Sampai di hospital aku terus membawa ibuku ke ruangan kecemasan. Dengan bantuan staf hospital ibuku pun di masukkan di ruangan kecemasan untuk di periksa oleh doktor. Selepas itu baru aku menelefon kakak ku untuk memberitahu tentang ibuku.
Dalam setengah jam kemudian kakak ku pun tiba. Aku menunggu di depan pintu kecemasan dengan berdebar-debar. Dekat 1 jam ibuku di dalam.
"Waris Ramlah" kata staf hospital.
"Ya saya" kataku sambil berjalan menuju staf hospital tersebut.
"Sila masuk doktor nak jumpa" kata staf tersebut.
Aku dan kakak ku pun masuk dan menuju ke arah katil ibuku. Aku lihat sudah ada doktor menungu kami.
Doktor memberitahu bahawa ibuku terkena serangan jantung. Ibuku akan di letakkan di dalam wad untuk pemantauwan. Lalu kami pun pergi menuju ke wad tempat ibuku di letakkan.
Doktor juga memberitahu jantung ibu sangat lemah waktu ini. Hatiku berasa sangat bersalah dengan ibuku. Doktor juga minta kami banyak-banyak berdoa untuk kesembuhan ibuku.
Aku menungu ibu di dalam wad. Sementara kakak ku balik untuk mengambil anaknya dari sekolah. Selepas itu kakak ku akan datang semula ke hospital bersama anaknya.
Semasa aku menemani ibuku lebih kurang setengah jam kemudian ibu membuka mata. Aku sangat gembira melihat ibu sudah sedar.
"Mak maafkan Zani, sebab dah banyak menyusahkan mak" kataku sambil mencium tangan ibu.
"Zani tolong pergi jauh dari Azlan. Jangan pernah ulang kesalahan yang sama" kata ibuku dengan nada yang agak lemah.
"Ya, Zani janji pada mak tak akan ulang balik kesalahan yang sama. Zani memang nak berubah, Zani sayangkan isteri Zani" kataku sambil air mataku mengalir tanpaku sedari.
"Mak lega dengar semua tu dari mulut Zani. Tak dak apa yang perlu mak risaukan tentang Zani lagi" kata ibuku. Tiba-tiba ibuku seperti sukar untuk bernafas. Aku segera memanggil doktor. Doktor pun datang dan memeriksa keadaan ibuku.
Tak lama kemudian kakak ku sampai bersama anaknya Fatin.Selesai doktor memeriksa ibu dan buat apa yang patut untuk ibuku. Aku dan Kak Hana pun menghampiri doktor tersebut.
"Maaf rasanya masa puan Ramlah dah tak panjang. Kita dah cuba tapi jantungnya semangkin lemah. Kami tak dapat buat apa-apa" kata doktor.
Aku pun menghampiri katil ibu. Lalu aku membuka telefon pintarku untuk mencari surah yassin.Lalu aku pun membaca surah yassin tersebut di tepi ibuku.
Kakakku Hana juga membaca surah yassin bersamaku. Tak lama kemudian nafas ibuku semangkin sukar. Lalu aku berhenti membaca yassin dan aku mendekati mulutku pada telinga ibu. Dan mulutku tak berhenti mengucapkan kalimah lailahaillallah di telinga ibuku.
Hampir setengah jam kemudian ibuku pun menghembuskan nafas yang terakhir di depanku. Air mata tak dapat di tahan lagi. Ibu yang telah melahirkan ku di dunia ini telah pergi buat selamanya.
Selesai pengebumian ibuku. Aku pergi ke rumah ibu dan berbincang dengan kak Hana. Aku memberitahu kak Hana aku ingin pergi dari negeri kelahiranku.
Aku akan membawa diriku dari sini. Aku tak ingin di ganggu oleh Azlan lagi. Dan untuk isteriku biarlah buat sementara ni dia pergi dariku. Tapi aku tak akan berhenti berdoa untuknya serta anak yang ia kandungkan. Sesuatu hari nanti jika di izinkan tuhan aku pasti akan berjumpa kembali dengan isteriku.
Sudah seminggu ibuku pergi buat selamanya. Hari ini aku akan berangkat ke sebuah negeri lain. Aku juga telah menukar nombor telefonku supaya aku tak akan lagi di ganggu lagi oleh Azlan.
Kak Hana akan mengantikan aku untuk menguruskan syarikat. Tapi jika ada hal-hal yang kak Hana tak tahu ia akan menghubungi untuk menanya pendapat.
Aku pula akan ke sebuah negeri lain untuk melakukan projek kerjasama di negeri tersebut. Aku mungkin akan tinggal lama di negeri ini.
Aku akan menaiki kapal terbang untuk ke negeri tersebut. Kerana tidak ada jalan darat untuk ke negeri tersebut. Aku juga sudah mengupah orang untuk mencari keberadaan isteriku.
Akhirnya aku sampai ke negeri yang bakal aku tinggal buat sementara waktu di sini. Aku ada kenalan yang tinggal di negeri ini. Kenalan aku itu bernama Afiq. Aku pernah berlajar satu IPTS dengannya. Afiq juga tahu kisah aku dan Azlan.
Dari dulu Afiq selalu menasihati ku supaya tidak terlalu rapat dengan Azlan. Tapi aku tidak mendengarnya. Sebelum datang ke negeri ini aku telah menghubungi Afiq dan aku telah memberitahu tentang masalah ku.
Aku juga meminta Afiq mencarikan rumah untuk aku dudukki bila sampai di sini. Afiq juga lah yang telah menunggu ketibaan ku di lapangan terbang.
Aku juga akan bekerja sama dengan syarikat tempat Afiq bekerja. Kerja sama ini akan mengambil masa hampir 3 tahun. Maknanya dalam 3 tahun aku akan berada di sini untuk menguruskan projek kerja sama ini.
"Assalamualaikum, lama dah tunggu" tanyaku.
"Walaikumusalam, tak lama pun. Baru ja sampai ni" kata Afiq.
"Kereta hang parking dekat mana?" tanyaku.
"Kereta aku parking tak jauh pun. Jom kita pergi makan dulu." Kata Afiq.
"Boleh juga, aku pun tengah lapar ni" kataku.
Aku pun mengikut Afiq pergi ke arah keretanya. Lalu kami pun masuk ke dalam kereta dan Afiq memandu menuju ke kedai makan.
Selepas makan, Afiq membawa aku ke sebuah rumah yang telah ia carikan untuku. Rumahnya agak besar juga. Ada 3 bilik semuanya dan aku hanya tinggal seorang saja.Afiq dia sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
"Rumah ni aku dah kemas sikit-sikit dengan isteri aku hari tu" kata Afiq.
"Terima kasih sebab dah banyak tolong aku" kataku.
"Aku bantu apa yang patut ja. Ok la,aku nak balik dulu ni." kata Afiq.Lalu Afiq pun pergi dari rumahku.
Share this novel