Bab 19

Romance Completed 17198

Pagi ni aku akan pergi mengambil Izati di rumah makngahnya. Selepas ini dapatlah kami hidup bersama kembali. Selesai sembahyang subuh aku pergi ke dapur dan membancuh air. Kemudian aku mengambil roti coklat yang aku beli semalam buat sarapan pagiku.

Dalam pukul 7.00 pagi aku mendengar ada orang menekan suis loceng rumahku. Aku pun pergi ke arah pintu untuk membuka pintu dan melihat siapa yang datang pagi-pagi ni.

Bila aku membuka pintu aku terkejut melihat orang di depanku. Orang itu adalah Azlan.

"Macam mana kau tahu aku tinggal di sini?"kataku.

"Aku kan banyak kawan tentu mudah untuk aku mencari kau Izani" kata Azlan. Sambil kakinya meluru masuk ke dalam rumah.

Tanpa di suruh Azlan telah duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

"Kau nak apa lagi Azlan." kataku.

"Aku nak duit lagi" kata Azlan.

"Aku dah tak dak duit dah" kataku.

"Jangan nak main-main dengan aku Izani" kata Azlan.

"Aku dah tak dak duit. Lagi pun syarikat aku pun kakak aku dah ambil alih" kataku.

sebenarnya kebanyakan duit ku yang berada di bank telahku transfer ke dalam akuan Izati. Kerana untuk memudahkan Izati bila ia memerlukan duit.

"Tapi aku perlukan duit sekarang juga" kata Azlan sambil tangannya meramas-ramas rambut di kepalanya.

"Aku tak kira kau mesti berikan aku duit juga" kata Azlan. Sambil tangannya tiba-tiba menghampiriku dan tangannya menghala ke perutku. Selepas itu tiba-tiba perutku terasa sakit dan keluar darah. Rupanya di tangan Azlan ada pisau kecil. Aku mengerang kesakitan bila Azlan menarik pisau itu dari perutku.

"Aku nak duit 20 ribu, kau kena sediakan duit untuk aku. Kalau tak isteri kau yang akan jadi taruhan" kata Azlan.

"Tolong jangan libatkan isteri aku dalam hal ni" kataku sambil tanganku menekan tempat luka yang terkena pisau.

"Aku tak kan kacau isteri kau. Tapi kau kena bagi duit yang aku minta tadi" kata Azlan.

"Baik, tapi bagi aku tempoh seminggu"kataku.

"Ok, minggu depan aku akan datang lagi" kata Azlan. Lalu Azlan pun keluar dari rumahku.

Aku menelefon Afiq untuk meminta bantuan. Tak lama kemudian afiq datang ke rumahku. Aku membuka bajuku lalu Afiq membantu memcuci luka tersebut. Lukanya tidak terlalu besar kerana pisau yang di gunakan oleh Azlan agak kecil. Dan Azlan hanya menoreh di permukaan kulit perutku saja.

"Zani kau ni kena pergi klinik ni" kata Afiq.

"Aku malas la. Nanti mesti banyak yang akan bertanya macam mana aku boleh dapat luka ni" kataku.

"Kita pergi klinik swasta,luka ni kena jahit ni" kata Afiq.
"Ya la" kataku. Afiq pun membawa aku ke klinik swasta berdekatan. Luka torehan di perut ku itu pun di jahit oleh doktor.

Selepas Afiq menghantar ku pulang ke rumah ia pun pulang ke rumahnya. Jam sudah pukul 12.00 tengahari, aku melihat telefonku banyak panggilan masuk dari Izati. Izati juga ada menghantar mesej di whatsap.

Aku sengaja tidak mengakat panggilan dari Izati. Dan aku juga tidak membuka whatsap dari Izati. Aku tak mahu Izati tersangkut dengan masalah aku dan Azlan. Mungkin Izati akan kecewa dengan tindakan aku ini. Tapi demi keselamatan diri Izati dan anak yang Izati kandungkan aku terpaksa.

Lagi pun aku rasakan Izati akan lebih selamat tinggal bersama keluarga makngahnya. Jika Izati tinggal bersama ku agak merbahaya kerana Azlan mungkin akan datang lagi ke rumahku.

Aku akan memerhatikan Izati dari jauh saja. Mungkin ini yang terbaik buat kami berdua untuk sementara waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience