sikit dan kau jangan nak hentam aku. Kalau tak aku bagi penumbuk nanti," cerita Zhareef.
"Tolong apa? Lepas tu kenapa sampai kau ugut aku macam tu sekali?"
Zhareef ukir senyum penuh makna.
"Carikan aku maklumat pasal minah sorang ni."
Fazli kerutkan muka.
"Minah mana pulak ni? Kau dah tersepak minah mana sampai macam ni sekali kau gesa aku." Fazli kerutkan muka tak faham.
Zhareef mula ukirkan senyum panjang. Tangan menyeluk poket seluar lalu keluarkan telefon. Tatal layar skrin dengan cepat untuk mencari sesuatu. Apabila sudah berjumpa dengan apa yang dia mahu terus ditunjukkan kepada Fazli.
Tak semena-mena terhambur tawa besar dari mulut lelaki itu sebaik melihat gambar dalam telefon Zhareef.
"Patutlah mata tu tak lepas-lepas pandang minah sorang ni. Ada makna rupanya."
Bibir Zhareef tak lekang dengan senyuman.
"Kan... untung aku ajak jumpa dekat sini kelmarin dulu. Tak sangka-sangka kau dapat jumpa bunga yang tengah kembang mekar."
Usikan Fazli tidak diendahkan Zhareef.
"Tak kisahlah kembang ke tak. Janji kau cari maklumat pasal dia."
"Alah, kacang je ni,” jawab Fazli tersengih-sengih. "Lagipun hari tu sekolah dia buat majlis kat sini kan."
Zhareef angguk.
"Tapi Reef….” Fazli pandang muka Zhareef dalam-dalam.” Takkan kau tak dengar fasal dia…. " Tak habis ayat lelaki itu apabila teringat status wanita yang dicari Zhareef.
"Kau tak payah nak kerat angin aku,” getus Zhareef tak suka.
"Kau biar betul Reef. Dia tu...."
Zhareef tunjuk muka geram.
"Kau tolong aku diam-diam boleh tak. Jangan nak ceramah aku pulak. Aku nak cepat. Aku kejar masa. Ada tiga hari lagi aku kat sini. Hari Selasa nanti aku dah nak gerak balik KL."
Akhirnya Fazli hembus nafas terpaksa. Ikutkan hati dia tidak mahu menolong tetapi mengenangkan sudah terlalu lama Zhareef mengunci pintu hatinya untuk menerima mana-mana gadis lantas dia angkat ibu jari.
Melihat Zhareef tersenyum penuh pengharapan hati dia pun terus merelakannya walau dalam kepala pelbagai rasa menerjah datang.
Ah, Zhareef.
Kerana peristiwa lalu lelaki itu tak mahukan sebarang gadis. Tak sangka bila hati dah terbuka janda pula yang lelaki itu terjatuh suka. Namun hatinya berharap Zhareef tak jadi meneruskan usaha. Tetapi dia kenal lelaki itu.
Akan berusaha sampai dapat. Itulah Zhareef As’ad bin Raisuddin.
Kena plan ya kalau nakkan sesuatu. hehe. Caiyyuk!
Share this novel