Hari yang di tunggu pun tiba. Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi diriku. Kerana hari ini adalah hari aku akan menjadi seorang isteri kepada lelaki yang bernama Izani Bin Ismail.Majlis akad nikah berlangsung sebelah pagi. Ayahku yang menjadi wali untuk akad nikah.
Dalam pukul 12 tengahari majlis resepsi pun diadakan di rumahku. Rumah ku meriah dengan sanak saudara. Ya la baru kali pertama dapat menantu.
Selesai majlis keluarga sebelah izani pun pulang. Keluarga Izani ni agak moden sikit dari keluarga ku. Aku dan Izani tinggal di negeri yang sama. Izani dan keluarganya tinggal di kawasan bandar. Mana kala aku dan keluargaku tinggal luar dari bandar. Rumah keluargaku rumah taman. Ayah ku membelinya semasa ia masih di dalam tentera lagi. Sekarang ayah pun sudah pencen.
Malamnya Izani masuk dulu ke dalam bilik. Sementaraku mengemas-gemas apa yang patut di dapur. Selepas semua orang masuk tidur barulah aku pun masuk ke dalam bilik.
Aku membuka pintu bilik dan aku lihat Izani masih belum tidur lagi. Izani baring di atas katil sambil matanya memadang ke arahku. Dia bangun dari baring ke posisi duduk. Aku berjalan ke arah katil tempat Izani duduk.
Izani senyum memadangku dan aku pun duduk di sampingnya.
"Abang belum tidur lagi" kataku.
"Belum,abang tunggu buah hati abang datang. Baru la boleh tidur" kata Izani. Sambil tangannya merayap ke tubuhku. Aku agak malu dan gugup dengan kelakuan Izani.
"Ini kali pertama buat sayang ya" kata Izani.
Aku mengangukkan kepala pada Izani.
"Jangan takut abang akan buat dengan perlahan-lahan" kata Izani sambil bibirnya menyentuh bibirku. Dan tangannya terus menyentuh setiap tubuhku.
Malam itu terjadi malam pertama bagi ku. Suamiku lah yang telah merobek selaput daraku.
Esok paginya aku dan Izani bangun tidur agak lewat. Memang agak malu juga la dengan ahli keluargaku. Hampir pukul 7.30 pagi. Bangun dari tidur aku melihat ada tompokkan darah di cadarku.
Izani hanya tersenyum memadangku. Malam tadi aku tidur dalam pelukkan Izani buat pertama kalinya.
Selesai mandi aku menukar cadar di dalam bilik di bantu oleh izani. Hari ini ada majlis resepsi pulak sebelah keluarga Izani. Tengahari hari aku dan Izani pergi ke butik pengatin yang sudah di tempah untuk menukar baju dan berias.
Dalam pukul 12 tengahari rombongan pengantin dari keluarga ku pun sampai di dewan tempat majlis diadakan. Majlis resepsi sebelah lelaki memang agak besar dan mewah juga.
Aku juga ada membawa beberapa helai pakaianku di letakkan di dalam kereta Izani. Kerana malam ini aku akan bermalam di rumah ibunya. Di rumah ibunya ada kakak Izani yang bernama Rohana dan suaminya berasal dari luar negara. Nama suami Rohana bernama Alexander. Rohana dan Alexander ada seorang anak perempuan berumur 8 tahun.
Aku pada mulanya rasa risau juga penerimaan keluarga Izani terhadap diriku. Tapi mereka melayani ku dengan baik sekali. Mereka juga nampak sangat gembira dengan perkahwinan aku dan Izani.
Malamnya selepas aku selesai sembahyang isyak. Izani masuk ke dalam bilik ia memadangku sambil tersenyum padaku. Pandangannya membuatku tahu dia ingin ku melayani dirinya malam ini.
Paginya aku bangun untuk mandi hadas dan ambil wuduk untuk sembahyang subuh. Aku melihat keluarga Izani tidak ada seorang pun yang bangun. Termasuk izani masih lena di buai mimpi. Walau di gerak untuk bangun tapi Izani hanya akan mengeliat dan memejam matanya balik.
Akhirnya aku biarkan saja Izani tidur. Dalam pukul 8.00 pagi baru aku dengar mak mentuaku masuk ke dapur.
"Awal zati bangun" kata Ramlah ibu mentuaku.
"Zati memang dah biasa bangun awal" kataku.
"Orang dalam rumah ni selalu dekat pukul 9 baru la diorang bangun." kata mak mentuaku.
Keluarga Izani melayani ku sangat baik tapi bab agama mereka agak kurang sikit. 2 hari aku tinggal di rumah ibu izani aku perasaan hanya ibu Izani saja yang sembahyang. Izani dan keluarga kakaknya jarang menunaikan perintah Allah itu.
Izani pula ikut angin dia. Bila dia rasa nak sembahyang dia sembahyang. Tapi angin dia malas suruh la macam mana pun dia buat tak kisah ja.
"Esok sayang ikut abang balik rumah abang" kata Izani.
"Baik, rumah abang jauh dari rumah keluarga ayang tak" tanya ku.
"Tak jauh mana pun dengan rumah keluarga ayang. Dalam 1 jam sampai la" kata Izani.
Esok aku akan pindah masuk ke rumah izani. Izani dari belum berkahwin dengan ku ia memang tinggal di rumahnya sendiri. Ibu mentuaku pula tinggal bersama kakak iparku dan suaminya serta anak mereka.
Share this novel