Aku lalui hidupku seperti biasa di rumah makngah. Bila makngah, pakngah dan Hidayah tidak ada,Firdaus dan makcik Hasnah yang berbual denganku. Izani pula setiapa kali jadual aku ke klinik dia sudah ada di depan klinik menungguku.
Hubungan aku dan Izani pula tidak la begitu rapat sangat. Izani sering menefonku dan menghantar pesanan melalui whatsap tapi aku tak pernah mengakat dan membalas pesanannya. Aku tak mahu terlalu rapat dengan Izani, takut hatiku akan semangkin terluka dengan perangainya.
Aku tidak kisah Izani menemani ku di klinik. Kerana aku tahu Izani tetap ayah anak yang ku kandungkan. Bila bertemu di klinik baru la aku dan Izani akan bertegur sapa.
Tengahari ni Firdaus pergi mengambil Hidayah pulang ke sekolah. Tak lama selepas Firdaus pergi,loceng pintu bunyi. Makcik Hasnah pun pergi keluar untuk melihat siapa yang datang. Agak lama juga makcik Hasnah keluar.
Tak lama kemudian makcik Hasnah masuk dengan 2 orang lelaki. Muka makcik Hasnah seperti ketakutan. Aku melihat salah sorang lelaki tersebut memengang tangan makcik Hasnah. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Aku lantas bangun dari tempat dudukku. Tapi tiba-tiba salah seorang dari lelaki tersebut berlari ke arahku. Dan ia menarik tanganku.
"Jalan, aku kata jalan" kata lelaki itu. Walau pada mulanya aku mengeras tak mahu berjalan.Tapi lelaki itu tetap menarikku untuk berjalan keluar dari rumah.
"Kamu ni sapa..nak bawa saya kemana ni"kataku. Sambil kakiku berjalan mengikuti salah seorang lelaki tersebut keluar dari rumah.
"Diam,ikut saja kemana kami nak bawa" kata lelaki itu.
Kerana takut aku pun mengikut saja lelaki tersebut. Aku di bawa ke arah kereta dan di masukkan ke dalam kereta tersebut.
Makcik Hasnah pula mereka biarkan saja. Sementara aku selepas masuk ke dalam kereta, mereka telah membawa ku ke suatu tempat seperti bangunan tinggal yang agak sunyi. Sampai saja di bangunan tinggal ini, aku di suruh keluar dari dalam kereta.
Aku pun menurut saja lalu aku pun berjalan mengikut mereka berdua. Tangan ku di ikat semasa di dalam kereta tadi. Aku di bawa masuk ke dalam bangunan tinggal tersebut. Di dalam bangunan ini agak kotor dan banyak debu. Aku di kurung di salah satu bilik di dalam bangunan ini.
Di dalam bilik kurungan ada tandas dan bilik air tapi agak kotor. Di dalam bilik ini juga ada toto yang sudah berhabuk. Aku duduk di atas toto tersebut. Tak lama kemudian ada bunyi pintu di buka dari luar. Dan aku lihat ada seorang lelaki yang aku tak kenal masuk ke dalam bilik ini.
Aku lihat ke arah lelaki tersebut dan lelaki itu memadang ku sambil berjalan menuju ke arah ku.
"Kamu isteri Izanikan. Kerana suami kamu yang bodoh tu menyebabkan perniagaan dadah aku terjejas tahu. Berani dia kacau tempat aku. Sebab tu aku akan kacau orang yang dia sayang". Kata lelaki itu.
" Saya tak dak kena mengena dengan Izani. Lagi pun di tak sayang saya pun,nanti selepas saya bersalin kami akan bercerai." kataku.
"Jangan nak menipu la. Kalau dia tak sayang kamu tapi tentu dia sayangkan anak dalam perut kamu tu. Dia tentu sanggup lakukan apa saja demi anak tu" kata lelaki tersebut.
Aku terdiam mendengar kata-kata lelaki tersebut. Apa yang telah Izani lakukan sampai mereka semua sanggup menculikku.
"Semua ni tak dak kena mengena dengan saya.. Kenapa kurung saya dekat sini. Kenapa tak tangkap Izani saja" kataku.
"Kalau aku tangkap dia terus tak menyeronokkan permainan ni.. Sebab tu aku tangkap isteri dan bakal anak dia. Supaya permainan ni semakin menyeronokkan." kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.
"Apa yang kau nak dari aku" kataku.
"Aku tak inginkan apa-apa dari kau la perempuan. Aku cuma nak bunuh kau depan suami bodoh kau tu" kata lelaki itu lagi sambil kakinya pergi melangkah keluar dari bilik ini.
Mendengar kata-kata lelaki tersebut membuat ku rasa takut. Benarkah dia ingin membunuhku. jika aku mati anak dalam kandungan pun akan mati. Aku tidak kisah jika nyawaku melayang tapi tidak dengan anakku. Aku ingin anakku lahir di dunia ini.
Apa patut aku lakukan ni. Aku ingin keluar dari sini,hidup aku dan bakal anakku tak sepatut berakhir seperti ini. Aku tidak boleh mati di tangan orang jahat. Aku ingin melihat anakku selepas melahirkannya nanti.
Izani di mana kau, hidup aku jadi begini semua kerana Izani. Aku benci kau Izani, jika aku tak kenal kau mungkin hidup aku tak jadi macam ni,keluh hatiku.
Share this novel
knp pendek sgt...