Bab 3

Romance Completed 17198

Hari ini sebelum Izani membawaku pergi ke rumahnya. Kami pulang dulu ke rumah keluargaku untuk mengambil pakaian dan barang-barang pentingku. Untuk di bawa ke rumah Izani yang akan menjadi rumah ku kini.
Kami makan tengahari dulu di rumah keluargaku. Sebelum pergi ke rumah suamiku Izani. Dari rumah keluargaku ke rumah suamiku hanya mengambil masa 1 jam saja.

Sampai saja kereta yang di pandu Izani di perkarangan rumahnya. Ia pun memberhentikan keretanya dan mematikan enjin. Aku pun membuka pintu kereta untuk keluar.

Rumah izani rumah teres 2 tingkat. Dari rumah izani ke tempatku bekerja pun tak jauh. Aku masih lagi bekerja di cafe.

Sebenarnya cafe tempat aku bekerja tu kepunyaan ibuku. Aku membantu apa yang patut. Ayah pun kekadang akan datang ke Cafe tersebut.

Aku dan izani pun masuk ke dalam rumah. Rumah ini ada 3 bilik semuanya.1 di bawah 2 di atas.

"Sayang, bilik kita dekat atas yang tepi tangga" kata Izani.

"Ok" kataku sambil menaikki tangga menuju ke bilik kami.

Izani membawa beg pakaianku menaiki tangga.Sementara aku membawa beg mengadungi barang-barang kosmetik. Sampai di depan pintu bilik aku pun membuka pintu.

Aku pun masuk ke dalam bilik. Aku agak kagum melihat bilik Izani kerana lebih kemas dari bilikku. Aku pun meletakkan barang-barang kosmetikku di atas meja yang ada di dalam bilik.

Aku melihat di atas meja ada barang kepunyaan Izani. Seperti krim muka,pencuci muka,minyak wangi,minyak rambut dan ada juga pelembab bibir. Aku memerhati dan membelek barang tersebut. Abang dan adik aku tidak pernah mengunakan barang tersebut. Selalu abang dan adik aku guna deodorant, minyak wangi dan minyak rambut saja.

Selepas mengemas pakaian yang ku bawa tadi. Aku pun keluar dari bilik untuk turun ke bawah mencari suamiku. Keluar dari bilik aku melihat bilik sebelah bilikku dan Izani berkunci dengan mangga.

Aku turun dan melihat Izani sedang sibuk di dapur.

"Abang masak apa ni?" tanyaku.

"Abang masak spageti. Nanti dah siap boleh makan" kata Izani.

"Tak sangka abang pandai masak juga ya" kataku.

Aku mendekati Izani dan memeluknya dari belakang.Izani terkejut dengan tindakanku. Dia menoleh padaku tiba-tiba bibirnya mencium bibirku.

"Apa abang ni. Ayang saja ja la nak peluk-peluk romantik ja." kataku sambil menarik bibirku.

"La ingatkan nak minta lebih dari tu" kata Izani.

"Ni dekat dapur mana boleh" kataku.

"Ok.nanti lepas siap ni kita sambung dalam bilik" kata Izani. Sambil tersengih-sengih padaku.

"Abang, bilik sebelah bilik kita tu kenapa abang kunci dengan mangga?" tanyaku.

"Bilik tu ya mmm. Bilik tu abang buat stor ja. Abang letak barang-barang yang tak boleh pakai." kata Izani.

Siap Izani memasak spageti ia pun meletakkan ke dalam bekas. Aku pula mengambil pingan dan meletakkan di atas meja makan. Kami pun makan bersama.

Selesai makan aku mencuci bekas makan tadi. Sementara Izani menyusun selesai aku mencucinya. Hatiku memang rasa bertuah dapat suami seperti Izani ni.

Bila melihat keadaan rumah Izani ni tak macam rumah orang bujang. Ruang tamu pun kemas,dapur pun kemas. Barang-barang dapur pun semuanya lengkap. Peti ais pun penuh dengan barang-barang untuk memasak.

Tapi satu ja kurang bab sembahyang. Ikut angin dia kekadang dia sembahyang. Kekadang dia tinggal ja. Aku pun bukannya sempurna juga.Aku pun sembahyang selalu hujung-hujung waktu. Kekadang tu tertinggal juga.

Selepas habis mengemas kami duduk di sofa di ruang tamu sambil menonton tv.Aku dengan selambanya membaringkan badan dan meletakkan kepalaku pada peha Izani. Izani pun membiarkan saja.

"Abang esok ayang tumpang pergi cafe"kataku.

"Ya la, habis tu ayang nak tumpang sapa lagi" kata Izani.

"Balik ayang nak balik naik motor esok. Sebab esok Hilal hantar motor ayang kat cafe" kataku.

"Ok,tapi hati-hati bawa motor tu" kata izani.

Rancangan tv tidak ada yang menarik hari ni. Jadinya Izani menutup tv dan dia mengakat dan mendukung badanku. Aku terkejut dengan tindakannya itu.

"Abang nak bawa ayang pergi mana ni" kataku.

"Masuk bilik la.Rancangan tv tak menarik,jom kita buat rancangan kita sendiri" kata Izani.

Biasalah pengatin barukan. Memang kerjanya nak berkepit saja. Kalau dah masuk bilik tu faham-faham saja la.

------
Pagi ni dalam pukul 8.00 aku dan Izani berangkat pergi kerja. Cafe ibuku dengan gym kepunyaan Izani pun tak jauh.

Tapi Izani bukan selalu akan berada di gym tu. Kerana Izani kekadang akan ke syarikat pembinaan. Gym ni di uruskan oleh pekerja yang di lantik oleh Izani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience