BAB 25

Drama Completed 192

KHAZANAH YANG TINGGI NILAINYA

Warisan dan budaya adalah khazanah yang tinggi nilainya. Andainya hilang maka ia sukar untuk dicari ganti. Kalau ditemui penggantinya sekalipun tidak sama dengan yang dinamakan sebagai warisan dan budaya. Justeru itu maka ia perlu dipelihara dan dikekalkan sentiasa.

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa arus pembaharuan berlaku dengan begitu pesat pada hari ini. Namun begitu kita tidak membiarkan warisan dan budaya lenyap begitu sahaja,” kata Juharizan. Seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan warisan dan budaya.

Pandangannya itu lalu disokong oleh Irwan seorang penyelidik bebas bidang yang berkaitan dengan warisan dan budaya.

“Saya amat bersetuju sekali dengan apa yang Saudara Juharizan katakan tu!” ujarnya sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Sebagai pencinta warisan dan budaya kita harus berjuang agar timbul kesedaran di kalangan generasi muda agar menghargai dan menghayatinya,” tambah Irwan lagi.

Irwan dan Juharizan adalah antara peserta yang menyertai Seminar Warisan dan Budaya : Khazanah Yang Tinggi Nilainya anjuran Jabatan Warisan Negara. Ia berlangsung selama sehari di salah sebuah hotel yang terkemuka di Kuala Lumpur. Pembentang kertas kerja dalam seminar ini adalah terdiri daripada ahli-ahli akademik dan pakar-pakar dalam bidang warisan dan budaya.

Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa mengepung seluruh tempat jamuan bagi peserta yang menyertai program keilmuan ini. Tujuan utama seminar ini diadakan oleh Jabatan Warisan Negara adalah untuk memperkasa dan memartabatkan segala warisan dan budaya yang terdapat di negara ini.

“Amat mengecewakan sekali apabila kita melihat generasi muda pada hari ini tidak mempunyai kesedaran betapa pentingnya menjaga dan mengekalkan warisan dan budaya,” ucap Juharizan.

“Kita harus membangkitkan semangat ke dalam diri mereka agar mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap warisan dan budaya. Ia boleh dilakukan dengan melibatkan mereka melalui pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan dengannya,” Irwan menambah.

“Satu cadangan yang amat baik dan saya amat menyokongnya, Saudara Irwan. Rasa kecintaan pasti akan lahir dalam diri mereka terhadap warisan dan budaya apabila menyertai program dan aktiviti yang berkait rapat dengannya. Selain daripada itu juga mereka juga akan berasa bangga kerana dapat mewarisi warisan dan budaya kehidupan yang ditinggalkan datuk nenek moyang mereka yang terdahulu,” ulas Juharizan pula sebaliknya dengan penuh panjang lebar.

“Penerbitan buku dan video berkaitan warisan dan budaya perlu diperbanyakkan sebagai ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya generasi muda.” Irwan merancakkan lagi perbincangannya dengan Juharizan berkenaan betapa pentingnya mengekalkan warisan dan budaya yang dimiliki negara ini.

“Warisan dan budaya turut berperanan sebagai pemangkin kepada penggalakkan industri pelancongan. Selain daripada datang untuk menikmati keindahan suasana kawasan peranginan dan melawat tempat-tempat bersejarah yang menarik pelancong juga dapat melihat warisan dan budaya yang diamalkan oleh rakyat di negara ini. Sudah pastinya ia akan menjadi buah mulut untuk dibawa pulang ke negara mereka nanti. Keunikan warisan dan budaya yang terdapat di negara ini pasti akan menarik minat kepada mereka untuk datang semula ke negara ini bersama dengan saudara-mara dan sahabat handai,” Juharizan berkata.

“Keunikannya jelas dapat dilihat pada pakaian, makanan, tarian, muzik, perkahwinan dan sebagainya. Menerusi warisan dan budaya juga dapat menyatukan semua kaum di negara ini. Apabila rakyat terdiri daripada berbagai agama dan keturunan maka terdapat bermacam kebudayaan yang diamalkan. Sebagai rakyat kita berasa amat bertuah sekali bukan sahaja dapat hidup dalam negara yang penuh sejahtera dan makmur malahan mempunyai pelbagai budaya dan adat untuk dikongsi bersama,” sambut Irwan.

“Saya amat tertarik dengan kertas kerja yang dibentangkan Profesor Dr. Khalid Adam dalam seminar tadi di mana beliau menyatakan bahawa warisan dan budaya yang kita miliki adalah begitu cantik dan indah sekali. Sekiranya ia hilang pada satu hari nanti maka hidup kita akan diselubungi dengan kegelapan dan akan menangisinya sentiasa,” Juharizan berkata.

“Bagi saya untuk memastikan ia tidak hilang maka jabatan-jabatan dan agensi-agensi bersama dengan persatuan-persatuan yang berkaitan perlu menjalinkan kerjasama erat agar warisan sejarah dan budaya sentiasa dilindungi dan pengamalannya diteruskan dari satu generasi ke satu generasi,” tambah Irwan.

“Penubuhan kelab warisan dan budaya juga perlu dipergiatkan di sekolah-sekolah. Ia sebagai langkah awal untuk menanamkan rasa kecintaan yang tinggi di kalangan para pelajar terhadap apa yang dikatakan sebagai warisan dan budaya. Bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Juharizan memberikan pandangan.

“Memang menarik sekali cadangan Saudara Juharizan itu!” angguk Irwan dengan pantas.

“Sebagai tambahan dengan apa yang Saudara Juharizan nyatakan tadi bahawa perlunya ditanamkan semangat yang tinggi ke dalam diri setiap bangsa supaya sentiasa menjaga warisan dan budaya. Ini kerana bangsa yang sentiasa meletakkan warisan dan budaya di tempat yang sewajarnya akan selalu dihormati dan dikagumi bangsa lain,” dia menyambung lagi.

“Peradaban dan ketamadunan yang setelah sekian lama wujud melalui warisan dan budaya adalah sebahagian daripada hidup kita sebagai rakyat di negara itu. Jadi kita perlu menjaga warisan dan budaya seperti menjaga harta kita sendiri. Di samping itu juga adalah diharapkan kerajaan akan dapat menyalurkan peruntukan kepada setiap negeri bagi pembinaan sebuah kompleks khas agar masyarakat terutamanya generasi muda dapat menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan warisan dan budaya pada setiap masa. Ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah malahan juga dapat mengimarah dan menyemarakkan lagi warisan dan budaya itu sendiri,” nyata Juharizan.

“Saya yakin menerusi pelbagai usaha dan langkah yang dijalankan semua pihak warisan dan budaya akan hidup subur dan kekal buat selama-lamanya,” Irwan berkata.

Demikianlah resolusi yang dicapai bersama Juharizan dan Irwan. Mereka kemudiannya lalu mengatur langkah masuk semula ke dalam dewan untuk mendengar kertas kerja yang akan dibentangkan penceramah seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience