Aku sampai di rumah ibuku hampir pukul 10.00 malam. Aku melihat lampu masih terpasang bermakna orang di dalam rumah masih belum tidur lagi. Aku berhentikan kereta dan mematikan enjin keretaku.
Lalu aku pun keluar dari dalam kereta. Dan melangkahkan kakiku menuju ke depan rumah ibuku. Aku pun menekan loceng di tepi pagar. Dan orang gaji ibuku membuka pintu pagar. Dan aku pun masuk ke dalam rumah.
Aku lihat di dalam rumah ada ibu dan anak kakak ku. Mereka berdua berada di ruang tamu. Aku menghampiri ibu dan menyalaminya.
"Zani hang datang sorang ja. Mana Zati?" tanya ibuku.
"Zati tak ikut, dia ada hal dekat rumah keluarga dia" kataku.
"La,kenapa hang tak ikut Zati ja" kata ibuku.
"Malas la, mak mana kakak dan abang" tanyaku.
"Kakak dan abang hang depa keluar. Rumah kawan depa ada buat jamuan hari ni"kata ibuku.
"Tak pa la mak. Zani masuk bilik nak tidur, letih sangat hari ni" kataku.
"Pergi la tidur,mak nak tunggu kak Hana dan suami dia balik dulu." kata ibuku.
Aku pun pun berjalan menuju kebilik yang aku diami bila datang ke rumah ibuku. Fikiran ku agak kusut kerana memikirkan isteriku. Dan Azlan yang selalu menganguku akhir-akhir ini.
Macam mana harus aku selesaikan masalah aku ini. Aku mesti lari dari Azlan aku tak mahu ada hubungan dengan Azlan lagi. Esok aku kena bagi tahu pada ibu dan kak Hana masalah aku ni. Supaya mereka berdua dapat mebantuku keluar dari masalah ini.
Malam ini begitu susah bagi ku untuk melelapkan mata. Kerana aku terlalu banyak berfikir. Tiba-tiba aku teringat aku masih belum sembahyang isyak lagi.
Aku pun bangun dan membersihkan diri. Dan aku juga mengambil wuduk untuk menunaikan sembahyang fardu isyak.
Selesai sembahyang isyak aku juga melakukan sembahyang sunat taubat. Untuk meminta ampun padanya yang maha kuasa. Aku memohon perjalanan untuk aku berubah di permudahkan. Air mataku tanpa disedari mengalir. Kerana aku sedar sudah terlalu banyak dosaku.
Aku juga berharap dapat di temukan kembali dengan isteriku. Aku ingin menyangginya dan akan cuba membahagiakan isteriku.
--------------
Paginya aku bangun pukul 6.30. Aku membersihkan badan dan mengambil wuduk untuk menunaikan sembahyang subuh. Setiap kali aku berdoa, aku bermohon supaya isteriku izati dan kandungannya sentiasa di beri kesihatan dan baik-baik sahaja.
Selesai sembahyang aku pun keluar dari bilik. Aku melihat ibuku sedang sibuk membantu orang gaji di dapur. Di rumah ini ada seorang saja orang gaji. Namanya Bedah, dia orang tempatan. Kerana ibuku lebih selesa dengan orang tempatan dari orang luar.
Bedah sudah lama bekerja dengan ibuku. Dari anaknya kecil- kecil lagi. Bedah umurnya dalam lingkungan 50 an. Dia bekerja di rumah ibuku hampir sepuluh tahun lebih.
Keluargaku sudah anggap makcik bedah seperti keluarga sendiri. Bila kami makan makcik Bedah pun akan makan bersama kami sekali di meja makan.
Aku pun pergi ke arah dapur dan duduk di bangku meja makan. Ibu dan makcik Bedah memadangku.
"Awal Zani bangun hari ni" kata ibuku.
"Zani terjaga awal jadi bangun la awal" kataku.
"Zani ada masalah ya dengan Izati" kata ibuku.
" Mmm entah la mak,ada masalah sikit ja" kataku.
Tak lama kemudian kakakku dan suaminya serta anaknya datang duduk di bangku meja makan. Sarapan pun sudah siap lalu kami pun makan bersama. Suami kakakku selepas sarapan terus bertolak pergi kerja. Manakala anak saudaraku bernama Fatin pula di hantar oleh kakakku ke sekolah.
Selesai sarapan aku duduk di ruang tamu. Hari ini aku tidak ingin masuk kerja. Ibu datang ke arah aku lalu duduk di sofa sebelahku.
"Zani ada masalah apa dengan Zati. Beritahu la mak." kata ibuku.
Aku jadi serba-salah ingin memberitahu masalahku bersama Izati.
"Mak sebenarnya, Zati dan keluarganya sudah tahu tentang hubungan sonsang Zani dengan Azlan masa dulu" kataku.
"Kenapa, mereka tak boleh terima Zani ke" tanya ibuku.
"Zati dan keluarganya minta Zani mencerai zati. Tapi zani tak akan menceraikan isteri Zani" kataku
"Tapikan Zani dah berubah,kenapa mereka tak boleh terima" kata ibuku sambil mengalirkan air mata.
"Ya,Zani memang nak berubah tapi Azlan selalu datang cari Zani. Zani sendiri tak tahu nak buat macam mana lagi. Zani tahu ni semua salah zani" kataku.
"Zani kena pergi jauh dari Azlan. Tolong la jangan dekat dengan Azlan lagi" kata ibu. Ibu menangis dan tiba-tiba ibu pingsan tak sedarkan diri.
"mak,mak." kataku.
Aku memanggil makcik Bedah untuk membuka pintu. Lalu aku mendukung ibu menuju ke kereta. Selepas makcik Bedah membuka pintu kereta. Aku pun meletakkan ibu di dalam kereta dan memandu menuju ke hospital.
Share this novel