Namaku Nurul Izati Bte Rasidi tahun ini umurku 21 tahun. Lagi 2 bulan aku akan di ijab kabulkan dengan insan yang sangat aku cintai. Namanya Izani bin Ismail.
Aku berkenalan dengan Izani baru 4 bulan.Seperti cepat sangatkan kami nak berkahwin. Ya aku pun merasakan macamtu juga. Kami kenal semasa dia datang ke cafe tempat ku bekerja. Dia sering datang ke cafe. Mulanya Izani meminta nombor telefon ku. Aku pun memberi nomborku. Kemudian dia juga memberiku nombor telefonnya.
Selepas itu Izani sering menefonku. Izani memiliki sebuah gym tak jauh dari cafe tempat ku bekerja.
Kekadang aku dan dia akan melepak di gym tersebut.
Selepas 2 bulan perkenalan kami satu hari Izani memberitahu tahu ku bahawa ia menyukai ku dan ingin menjadikan ku isterinya. Tentu la aku merasa gembira belum pernah lelaki melamarku.
Sebelumnya aku pernah berkawan dengan seorang lelaki bernama Akmal. Kami berkawan dah lama dari sekolah. Tapi tiba-tiba dia berubah dan menjauhi dari diriku.
Aku tak kisah pun sebab aku sedar diri. Kerana aku dan Akmal tak mungkin boleh bersama kerana aku dan Akmal jauh bebeza. Keluarganya pun tidak menyukai diriku. Akmal pelajar kelas pandai tapi aku pelajar kelas belakang saja. Keputusan peperiksaan aku pun cukup-cukup makan ja. Akmal pula antara pelajar yang cemerlang keputusannya.
Orang tua Izani sudah pun berjumpa dengan keluargaku untuk berbincang tentang berkahwinan kami. Atas kehendak keluarga Izani kami langsung bernikah tanpa perlu bertunang. Perjumpaan pertama kali ini di anggap seperti bertunang juga la.
Izani sudah tidak mempunyai ayah. Hanya ibunya saja yang masih ada. Izani mempunyai seorang kakak yang sudah berkahwin dengan warga asing. Ibu Izani mempuyai sebuah restoran yang agak terkenal.
Ibu izani bernama Ramlah umur dalam lingkungan 60an. Izani pula berumur 29 tahun. Dari cerita ibunya Izani. Izani mempuyai sebuah Syarikat pembinaan di warisi dari ayahnya. Ayah Izani meninggal sudah 5 tahun.
Ibuku bernama Haliza. Ayahku pula bernama Rasidi. Aku mempuyai seorang adik dan seorang abang. Abangku bernama Hafis berumur 23 tahun,bekerja sebagai angota tentera. Manakala adikku Hilal tahun ni baru nak ambil ujian SPM.
Share this novel
aduiii sya pula yg tertnya2 ahaha
knp pulak ni..knp dgn izani..aduh..suspen betullah...
knp pulak ni..knp dgn izani..aduh..suspen betullah...