"Sayang boleh abang nak pegang perut sayang" kata Izani.
Mulanya aku hanya terdiam tak memberi reaksi apa pun. Melihat aku tidak memberi reaksi tangan Izani perlahan-lahan menyentuh perut yang sudah kelihatan sedikit.
"Sayang duk dalam elok-elok tau,jangan susahkan mama" kata Izani. Sambil mengusap- gusap perutku.
Entah kenapa hatiku terasa sedikit bahagia kerana sudah lama aku tidak di belai dan di sentuh oleh Izani suamiku. Tapi aku cuba buang perasaan aku itu.
"Ada apa yang abang nak jelaskan tentang gambar abang dengan pasangan gay abang tu" tanyaku.
"Abang dah tak berhubung dengan Azlan tu. Abang ingin berubah dan akan cuba bahagiakan sayang" kata Izani.
"Boleh ke orang jenis macam abang ni berubah. Lagi pun Zati ada baca mesej whatsap dari Azlan dekat telefon abang. Azlan kata abang kahwin dengan Zati sebab nak zuriat" kataku.
"Tak, semua tu tak betul sayang. Abang kahwin dengan Zati pada mula untuk gembirakan mak abang. Sebab abang memang nak berubah. Tapi lama-lama abang jadi jatuh cinta pada sayang" kata Izani.
"Tapi kenapa abang masih berhubung dengan Azlan" tanyaku.
"Azlan berhubung dengan abang kerana nakkan duit abang. Sebab tu abang datang ke negeri ni supaya tak di ganggu lagi oleh Azlan. Abang tak sangka rupanya sayang pun ada di negeri ni. Tolong balik kembali ke sisi abang"kata Izani.
"Bagi Zati fikir dulu. Hari dah mangkin larut malam ni,Zati nak balik dulu" kataku sambil bangun dan berjalan ke arah Hidayah dan Firdaus.
"Daus,Dayah jom balik" kataku ketika menghampiri Firdaus dan Hidayah. Hidayah dan Firdaus pun bangun dari bangku dan berjalan keluar dari taman tersebut bersamaku.
Sampai di rumah,aku dan Hidayah pun masuk ke dalam rumah membawa barang yang kami beli tadi. Sementara Firdaus terus pergi ke belakang rumah menuju ke rumah yang ia diami.
Masuk ke dalam rumah aku pun menyusun barang-barang yang di beli tadi. Hidayah pula masuk ke dalam biliknya. Selesai menyusun barang yang di beli tadi aku pun pergi masuk ke dalam bilikku.
Malam ni aku agak susah untuk melelapkan mataku. Kerana kepalaku asik memikirkan pertemuan ku dengan Izani tadi. Benarkah Izani betul-betul nak berubah atau hanya sekadar untuk menyedapkan hatiku saja.
--------
Pagi ini aku membantu kak Hasnah memasak. Kerana hari ini aku,Hidayah dan Firdaus akan pergi berkelah di pantai. Siap masak apa yang patut aku pun meletakkan masakkan tersebut di dalam bekas.
Dalam pukul 9.00 pagi kami pun bertolak pergi ke tepi pantai untuk berkelah. Sampai di kawasan pantai Firdaus pun memakir kereta dan kami pun keluar dari kereta. Kami pun cari tempat yang sesuai untuk meletakkan tikar kecil yang kami bawa.
Sudah jumpa tempat yang sesuai Firdaus pun menghamparkan tikar tersebut di bawah sepohon pokok. Selesai menghampar tikar aku dan Hidayah pun meletakkan makanan yang kami bawa.
"Dayah nak pergi mandi laut dulu la" kata Hidayah.
"Pergi la tapi hati-hati tau" kataku.
"Ok" kata Hidayah. Lalu Hidayah pun pergi ke arah air laut. Aku memerhatikan saja Hidayah.
"Saya pun nak mandi air laut juga la. Sebab dah lama tak mandi air laut. Zati tak mahu pergi mandi air laut sekali" kata Firdaus.
"Zati tak mahu la. Firdaus pergi la,sambil tu boleh tengokkan Hidayah tu sekali." kataku.
"Ok,Daus pergi dulu" kata Firdaus lalu ia pun pergi menuju ke arah air laut.
Aku hanya melihat Firdaus dan Hidayah berenang di dalam air laut. Mereka berdua nampak sangat seronok. Hati aku juga teringin nak berenang seperti mereka berdua. Tapi aku tak pandai berenang.
Sedang aku ralit memerhatikan Hidayah dan Firdaus tiba-tiba aku merasakan ada seseorang menghampiri ku dari belakang. Aku pun menoleh ke belakang dan orang itu adalah Izani.Izani pun menghampiri dan duduk di sampingku.
"Macam mana abang tahu Zati ada dekat sini" tanya ku.
"Abang datang sini nak tengok projek usahasama abang dekat sini. Selesai melihat projek tersebut abang berjalan di kawasan pantai ni. Tiba-tiba abang ternampak sayang dekat sini." kata Izani.
Izani memadang wajahku. Aku jadi tak keruan dan rasa malu bila matanya memadang ke arah wajahku.
"Kenapa pandang muka Zati macam tu?" tanya ku.
"Saja nak melepas rindu pada sayang. Muka sayang ni la yang selalu menceriakan hati abang. Zati tak rindu abang selama ni" tanya Izani.
Aku terdiam mendengar pertanyaan dari Izani. Tapi mulutku seperti gatal untuk mengatakannya.
"Tak rindu pun"kataku. Walau pun selama ni aku memang merindu Izani tapi aku tak mahu dia tahu.
Izani terdiam mendengar jawaban ku. Tapi matanya asik memadang ke wajahku saja. Jadi rimas pula aku rasa bila mata Izani terlalu ralit memadang wajahku.
Tak lama kemudian Hidayah dan Firdaus keluar dari air laut dan menghampiri ku dan Izani.
"Heh, Encik Izani pun ada" kata Firdaus.
"Saya ada urusan kerja dekat sini. Sedang saya berjalan untuk melihat pemadangan air laut saya ternampak Izati sedang duduk seorang diri di sini." kata Izani.
"Kalau macam tu mari la kita makan sama-sama" kata Hidayah sambil mengambil pinggan plastik.
Kami berempat pun makan makanan yang telah aku bawa dari rumah tadi. Selesai makan Firdaus dan Hidayah pun pergi ke tandas berhampiran untuk menukar pakaian. Tinggal la aku berdua dengan Izani.
"Sayang bila jadual nak pergi klinik kandungan. Kalau boleh abang nak temankan sayang" kata Izani.
Aku terdiam, di hatiku agak bergolak memikirkan bolehkah orang seperti Izani ni berubah. Tapi di sedut hatiku ada juga ke inginan untuk di temani suami seperti pasangan lain bila ke klinik.
"Rabu minggu depan" kataku.
"Nak abang ambil sayang ke rabu depan" tanya Izani.
"Tak payah, abang tunggu ja dekat klinik. Nanti Firdaus akan hantar Zati ke klinik" kataku.
"Tak pa abang akan tunggu sayang dekat klinik." kata Izani.
Selepas Firdaus dan Hidayah siap menukar pakaian. Kami pun mengemas bekas-bekas makanan tadi untuk pulang. Izani juga membantu kami. Selepas aku,Hidayah dan Firdaus masuk ke dalam kereta. Firdaus pun menghidupkan enjin dan memandu keluar dari kawasan pantai.
Share this novel