Suara ketukan pintu terus terdengar
"Assalamualaikum encik kami dari Jabatan Agam Islam sila bukak pintu" suara seseorang terdengar diluar
Iman yang didalam terdiam saat Faiq mengeluh. "Cikguu" Iman bukak mulut meminta faiq bukak pintu
Faiq terpaksa bukak.
" Assalamualaikum Encik kami dari Jabatan Agama Islam mendapat laporan anda berduaan bersama yang bukan muhrim. Bolehkah kami masuk" kata lagi seseorang bila terlihat Faiq didepan pintu, Iman dah tahu siapa yang buat laporan,Mirza yang lapor sebab ini sebahagian dari rencana.
Faiq membenarkan Mereka masuk. mereka terlihat Iman yang sedikit jauh dari mereka berhampiran katil. Faiq dan Iman diminta untuk menelefon keluarga atau orang terdekat. Faiq menelefon rakan rakan nya kerana takmungkin untuk menelifon keluarga. Iman? Dia masih termenung, berpikir untuk menelefon siapa.
setelah beberapa minit rakan rakan Faiq pon sampai. 5 orang semuanya. 3 orabg guru Iman. Qairul melihat seorang gadis ditepi katil sedang termenung. dia mendekati Faiq.
"Apa yang terjadi ? Sape gadis kecil tu? " Tanya Qairul pelik sambil menunjuk Iman.
" Pelajar aku , Iman" jujur Faiq
" Apa!!! " Terjah Rakan rakannya, Faris, Amin , Tazrif dan Fazro.
" Ehhh!? itukan pelajar kita Iq? Apa dia buat kat sini? How can? " Tanya Amin bertalu talu.
" Nanti la cerita, bila semua dah selesai " Jawap Faiq yang bersandar didinding yang jauh dari Iman.
Iman tersadar dari lamunan kerana pekikan guru - gurunya faris Amin dan Fazro. Terus terdiam, hingga satu suara menyapa.
" Cik , dimana saksi atau keluarga? " Tanya pengawai perempuan itu. Faiq dan rakan rakan menatap Iman, Iman tergagap untuk jawap.
" err Saya..Saya takde keluarga, emm saksi diluar negeri "
Faiq terkejut bila tahu Iman yang tiada keluarga.
Perkahwinan masih diteruskan, Faiq terpaksa menikah dengan gadis berumur 17 tahun. Tanpa dia memikirkan tentang ini. Dia terus memikirkan Hajar selama akad dilangsungkan. Cincin disarung.
Setelah itu pengawai berangkat.
Dibilik air Iman lega kerana apa yang diingini semua selesai. Tapi dia rasa bersalah bila mendengar kata kata rakan faiq.
Di sofa Bilik hotel
" Isteri kau camne? " tanya Amin
" Hajar tahu ke? kau bagitahu? " tanya Tazrif
"Aku taknak dia sedih. Aku takkan bagitahu" Sambut faiq
"Bistu Iman? kau kene bawak balik Iman. Dia dah jadi Isteri kau" terus Fazro.
" Akuu.." Takde sambungan dari Faiq, sebab dia masih rimas. dia tak terfikir pasai ini.
" kau rasa sapa punya kerja " Tanya Faris
" TAH LA, AKU TAK FAHAM, APAHAL IMAN, BUDAK LAGI TU, BELAJAR PON TAK ABIS. " Teriak Faiq satu bilik dengar. Iman yang terdengar terluka melihat cikgunya begitu. Ye cikgu. Iman patut sedar, Kebahagiaan Orang yang dia cinta adalah kebahagiaan Iman. Iman keluar Bilik air
" Cikgu" Iman terpaksa bukak mulut. Lagipon Iman taknak tinggal sekali, iman tak terfikir pon soal itu.
Semua mata tertumpu pada Iman
"Cikgu, Iman tinggal di tempat Iman, boleh tak? Still jadi murid walaupun kat luar sekolah. em ki.. ki.. kita tak tinggal sekali.. lagipun takkan ada yang tahu. Bo.. boleh kan? " Umm
Faiq yang terkejut akan permintaan Iman, Terus berdiri. Dan berkata, " Tidak" Iman terkejut dan maju dua langkah dengan berani
"Kenapa?" tanya Iman bodoh ' kenapa? ' pikir Iman seperti tidak tahu apa apa.
" sebab kamu dah jadi tanggungjawap saya, apa apa jadi dekat kamu, tanggungjawap saya. Lagipun takda alasan untuk kamu tinggal ditempat lain. Saya akan jaga kamu.." terang faiq, tapi dipotong Iman
" Ada! Ada alasan! saya ada Umi ada Wali mereka akan jaga saya, saya. Tanggungjawap mereka!!. " marah Iman sedikit menjerit " Lagipun, tak jadi apa apa pun tadi" suara Iman sedikit mengendur.
Qairul yang mendengar dari memerhati terus bangkit dan bertanya " Sapa Umi sapa walid? "
" Wali!!! " Marah Iman dengar kawan cikgu sebut salah
" ye laa sape mereka? tadi kamu kata kamu takde keluarga. Potong Tazrif
" Terserah la sape mereka. yang penting IMAN. Taknak. Tinggal. Se. Ka. Li . Titik. " Tekan Iman pada kata katanya.
" TAKBOLEH IMAN" tegas faiq maju beberapa langkah. Iman jadi takut dan berundur 2 langkah.
" Kenapa? "
" Kalau betul tadi tak jadi apa apa, kenapa kamu jerit ? " Tanya faiq penuh penekanan
" Hahh?!! " Terdiam Iman. " Ah ! Takkesah. Iman taknak, jangan paksa Iman" Iman terus berlari keluar dan tak pusing belakang.
" IMAN!! Jerit Faiq Panggil Iman. Semua disitu bangun dari duduk.
" Sabar Iq" Kata Fazro mendekat dan memegang bahu Faiq. Memberi kekuatan.
" Sekarang??" tanya semua
" Aku akan beri dia masa, sambil tu kita siasat sape punya keje. " Jawap Faiq
" Okay" Jawap mereka lagi. penurut sangat
" Haa? Beri masa? kau serius nak suh dia tinggal dengan kau? yang macam singa ni? " tanya Qairul
"Singa? " Tanya faiq terkejut dapat gelaran baru. sebelum ni orang panggil dia Ais sebab dingin.
" Ye la. Tengok tadu, kau siap marah dia kat depan kitaorang, kitaorang pun seram. Ni kan budak tu?. Penuh penekanan
" ahahahaha" Gelak semua pada Faiq.
Restoran Sea Food. Dimana geng zahid dan Mimi berkumpul. Untuk dengar berita dari Iman. Terlihat Iman yang batu turun dari Taxi.
" Iman? " Terkejut Mimi melihat Iman tergopoh gopoh. " Apa kau buat kat sini, kata tadi Videocall "
" Zahid !!! " Tengking Iman, tersedak Zahid yang sedang Minum, semua lihat Iman yang marah. Dan kembali lakukan kerja mereka kembali.
" Apaa " Sahut Zahid santai.
" Asau kau tak bagitahu aku kena tinggal dengan dia hah ? "
" Aikk!! "Semua terkejut
" Apa kau ni " Mimi tanya
"Kau tak tahu ke" Hakim tanya pulak
"Wajib la suami Isteri " Mirza pulak
"Kau tak tahu? " Aniq bersuara sambil tergelak
"Iman iman " Haris pasrah sambil ikut tergelak
"Kau sembang Macam tahu , Haduiiii " Zahid tak percaya
" Tah tah kau tak tahu tugas isteri !!? " Serentak mereka bertanya
" Tugas isteri? " Tanya Iman sambil duduk di kerusi yang kosong " Bukan sama ke macam jaga bayi. Masakkan , teman makan, tidurkan ajar pasal agama, macam biasa " jawap Iman tak salah
" IMANNN!!! " Marah semua.
Share this novel