Bab 4

Romance Completed 17198

Sudah hampir sebulan aku bergelar isteri pada Izani. Setiap hari minggu Izani akan membawa aku ke rumah ibunya. Aku pun tak kisah sangat kerana aku tiap-tiap hari akan berjumpa dengan ibuku di cafe. Kekadang ayahku pun ada. Adikku Hilal pun kedang-kadang datang juga untuk makan.

Izani dan keluarganya melayan aku dengan sangat baik. Selalu aku dan Izani datang pagi dan malam kami akan pulang ke rumah kami balik. Aku pernah bermalam hanya selepas majlis resepsi tu ja di rumah keluarga Izani.

Kerana rumah kami pun bukannya jauh mana dengan rumah Ibunya. Jadi tidak perlu lah nak tidur di rumah ibunya.
Hari ini hari minggu. Tapi kali ini Izani dan aku tidak pergi ke rumah ibunya.

"Abang hari ni tak pergi rumah mak abang" tanyaku.

"Tak, hari ni kita pergi shoping barang" kata Izani.

"Ok. Abang dah alang-alang tu kan kita pi tengok wayang sekali,boleh la" kataku.

"Ha la,kita tengok wayang dulu lepas tu baru beli barang" kata Izani.

Pagi ni Izani buat sarapan roti telur. Aku pula membancuh air untuk kami berdua. Walau pun aku bekerja di cafe. Tapi kerja rumah dan memasak di rumah selalunya Izani yang buat. Tu la bertuahkan aku dapat jadi isteri Izani ni. Pandai masak, mengemas pun pandai. Dia juga seorang penyayang. Duit pun tak kedekut dengan aku walau pun aku bekerja.

Tengahari kami pun keluar dari rumah. Mula-mula kami pergi menonton wayang. Lepas tu membeli barang-barang keperluan yang dah habis di rumah.

"Abang kita makan dulu sebelum balik. Ayang lapar la"kataku.

"ya la. Kita makan dulu,abang pun lapar juga ni." kata izani.

Kami pergi ke tempat makan yang ada di shoping mall tersebut. Selesai mengambil makanan yang di pesan kami pun duduk di meja yang masih kosong. Hari ini hari minggu jadi agak ramai juga orang.

Semasa aku dan Izani sedang makan tiba-tiba ada seorang lelaki datang ke arah meja kami.

"Hai Izani lama tak nampak" kata lelaki tersebut.

"Hai,kau buat apa dekat sini" tanya Izani agak guggup.

"Saja lepak dengan kawan-kawan hari minggu ni" kata lelaki tersebut sambil menunjuk ke arah meja tak jauh dari kami. Di meja tu ada dalam 3 orang lelaki semuanya.

Aku perhatikan lelaki tersebut. Agak segak juga orangnya. Muka pun ada ala-ala mat saleh.

"Ni kenalkan isteri aku" kata Izani.

Lelaki tersebut memadang padaku sambil tersenyum.

"Tak sangka kahwin juga kau ya, kenalkan nama saya Azlan kawan Izani" kata Azlan.

"Nama saya Izati." kataku.

"Saya pergi dulu, tak mau la kacau pengatin baru" kata Azlan.

Selesai makan kami pun pergi ke tempat parking kereta untuk pulang ke rumah. Sampai di rumah aku pun membantu Izani mengakat barang yang di beli. Dan menyusun barang-barang tersebut.

Entah kenapa hari ini badanku agak lain macam sikit. Kepalaku pun agak pening sikit.

"Abang,kepala ayang pening la" kataku mengadu pada Izani.

"Ayang pergi la baring dekat bilik. Barang-barang ni tak pa nanti abang yang akan susun" kata Izani.

Aku pun naik ke bilik. Masuk ke dalam bilik aku pun baring di atas katil. Tak lama kemudian aku pun tertidur.

------
Paginya aku terbangun dan melihat jam sudah pukul 7.00 pagi. Aku pun bangun walau kepalaku masih terasa pening. Entah kenapa tekak tu terasa sangat loya. Aku bangun tergesa-gesa menuju ke bilik air. Dan memuntahkan isi perutku.

Izani mendengar aku muntah terus terbangun dan menuju ke bilik air untuk melihatku.

"Sayang dah kenapa ni" tanya Izani sambil tangannya mengosok-gosok belakang badanku.

"Kepala ayang pening. Bangun pagi ni tekak rasa loya pula" kata ku.

"Hari ini kalau tak hilang lagi pening tu tak payah pergi kerja" kata Izani.

"Ala,perut ayang masuk angin ja ni" kataku.

Hari ini seperti biasa aku pergi ke cafe.Aku menaiki motor ke cafe. Kerana hari ini Izani ada urusan kerja di syarikat pembinaannya.

Sampai di Cafe aku pun melakukan tugasku. Tugasku di cafe membancuh air untuk pelangan.

Entah kenapa semasa aku tercium bau masakkan membuatkan tekakku terasa loya kembali. Dan aku cepat-cepat menuju ke arah tandas. Dan muntah kembali sampai keluar hingus sekali.

Ibu datang ke arahku dan mengosok-gosok belakang badanku.

"Hang ni mengandung kut" kata ibu.

"Tak mungkin la, zati baru kahwin sebulan lebih" kataku.

"Tu tandanya hang bunting pelamin. Buat terus jadi" kata prkerja ibu yang bernama Siti.

"Siti ni ada-ada ja la hang ni" kataku.

"Siti hang pergi kedai farmasi beli pregnancy test untuk zati" kata ibuku.

"Baik makcik liza" kata Siti. Lalu ia pun keluar dari cafe dan pergi ke kedai farmasi.

Siti tua 2 tahun dariku. Ia sudah bekerja di cafe ibu ku ini hampir 3 tahun. Siti sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience