Sampai sahaja di tempat parkir Lateefa lepaskan lelah dan resah di badan kereta. Yusuf pula terus masuk ke dalam dan menilik mainan yang diberikan Zhalia. Sudah tidak menghiraukan emaknya yang berperang dengan pelbagai perasaan.
Lateefa rasa mahu sahaja undurkan masa. Kalaulah dia ada kuasa tentu dia akan nyahkan lelaki itu awal-awal lagi. Penat pula tubuhnya melayan karenah semua orang. Apatah lagi permintaan lelaki itu yang sudah dijangka.
Tetapi dia cukup pelik. Ada satu hal yang dai hairan. Perutnya tak sakit macam kat sekolah tadi. Sepanjang mereka bertemu muka tak ada pula senggugutnya menyerang.
Tidak mahu terus menyerabutkan kepala dia segera ke boot belakang dan masukkan barang dapur yang sempat dia beli di aras bawah ke dalam perut kereta. Tak sabar hendak balik ke rumah. Gara-gara pertemuan tak terduga yang bersambung sampai ke meja makan duduknya rasa tak tenang dan dia rasa diperhati orang setiap masa.
Kenapalah pertemuan ini tak bertali arus. Serasa bagaikan ianya dirancang teliti. Entah-entah lelaki itu orang jahat. Ada rancangan yang dia tidak tahu. Sengaja buat-buat terserempak dengan dia.
Mulalah kepala Lateefa nak fikir yang bukan-bukan. Tidak senang sungguh hatinya. Lain yang dia rancang lain pula yang terjadi hari ini. Dia kena balik. Mandi dan tidur barulah kepalanya ringan dan semua perkara yang berlaku senang untuk dia halau pergi.
Tangan naik ke atas hendak menutup boot kereta namun mata tiba-tiba terpandang sekaki payung hitam berjalur emas yang diam di dalam. Terus tangannya menggigil geram.
Payung Encik Zhareef. Sungguh dia lupa hendak pulangkan semula dekat sekolah pagi tadi. Lalu hatinya walang. Bagaimana hendak dihantar semula jika dia tidak tahu sebarang cara hendak menghubungi lelaki itu.
Pantas hatinya menyumpah-seranah diri sendiri. Kenapalah dia boleh terlupa. Kenapalah dia selalu tersadung. Kenapalah dia boleh terpeluk lelaki itu dan bermacam-macam kenapa menerjah masuk ruang kepala.
Masalah sekarang ini pula. Macam mana dia nak setelkan. Gara-gara tidak tahu cara hendak pulangkan payung lelaki itu dia pun tercegat di belakang kereta sedikit lama. Mencari idea sehingga tidak sedar Yusuf memanggilnya berkali-kali menyuruh segera pulang.
Kepala meneroka dan terus meneroka. Tiba-tiba dia teringat akan kad bisnes lelaki itu yang diberikan guru besar. Pantas dia masuk ke dalam kereta. Handbag di buka dan tangan gagau ke dalam mencari-cari kad bisnes lelaki itu. Nafas ditarik panjang setelah berjumpa namun kepala pula yang berkira-kira. Perlukah dia menghubungi. Tidakkah akan ternampak murah di mata lelaki itu. Tetapi dia nak pulangkan payung. Bukan nak mengayat. Lantas dengan dada berdebar-debar dia dail nombor telefon lelaki itu.
Sekali didail tidak bersambut. Tarik nafas lagi dan dail lagi. Tidak juga bersambut. Dia tekad jika kali ketiga tidak juga berjawab dia akan buang payung itu ke dalam tong sampah namun hasratnya terbantut apabila panggilan berjawab juga akhirnya.
"Maaf Encik Zhareef. Ini cikgu Lateefa." Dengan dada yang berdebar-debar dia mulakan bicara. Orang di dalam talian pula sudah tersenyum simpul.
"Ya cikgu," balas Zhareef gembira. Tangan yang digenggam di angkat ke atas dan mulut menyebut yess sekali dan sempat di tangkap Lateefa. Terdengar gembira tak terkata. Entah apa yang menggembirakan lelaki itu Lateefa tidak tahu.
Zhareef terus tersenyum bagaikan tiada hari esok. Zhalia di sebelah pula mencebik tanda menyampah.
"Ada apa cikgu?" soal Zhareef buat-buat tanya.
"Erk… maaf. Encik Zhareef dah keluar dari mall ke?"
"Ya. Kenapa?"
"Saya nak pulangkan payung encik. Terlupa nak bagi masa kat sekolah tadi."
Zhareef sudah maklum.
"Tak apa, cikgu. Saya bagi cikgu. Boleh guna masa kecemasan nanti. Lagipun saya dah jauh ni. Nak patah balik ambil masa pula."
Lateefa tidak tahu hendak balas apa lagi.
"Kalau macam tu terima kasih banyak-banyak. Moga encik dimurahkan rezeki selalu," ucap Lateefa segan.
"Ya, moga murah rezeki saya untuk berjumpa dengan cikgu lagi."
Kata-kata lelaki itu buat Lateefa berasa kesal kerana menghubungi.
"Assalamualaikum." Tanpa membalas kata-kata lelaki itu Lateefa terus memutuskan talian. Dia tidak menunggu lama terus memandu keluar dari mall. Tanpa dia sedari lelaki yang dihubunginya masih ada dan sedang memerhati gerak-gerinya tidak jauh dari situ.
"Sukalah tu," cebik Zhalia menyampah.
"Kan, abang Reef dah cakap. Tak perlu bersusah payah nak minta nombor telefon dia. Free je abang dapat." Sengih Zhareef.
Zhalia mencebik lagi dan Zhareef tatal layar skrin telefon. Buka galeri dan tunjuk gambar Cikgu Lateefa yang sempat dia tangkap sewaktu wanita itu berjalan masuk ke dalam restoren. Bukan itu saja. Ada dua tiga keping lagi gambar semasa di sekolah. Memang menyempat betul abangnya buat kerja.
"Ada orang tu datang Terengganu terus jadi gila bayang. Balik rumah umi nanti jangan sampai umi syak yang bukan-bukan, abang Reef," pesan Zhalia dan Zhareef hanya beri senyuman panjang. Lihat gambar wanita itu lama dan Zhalia hembus nafas geram.
"Abang Reef ni betul-betul dah ter fall in love dekat Kak Atee ke?" tanya Zhalia meminta kepastian.
Zhareef hanya senyum. Tidak mahu menjawab pertanyaan si adik. Sebaliknya dia mula memandu keluar dari mall dengan tekad akan terus berusaha memenangi hati perempuan dambaannya.
Yess! Itu je dulu ya.
Share this novel
Menarik..x sabar tggu sambungannya