Hari ini makngah dan pakngah akan pergi ke luar negara atas urusan kerja. Sebelum makngah dan pakngah pergi kami bersalaman. Selepas itu Firdaus pun pergi menghantar pakngah dan makngah ke lapangan terbang.
Hari ini aku dan Hidayah hanya melepak di rumah saja. Kami duduk di ruang tamu sambil menonton tv.
"Kak Zati esok jom kita pergi pantai lagi. Kali ni Dayah nak mandi air laut." kata Hidayah.
"Boleh juga, esok pagi kak Zati masak dulu siap-siap. Boleh buat makan dekat sana nanti" kataku.
"Kali ni boleh la Dayah mandi puas-puas" kata Hidayah.
"Nanti Daus balik Dayah bagi tahu la pada dia" kataku.
"Ok nanti Dayah bagi tahu" kata Hidayah.
Tak lama kemudian Firdaus sampai balik dari menghantar pakngah dan makngah. Mendengar bunyi kereta masuk ke dalam garaj Hidayah pun keluar menungu Firdaus keluar dari kereta.
"Abang Daus esok bawa Dayah dan kak Zati pergi pantai" kata Hidayah.
"Ok boleh" kata Firdaus sambil berjalan.
"Abang Daus makanan makcik Hasnah dah siapkan. Jom la makan sekali" kata Hidayah.
"Ya la. Abang Daus pun lapar dah ni." kata Firdaus. Lalu Firdaus pun mengikuti Hidayah masuk ke dalam rumah menuju ke dapur untuk makan.
"Firdaus malam ni bawa kami pergi shopping mall boleh. Zati ada nak beli barang sikit" kata.
"Boleh ja" kata Firdaus.
Malamnya aku,Hidayah dan Firdaus pun pergi ke shopping mall untuk membeli barang. Sampai di shopping mall tersebut Firdaus pun memakir kereta. Selepas selesai memakir kereta kami pun keluar dari dalam kereta dan pergi ke arah tempat barang yang ingin kami beli.
Aku dan Hidayah jalan beiringan manakala Firdaus mengikuti dari belakang kemana saja aku dan Hidayah pergi.
Semasa aku mencari barang yang inginku beli tiba-tiba tak sengaja aku terpadang seorang lelaki yang tidak jauh dari kami. Aku kenal lelaki tersebut ialah Izani suamiku. Dan Izani tiba-tiba matanya memadang ke arahku.
Aku agak terkejut melihat Izani. Dan Izani juga nampak tergamam memadang ke arahku. Tiba-tiba dia datang menghampiri aku. Firdaus dan Hidayah melihat aku agak ke hairanan.
Aku cuba berjalan menjauhi Izani.Kerana Izani yang tiba-tiba datang ke arahku. Firdaus melihat Izani cuba menghampiriku pun menghalang Izani dari mendekatiku.
"Awak ni siapa cuba halang saya dari jumpa isteri saya sendiri" kata Izani.
"Saya di upah oleh majikan saya untuk menjaga mereka berdua. Maaf saya hanya menjalankan tugas saya saja" kata Firdaus. Sambil badannya menghadang Izani mendekatiku.
Izani memadang ke arahku yang sedang berselindung di balik belakang badan Firdaus dan Hidayah. Walau pun sebenarnya hatiku juga sangat gembira dapat melihat Izani. Kerana selama ini aku juga sangat merindui izani suamiku. Tapi aku juga tak boleh terima bila mengetahui dia seorang gay dan masih berhubung dengan pasangan sonsangnya.
"Zati tolong dengarkan perjelasan abang dulu. Abang rindu Zati, abang benar-benar cintakan Zati. Abang juga sudah berubah,semua tu hanya kisah lama abang saja" kata Izani sambil matanya berkaca-kaca melihat ke arahku.
"Zati tak mahu berbincang dulu ke dengan suami Zati. Walau macam mana pun dia tetap suami Zati"kata Firdaus.
Aku hanya terdiam dan air mataku tiba-tiba mengalir sambil mataku memadang ke arah Izani.
"Tak pa kalau Zati tak nak jumpa abang. Zati jangan nangis, abang akan pergi. Tapi tolong jaga kandungan zati baik-baik. Bila Zati dah sedia jumpa abang bagi tahu abang. Ni nombor baru telefon abang" kata Izani sambil tangan menghulurkan kertas yang telah di tulis nombor telefon kepada Firdaus. Dan Firdaus pun mengambilnya lalu memberikan kepadaku.
Selepas izani memberikan kertas itu pada Firdaus ia pun ingin melangkah pergi. Melihat Izani ingin pergi hatiku terasa sangat sebak.
"Abang tunggu dulu!" kataku.
Bila Izani mendengar suaraku kepalanya menoleh ke arahku. Lalu izani pun datang kembali menghampiriku. Kali ini Firdaus membiarkan Izani mendekati diriku. Kemudian Hidayah dan Firdaus memberi sedikit ruang kepada aku dan Izani.
Bila Izani sudah rapat dengan badanku tiba-tiba Izani memelukku badanku.
"Abang sayang Zati. Abang janji akan berubah demi permata hati kita berdua." kata Izani.
"Abang jangan peluk macam ni. Ramai orang pandang"kataku.
"Baiklah" kata Izani lalu melepaskan pelukkannya.
Aku mengajak Firdaus,Hidayah dan Izani pergi ke sebuah taman yang tidak jauh dari shopping mall. Di taman ini tidak ramai orang jadi mudah untuk berbincang berdua dengan Izani.
Aku dan izani duduk di sebuah bangku yang ada di taman tersebut. Sementara Hidayah dan Firdaus memerhatikan aku dan izani di bangku lain yang tidak berapa jauh.
Share this novel