Bab 16

Romance Completed 17198

Hari ini selesai saja urusan kerja di pejabat aku terus keluar pergi ke tempat parking kereta. Lepas aku masuk ke dalam kereta,aku pun memandu menuju ke arah rumah banglo yang izati tinggal.

Sampai di depan pagar aku menekan suis loceng yang berada di tepi pagar. Tak lama kemudian keluar seorang wanita berumur lingkungan 50 an membuka pintu pagar.

"Encik nak cari siapa." tanya wanita itu.

"Saya nak jumpa Izati boleh" kataku.

"Encik ada urusan apa nak jumpa izati?" tanya wanita itu lagi.

"Saya suami Izati, ada hal sikit nak bincang dengan izati" kataku.

"Silakan lah masuk" kata wanita itu.

Lalu aku pun masuk ke dalam pagar dan mengikuti wanita itu berjalan ke dalam rumah.

"Encik duduk la dulu nanti saya panggilkan Izati." kata wanita itu.

Aku pun duduk di sofa di ruang tamu. Tak lama kemudian Izati datang menemuiku.

"Macam mana abang tahu Zati tinggal dekat sini?" tanya izati.

"Semalam tak sengaja abang ternampak kereta yang sayang naik masuk dalam pagar rumah ni" kataku.

"Ada apa abang cari Zati?" tanya Zati.

"Tak kan nak jumpa isteri sendiri pun tak boleh"kataku.

Zati hanya terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulutku. Zati pun duduk di sofa di tepiku sambil matanya melihat ke arah luar tingkap.

"Sayang dah tak sayang abang lagi" tanyaku. Mata Zati melihat ke arahku. Tapi kemudian Zati menundukkan kepalanya. Tapi ia masih juga diam.

"Abang betul-betul nak berubah. Tak boleh ke sayang terima abang..Bantu abang untuk berubah dan abang nak sayang sentiasa ada di sisi abang."kataku.

"Zati tak tahu. Kenapa awal-awal sebelum kahwin abang tak nak bagi tahu" kata Izati.

"Abang takut sayang tak boleh terima. Dan sekarang pun sayang dan keluarga sayang tak boleh terima abangkan." kataku.

"Kalau Zati boleh terima abang. Tapi keluarga Zati mungkin tak boleh terima. Zati serba salah" kata Izati.

"Maknanya sayang masih sayangkan abang" kataku.

"Ya,memang Zati masih sayangkan abang,rindukan belaian abang. Apa lagi Zati sedang mengandung anak kita." kata Izati. Aku lihat mata izati berair aku terus memeluknya.

"Abang janji akan berubah dan akan cuba untuk membahagiakan sayang." kataku pelukkan ku makin erat di tubuh Izati.

"Zati percayakan abang." kata Izati.

"Sayang tinggal la dengan abang" kataku.

"Maaf, buat sementara waktu Zati tak boleh tinggal dengan abang. Kerana makngah dan pakngah tak balik lagi dari luar negara. Nanti bila pakngah dan makngah dah balik Zati akan bincang dengan mereka" kataku.

"Esok petang abang datang jumpa Zati lagi boleh" tanyaku.

"Boleh" jawab Zati sambil bibirnya mengukir senyuman padaku.

"Abang,Zati nak baring atas peha abang boleh. Rindu la nak baring di sisi abang" kata Izati.

"Boleh" kataku. Lalu izati pun meletakkan kepalanya di atas pehaku. Nasib baik sofa ni agak panjang juga. Tak lama kemudian Izati tertidur aku pandang wajah izati. Wajah ini lah yang telah mengubah hidupku.

Tak lama kemudian aku mendengar bunyi kereta masuk di pekarangan rumah. Tak lama enjin kereta mati, Firdaus dan Hidayah sepupu Izati masuk ke dalam rumah. Mereka melihatku agak ke hairanan. Hidayah dan Firdaus juga memadang ke arah izati yang sedang tertidur di atas pehaku yang dijadikan bantal oleh izati.

Hidayah dan Firdaus membiarkan saja aku dan izati di ruang tamu. Hidayah mungkin masuk ke dalam biliknya. Manakala Firdaus pergi ke arah dapur.

Lebih kurang 2 jam izati tertidur di pangkuanku. Izati terbangun ia terus memandangku malu-malu.

"Abang maaf sebab lama sangat Zati tertidur. Tentu kebas peha abang tu nanti" kata Izati.

"Tak da la. Yang penting sayang abang ni selesa" kataku.

"Amboi romantik nampak. Ya la,pengantin baru la katakan" kata Hidayah yang tiba-tiba muncul.

"Ni nampaknya macam dah mula berbaik-baik la ni" kata Firdaus yang keluar dari dapur.

Aku lihat muka Izati nampak malu-malu bila Hidayah dan Firdaus mengusik.

"Nampaknya macam tu la." kataku.

"Tapi buat waktu ni Zati akan tinggal di sini dulu. Nanti makngah dan pakngah balik dari luar negara baru boleh Zati tinggal dengan suami Zati." kata Izati.

"Lain kali kalu ada masalah bincang dulu. Jangan main lari ja" kata Firdaus.

"Ceh,nasihat orang macam la abang Daus dah kahwin" kata Hidayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience