Hari ini aku akan menemani isteriku Izati di klinik untuk memeriksa kandungannya. Selepas sembahyang subuh aku bersiap untuk ke klinik. Tapi masil awal lagi, pukul 7 pun belum lagi.
Aku pergi ke dapur mengambil roti kemudian ku letak jem ke atas roti tersebut. Lalu aku pun makan roti tu. Aku melihat jam sudah pukul 7 lalu aku pun keluar dari rumah dan mengunci pintu. Kakiku pun melangkah ke arah keretaku.
Aku pun masuk ke dalam kereta dan memandu menuju ke arah klinik yang telah Izati beritahu hari tu. Sampai di klinik masih awal lagi. Aku lihat Firdaus dan Izati masih belum sampai. Jadi aku pun duduk di luar sambil memerhatikan orang yang masuk ke dalam klinik.
Jam hampir pukul 8.30 pagi baru la aku melihat kereta yang selalu Firdaus bawa sampai di perkarangan klinik. Firdaus berhentikan kereta lalu Izati pun keluar dari kereta.
Selepas izati keluar dari kereta Firdaus pun pergi. Aku pun berjalan menghampiri Izati dan kami masuk sama-sama ke dalam klinik. Masuk ke dalam klinik Izati pun meletakkan buku berwarna pink di tempat pendaftaran. Selepas itu Izati pun duduk di bangku sebelahku.
Perut Izati tidak lah berapa besar. Kerana kandungan Izati baru nak masuk 5 bulan. Usia perkahwinan kami pun baru 5 bulan lebih.
Bila izati sudah duduk dibangku sebelahku. Tapak tanganku mengegam tapak tangan Izati. izati agak terkejut pada mulanya. Tapi aku yakin dia tak akan melepaskan ngengaman tanganku. Kerana di dalam klinik ni ramai orang.
Seperti jakaanku Izati membiarkan saja aku mengegam tapak tangannya.Dalam lebih 20 minit kemudian nama Izati pun di panggil oleh jururawat. Izati bangun dan aku pun melepaskan ngengaman tanganku.
Aku memerhatikan jururawat memeriksa Izati .selesai semuanya Izati duduk kembali di sisiku sambil menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor kandungan pulak. Hampir 15 minit kemudian nombor Izati pun di panggil untuk masuk ke dalam bilik doktor.
Aku mengikuti Izati masuk ke dalam bilik doktor. Walau pun izati memadang wajahku seperti tak mahu aku ikut masuk sekali. Tapi aku tetap masuk juga.
Masuk saja di dalam bilik itu. Jururawat meminta izati baring di atas katil. Aku pun menghampiri katil tersebut dan berdiri di tepi katil tempat izati baring.
Selepas izati baring doktor perempuan tu pun menyelak baju izati di bahagian perutnya. Selepas itu dia meletakkan sejenis jell di kawasan perut Izati. Selepas itu ia mengerak-gerakkan sejenis alat di perut izati.
"Anak dalam kandungan nampak ok tak dak masalah" kata doktor tersebut.
Selepas selesai doktor menulis jenis-jenis vitamin dan menyuruhku mengambilnya di farmasi. Aku dan Izati pun keluar dari bilik doktor tersebut. Aku pergi ke farmasi untuk mengambil vitamin yang di tulis oleh doktor tadi. Sementara izati menunggu di bangku.
Selepas mengambil vitamin tersebut di farmasi aku pergi ke tempat izati menungguku. Aku lihat kereta Firdaus pun sudah sampai untuk mengambil Izati pulang ke rumah. Aku memberikan vitamin yang ku ambil kepada Izati.
Izati pun mengambil vitamin itu dari tanganku.Dan Izati pun ingin melangkah masuk ke dalam kereta. Entah kenapa tiba-tiba tanganku menarik tangan izati. Izati agak terkejut dengan pelakuan itu.
"Sebelum sayang balik boleh tak salam tangan abang dulu" kataku.
Izati pun menyalami tanganku dan aku pun mencium dahinya.
"Jaga diri dan anak kita dalam kandungan baik-baik" kataku.
"Baik lah" kata Izati. Mendengar jawaban dari mulut izati buat hatiku rasa gembira. Kerana mahu juga ia membuka mulutnya. Dari tadi Izati hanya diam saja bila aku cuba untuk berbual dengannya.
Selepas itu izati pun masuk ke dalam kereta dan Firdaus pun menghidupkan enjin dan memandu keluar dari pekarangan klinik. Aku pun pergi ke arah keretaku yang tidak berapa jauh. Lalu aku pun menghidupkan enjin dan memandu keluar dari perkarangan klinik.
Bila kereta yang ku pandu sampai di lampu isyarat bewarna merah aku pun berhentikan kereta. Aku lihat kereta yang di pandu oleh Firdaus pun berhenti di lampu isyarat tak jauh di depanku. Bila lampu isyarat betukar warna hijau kereta yang di pandu Firdaus pun jalan. Aku pun mengekori kereta yang di pandu Firdaus dan di dalam kereta itu juga ada Izati.
Sampai di sebuah rumah bonglo yang agak besar juga. Kereta yang di pandu oleh Firdaus masuk ke dalam pagar rumah tersebut. Sekarang aku sudah tahu di mana Izati tinggal.
Share this novel