Bab 7

Romance Completed 17198

Hari ini aku pulang kerja seperti biasa. Aku sampai di rumah jam 5.30 petang. Aku melihat pintu rumah masih berkunci. Tapi motor scuter isteriku ada di garaj.

Lalu aku mengambil kunci untuk membuka pintu rumah. Dalam rumah agak sunyi. Dan aku tak melihat isteriku Izati. Kemana agaknya Izati ni. Aku pun naik tangga untuk ke bilik. Aku membuka pintu bilik, aku melihat barang-barang isteriku di atas meja tidak ada.

Aku cuba menelefon isteriku Izati tapi tidak aktif nombornya. Lalu aku pun mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Selesai mandi aku pun membuka almari baju untuk mengambil pakaianku.

Ketikaku membuka almari baju. Aku perasan pakaian isteriku banyak tidak ada. Aku hairan juga. Aku cuba lagi menelefon Izati tapi tetap tidak aktif nombornya. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan isteriku Izati.

Jam sudah pukul 9.00 malam tapi isteriku masih tidak juga muncul. Aku rasa seperti ada sesuatu tak kena. Jadi aku mengambil keputusan pergi rumah mentuaku.

Dalam pukul 10.00 malam aku sampai di rumah mentuaku. Aku pun memberhentikan kereta dan mematikan enjin. Lalu aku pun keluar menuju di depan rumah mentuaku. Lalu aku memberi salam.

"Assalamualaikum." kataku.

Tak lama kemudian adik iparku Hilal menjawab salamku.

"Walaikumusalam." jawab Hilal sambil membuka pintu untuk ku.

"Hilal, kak Zati ada dekat sini tak?" tanya ku.

"Kak Zati tak dak dekat sini" kata Hilal.

"Mak dengan ayah ada tak" tanyaku.

"Masuk la, mak dan ayah ada dekat dalam." kata Hilal.

Aku pun masuk ke dalam rumah mentuaku. Aku melihat kedua orang tua isteriku sudah berada di ruang tamu. Aku pun menyalami mereka. Tapi mereka seperti tidak ingin menyalamiku.

Melihat reaksi ke dua mentuaku. Hatiku merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Ayah tahu tak Zati pergi mana" tanyaku.

"Aku nak hang ceraikan Zati" kata ayah mentuaku. Aku terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ayah Izati.

"Kenapa pula, kami baru ja kahwin. Lagi pula kami tak pernah bergaduh" kataku.

"Ya memang hang tak pernah bergaduh. Tapi hang suka lelaki sama lelaki. Sungguh menjijikan" kata ayah mentuaku. Aku terkejut mendengar kata-kata tersebut.

"Itu dulu sekarang saya dah berubah. Saya dah tinggal semua tu" kataku.

"Aku tak nak nanti Zati dapat penyakit hidup dengan hang" kata mentuaku.

"Saya sungguh-sungguh sayangkan Izati. Tolong la beritahu dekat mana dia" kataku.

"Kami tak kan pernah bagi tahu di mana Izati berada. Jangan sekali-kali hang pergi cari Zati. Aku minta hang ceraikan Zati" kata ayah mentuaku.

"Saya tak akan ceraika Zati. Walau pun nyawa saya jadi taruhan" kataku. Lalu aku bangun dan keluar dari rumah mentuaku.

Di dalam kereta fikiran aku tertanya-tanya dari mana mereka dapat tahu tentang kisah lampau aku. Sampai di rumah aku naik ke bilik tapi aku perasan bilik sebelah yang ku kunci dengan mangga yang sudah lama tak ku buka.

Bilik tersebut penuh dengan kenangan yang cuba aku tinggalkan. Aku turun ke bilik bawah untuk mengambil anak kunci. Selepas aku mengambil anak kunci tersebut aku pun pergi ke bilik yang berkunci dengan mangga. Aku pun membuka mangga tersebut dan membuka pintu bilik tersebut.

Aku membuka suis lampu dan aku melihat ada album gambar di lantai tepi meja. Hari tu aku sudah simpan album gambar di dalam laci meja yang ada di dalam bilik ni.

Aku melihat album gambar terselak di bahagian gambar ku bersama dengan Azlan tanpa memakai baju. Aku dapat merasakan Izati telah melihat album gambar tersebut. Izati juga mungkin telah masuk di dalam bilik ini.

Aku kenal Azlan sudah hampir 8 tahun semasa belajar di salah satu IPTS. Azlan yang selalu membantu bila aku di buli. Azlan memang sangat baik pada aku.

Wajah Azlan agak seperti mat saleh sikit. Kerana dia anak kacukan. Tapi ibu dan ayahnya sudah bercerai. Ibunya yang banyak menangung keperluan mereka sekeluarga. Azlan juga ada adik lain ayah. Ibunya selepas berpisah dengan ayahnya berkahwin lain. Tapi tak lama selepas adik perempuannya lahir ibunya bercerai pula.

Azlan juga selalu meminjam duit padaku. Walau pun dia tidak pernah pun mengantikan duit yang ia pinjam. Aku tak kisah sangat.

Sampai la satu hari dia mengajak aku pergi bercuti berdua dengannya. Aku pun setuju dan kami menyewa 1 bilik hotel. Pada malam itu tiba-tiba dia membuat sesuatu yang tidak masuk akal padaku.

Dia mula merabaku dan mencium mulutku. Aku agak terkejut dengan tindakannya. Ia juga membisikkan kata-kata cinta. Ia juga memasukkan sesuatu pada duburku. Aku merasa sangat sakit tapi aku tak mampu buat apa-apa kerana badan Azlan lebih besar padaku. Dan agak sasa. Dia juga selalu pergi gym.

Dulu masa aku masih berlajar badanku agak kurus. Selepas kejadian itu aku semangkin rapat dengannya. Dia juga sering meminjam duit padaku.

Azlan juga ada kawan yang sama jenis sepertinya. Kawan-kawannya itu yang selalu mengambil gambar kami berdua.

Perasan aku berubah menjadi sayang dan cinta padanya. Dan aku kerap melayani nafsu sonsangnya itu. Lama-lama aku dah terbiasa dengan semua itu.

Bila kami habis berlajar ia pernah tinggal di rumahku. Rumahku ini memang telah lama ayah membelikan untukku. Azlan pun tinggal di di bilik atas. Bilik yang ku kunci dengan mangga itu pernah menjadi bilik Azlan.

Azlan hanya tinggal secara percuma. Setiap hari aku akan membuat sarapan untuknya dan akan memasak untuk makan malam bersamanya. Kekadang bila nafsu sonsangnya datang ia akan masuk ke dalam bilikku. Aku juga seperti terbuai dengan mainannya.

Hampir 3 tahun Azlan tinggal di rumahku. Suatu hari tanpa di duga ibuku datang bersama kakak ku. Dan aku lupa mengunci pintu bilik dan ibu dan kakakku masuk secara mengejut. Dan mereka melihat Azlan menidihku dan melakukan perbuatan tekutuk itu.

Ibu dan kakakku menghalau Azlan keluar dari rumahku. Pada hari tu juga Azlan keluar selepas memakai pakaiannya. Ibuku terlalu terkejut dengan kejadian tersebut sampai terkena serangan jantung.

Selepas kejadian itu aku memutuskan hubunganku dengan Azlan. Dan aku berjanjikan pada ibuku akan berubah. Selepas Azlan datang mengambil pakaiannya di dalam biliknya. Keluar saja Azlan dari rumah, aku mengunci bilik yang bekas Azlan duduki. Supaya aku tak kan ingat kenangan bersama Azlan.

Hampir seminggu ibu di hospital kerana masalah jantungnya. Barulah ibuku boleh keluar dari hospital.

Keluar dari hospital ibu tinggal bersamaku. Bilik ibu di bawah. Manakala bilikku di atas. Tapi aku selalu menemani ibu tidur di bawah.

Aku berjanji dan bertekad untuk menjauhi Azlan. Hampir 2 tahun kemudiannya aku membuka sebuah gym dekat dengan tempat Izati bekerja. Sebenarnya aku jarang datang ke gym tersebut. Kerana aku telah mengupah orang menguruskan gym tersebut.

Hampir setahun aku membuka gym tersebut. Hari tu ada perkara penting untuk ku beritahu pada pekerja ku. Lalu aku datang ke pusat gym untuk membincangkan sesuatu. Selesai berbincang pekerja ku mengajak makan di cafe yang tidak jauh.

Lalu kami pun pergi makan di cafe tersebut. Itulah pertama kali aku mengenali Izati isteriku. Aku suka dengan perwatakannya. Aku meminta nombor telefonnya dan aku memberi nombor telefonku padanya.

Selepas kami berhubung dan kami sering akan berjumpa di gym. Walau pun pada mulanya aku melamarnya untuk membuktikan pada Ibu bahawa aku benar- benar sudah berubah.

Sebab tu bila aku mengatakan bahawa aku ingin berkahwin dengan Izati. Ibu sangat gembira dan terus ingin ku bernikah tanpa bertunang terlebih dahulu.

Dan selepas berkahwin dengan Izati mula timbul rasa sayang dan cinta padanya. Aku tak dapat gambarkan dengan kata-kata. Mungkin ini silapku kerana tidak berterus terang dengan Izati tentang kisahku dengan Azlan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience