Bab 21

Romance Completed 17198

Hari ini aku akan pergi ke klinik ibu mengandung. Aku di hantar ke klinik oleh Firdaus seperti biasa. Aku masuk ke dalam klinik dan meletakkan buku pink di kaunter pendaftaran.

Aku duduk di satu bangku yang masih kosong. Tiba-tiba aku melihat Izani masuk ke dalam klinik. Dan Izani duduk di bangku di sebelahku. Aku agak terkejut dengan kedatangan Izani.

Kerana sudah hampir sebulan selepas kejadian Izani tak datang untuk mengambilku. Aku tidak pernah berhubung dengannya lagi.Tapi tiba-tiba Izani munculkan dirinya di klinik. Aku membiarkan saja izani duduk di sebelahku.

Izani memengang tanganku lalu ia mengegam tapak tanganku. Pada mulanya aku menolak tangannya tapi dia tetap tak melepaskan ngengaman tanganku. Jadi aku pun membiarkan saja.

Tak lama kemudian jururawat memaggil namaku. Aku pun bangun dan Izani melepaskan tanganku. Selesai melakukan peperiksaan aku boleh balik dan ambil vitamin di farmasi. Hari ini aku tidak perlu berjumpa doktor kerana tekanan darah,kandungan gula dalam darah dan kepekatan darahku semuanya normal.

Keluar dari bilik jururawat aku pun ingin pergi ke farmasi untuk mengambil vitamin. Izani pun mengikuti ku menuju ke farmasi. Aku buat tak tahu ja dengan kehadiran izani

Tiba-tiba Izani menarik tanganku." Biar abang yang ambilkan ubat dekat farmasi tu. Sayang tunggu dekat sini". kata izani.

Aku pun memberikan kertas untuk ambil ubat di farmasi ke pada Izani. Izani pun pergi ke arah farmasi,sementara aku tunggu di bangku luar. Aku menelefon Firdaus untuk datang mengambil ku.

"Hello Firdaus, Zati dah boleh balik dah ni. Datang ambil Zati sekarang" kataku.

"Zati tunggu dulu ya. Mungkin Daus lambat sikit sampai sebab sekarang Daus ada dekat bengkel kereta." kata Firdaus.

"Tak pa, Zati tunggu" kataku.

Tak lama kemudian Izani datang ke arahku. Lalu izani menghulurkan ubat vitamin yang ia ambil di farmasi kepada ku.

"Firdaus tak sampai lagi?" tanya Izani.
Aku hanya diam saja, tak ingin aku nak berbicara dengan Izani.

"Sayang maafkan abang, maaf sebab tak datang ambil sayang hari tu"kata Izani.

Aku tetap tak mempedulikan Izani. Aku mengagap seoleh-oleh dia tidak ada di sampingku.

"Sayang, abang tahu abang salah.. Percayalah abang lakukan semua ini demi sayang."kata Izani.

"Kenapa abang buat Zati macam ni. Apa salah Zati pada abang, tolong jangan nak berjanji apa-apa lagi pada Zati." kataku. Sambil air mata menitis tanpa dapat ku tahan.

"Baiklah, abang tak kan berjanji apa-apa lagi dengan sayang lepas ni"kata Izani.

Aku hanya mendiamkan diriku bila mendengar kata-kata izani. Tangan Izani mengelap air mataku.

"Biar abang temankan sayang di sini sampai Firdaus datang" kata Izani. Aku pun mengangukkan kepala tanda setuju.

Hampir setengah jam menunggu barulah Firdaus sampai. Firdaus pun memberhentikan kereta lalu aku pergi ke arah kereta. Sebelum aku masuk ke dalam kereta Izani tiba-tiba menarik tangan ku.

"Sebelum sayang masuk dalam kereta, salam dulu dengan abang"kata Izani. Aku pun menyalami tangan Izani dan Izani mencium dahiku.

"Jaga diri dan kandungan sayang" kata Izani sebelum aku melangkah masuk ke dalam kereta.

Sampai di rumah makngah,aku keluar dari kereta terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilikku. Masuk ke dalam bilik, air mataku tak dapat di bendung lagi. Aku menangis kerana terlalu sedih. Kenapa Izani tiba-tiba muncul di klinik. Kenapa hari tu dia berjanji tapi tak tunaikan.

Aku sendiri pun tak tahu kenapa perasaan cinta aku pada Izani tak pernah luntur. Walau pun aku tahu dulu dia seorang gay. Adakah Izani saja mempermainkan perasaan aku.

"Sayang harap mama kuat tempuhi semuanya ini" kataku sambil mengusap perutku. Kandunganku pun sudah memasuki 6 bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience